networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, December 10, 2015

SIRI 2 - Fakta!!!McDonald's Malaysia Tidak Salur Wang Kepada Israel!


Sebelum ini saya telah menulis secara umum bahawa rangkaian McDonald's Malaysia tidak ada kaitan langsung memberi dana kepada kepada Israel untuk menyerang Gaza..boleh rujuk tulisan sebelum ini bertajuk SIRI 1 - "Keuntungan McDonald's Untuk Beli Peluru Israel" Hanya Fitnah Dangkal Dan Cerita Rekaan!!!! dan kali ini penerangan akan lebih terperinci mengenai penafian dan hubungkait yang digunakan pemogok selama ini terhadap McDonald's dengan Israel.

Di Malaysia, rangkaian McDonald's dikendalikan oleh Golden Arches Sdn Bhd yang dikenali sebagai McDonald's Malaysia..tetapi urusan perniagaan dikendalikan oleh Golden Arches hanya sebahagian dan selebihnya dikendalikan oleh francaisi-francaisi tempatan yang telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membuka rangkaian McDonald's...

Setiap kali Israel melancarkan serangan terhadap bumi Gaza, akan timbul kempen memboikot McDonald's seolah-olah rangkaian makanan itu yang menjadi batu api kepada serangan terhadap Gaza..semua ini berpunca daripada sebuah website pro Syiah INMINDS yang mengaitkan McDonald's menyumbang dana kepada Israel...

Antara sebab musabab portal pro Syiah ini mengaitkan McDonald's dengan Israel ialah :
1. McDonald's Corp adalah penyumbang dana kepada Jewish United Fund (JUF) yang berpengkalan di Chicago melalui 'Matching Gift Program'.
2. Bekas CEO (dan Chairman) McDonald's Jack Greenberg seorang yahudi dan penyokong kuat Israel melalui beberapa badan komuniti Yahudi di Chicago.
3. McDonald's mempunyai 180 buah restoran di Israel dan memberi peluang pekerjaan kepada 3,000 warga Israel.

Untuk artikel kali ini saya akan menjawab berkenaan persoalan pertama yang mengaitkan McDonald's menyumbang dana kepada Israel melalui JUF...

Sebelum itu adalah lebih elok kita mengenali apa yang dikatakan dengan JUF ini..JUF merupakan sebuah Badan Kebajikan, Jewish United Fund (JUF) yang berpengkalan di Chicago USA yang juga merupakan salah sebuah badan kebajikan berdaftar daripada beribu-ribu badan kebajikan yang terdapat di USA..hasil sumbangan yang diterima JUF adalah untuk membangunkan tanggungjawab sosial seperti pendidikan, kebudayaan, sivil, anak muda dan kesihatan..boleh rujuk grafik di bawah untuk penjelasan...


Apa yang penting perlu diketahui adalah, JUF langsung tidak menyalurkan hasil sumbangan mereka untuk tujuan ketenteraan..ini bermakna tuduhan bahawa JUF menyumbang dana untuk ketenteraan Israel adalah tidak tepat sama sekali..Portal Syiah Inminds sengaja memainkan sentimen JUF kerana dapat mengaitkan badan kebajikan ini sebagai penyumbang kepada peralatan ketenteraan Israel...

Tuduhan pertama Portal Pro Syiah JUF penyumbang ketenteraan Israel sudah tidak tepat sama sekali!!!dalam banyak-banyak badan kebajikan terdapat di USA, Portal pro Syiah ini sengaja cuba mengaitkan JUF dengan McDonald's hanya kerana namanya Jewish United Fund..atas alasan itulah McD dikaitkan dengan Israel..

Di Amerika mengamalkan konsep "Matching Gift Programe".semua badan kebajikan di negara itu berhak menerima sumbangan melalui program "Matching Gift Programe"..perkara yang tidak diceritakan oleh portal Syiah Inminds ialah badan kebajikan Islam di Amerika juga layak menerima derma melalui MGP..

Tiada larangan untuk semua pekerja McDonald's untuk menyumbang kepada Program Matching Gift..ia terpulang kepada pekerja-pekerja dan McDonald's tiada hak untuk menetapkan jumlah sumbangan untuk program kebajikan ini...pada tahun 2014, lebih daripada 2000 derma telah dibuat pekerja McD kepada badan-badan kebajikan..daripada jumlah itu, hanya 3 dermaan telah dibuat kepada JUF..apakah ini hendak dikatakan McDonald's menyokong serangan ke atas bumi Gaza?jawapannya tidak..

Jumlah derma McDonald's kepada badan kebajikan lain lebih banyak berbanding didermakan kepada JUF..jikalau dermaan kepada JUF apa salahnya kerana JUF juga merupakan sebuah badan kebajikan untuk membangunkan program kebajikan dan bukannya untuk ketenteraan Israel...

Seterusnya, memandangkan Program Matching Gift ini hangat diperkatakan..sebenarnya McDonald's hanyalah salah satu syarikat daripada banyak syarikat yang berpengkalan di USA yang menderma untuk program kebajikan Matching Gift...

Matching Gift ini adalah perkara biasa di Amerika Syarikat untuk membantu badan-badan kebajikan hasil keuntungan mereka...jika masih ada lagi pihak yang mengaitkan McDonald's menyumbang kepada Matching Gift..ianya McDonald's dan tidak melibatkan McDonald's Malaysia yang hanya membayar royalti...


Inilah akibat bila mana kita salah menghukum orang lain..yang tak berdosa pun jadi mangsa...ada pekerja McD yang telah diserang secara fizikal, dimaki, disisih, dan diancam..hanya mereka bekerja di sebuah syarikat yang bernama McDonald's..perlu diingat, McDonald's Malaysia hanya membayar Royalti untuk mendapatkan lesen dah hak penggunaan jenama.ini perkara rutin untuk mendapatkan jenama antarabangsa...

Sebahagian besar keuntungan McDonald's Malaysia akan dikembalikan ke negara ini bagi tujuan perbelanjaan dan pembangunan perniagaan...yang pastinya McDonald's Malaysia tidak menyalurkan keuntungan kepada Jewish United Fund (JUF)...

HE : Kalau tanya saya makan McD berdosa atau tidak..jawapan saya berdosa jika makan waktu puasa sahaja...haha!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA