networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, December 12, 2015

"Wanita UMNO Perlu Bersatu Tangkis Fitnah & Putar Belit Dimedia Sosial" -Datuk Ehsanuddin


Wanita UMNO diingatkan agar bersatu mengembeling usaha menangkis tohmahan, fitnah dan putar belit dimedia sosial bagi mempertahankan parti UMNO daripada serangan pembangkang.

Kepimpinan Skuad Sayang Wanita perlu mengembleng usaha menghebahkan segala apa yang dilakukan dimedia sosial agar rakyat mengetahui peranan dan kepentingan Skuad Sayang Wanita UMNO.

Demikian antara inti pati ucapan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen Kota Tinggi ketika berucap dimajlis makan malam merai dan menghargai Sukarelawan Skuad Sayang di Hotel Dynasti malam tadi.

Menggelarkan Wanita UMNO sebagai "Energetik", Datuk Ehsan memuji peranan Skuad Sayang dalam mengerakkan kerja-kerja sukarelawan yang selama ini bekerja siang dan malam untuk agama, parti dan rakyat...

Dalam pada itu, Skuad Sayang perlu bekerjasama dengan berbagai agensi kerajaan seperti JASA, KEMAS, seranta FELDA dan BTN dalam memantapkan lagi usaha berkhidmat untuk rakyat...

Benar kata Datuk Ehsan, semua kerja Skuad Sayang perlu dihebahkan di media sosial supaya rakyat mengetahui kerja yang telah dibuat Wanita UMNO..memang tidak dinafikan pentingnya media sosial..jika bekerja tetapi tidak menghebahkan dimedia sosial rakyat tidak tahu...lihat sahaja parti pembangkang..mereka bekerja ala kadar tetapi melaporkan dimedia sosial seolah-olah mereka bekerja kuat...

Bagi kami, sumbangan wanita ibarat tulang rusuk UMNO seperti mana yang diwar-warkan YAB Presiden UMNO..peranan dan tugas Wanita UMNO sangat besar untuk menarik sokongan rakyat kepada parti itu..

Setiap kali Pilihan Raya, Skuad Sayang inilah akan pergi ke rumah-rumah rakyat untuk menyelami nurani akar umbi. Mendekati permasalahan rakyat.


Jika ada rakyat sakit yang memerlukan perkhidmatan van untuk dihantar ke hospital.Skuad Sayang akan memberi bantu awal tidak kira siang atau malam..pasukan inilah yang datang ke rumah-rumah rakyat untuk memberi bantuan kepada orang fakir dab warga emas yang memerlukan bantuan...memberi keperluan harian, mendaftarkan permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat..jika tidak diceritakan orang tidak akan tahu...

Bermula daripada pertemuan malam tadi, mereka disarankan oleh Datuk Ehsan agar melipat gandakan usaha hebahan di media sosial sebarang kerja yang dilakukan Skuad Sayang.

Dalam majlis berkenaan, Komandan Skuad Sayang Kebangsaan, Datin Reny Rahayu memuji ahli Skuad Sayang yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi melancarkan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO kali ini...beliau turut menyumbangkan empat unit NoteBook kepada komandan negeri untuk melicinkan kerja Skuad Sayang di setiap negeri...

Rakyat sekarang ini lebih mudah mencari kelemahan daripada menceritakan kebaikan yang ada pada UMNO..bagi memenangi perang persepsi ini adalah perlu untuk mendahului pakatan pembangkang untuk memberi penerangan di media sosial...ia lebih pantas dengan hanya dengan menekan butan ENTER atau SENT..semua info telah tersebar..jika makljmat yang disebarkan baik, ianya bagus untuk UMNO...jika tidak, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan parti di media sosial...

1 comment:

Anonymous said...

Orang-orang macam Tun M dituduh menyebar fitnah kalau persoalkan 1MDB dan akaun peribadi DSN. Najib pun tak sentuh bagaimana WSJ, CNBC, media Australia, Al Jazera dan banyak lagi media asing tuding isu yang sama. DSN guna UMNO benteng terakhir untuk memanjangkan peluang beliau berkuasa walaupun PRU 14 semakin dekat. Kerana itu badan penyiasatan delay atau lembab menyiasat sehingga rakyat sudah menjangka ini permainan PM.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA