networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Thursday, April 30, 2015

Rakyat Rompin Akan Tunjuk PAS Jalan Pulang #PRKRompin 5 Mei Ini...

1 comments

Tinggal 5 hari sahaja lagi tarikh pembuangan undi untuk Pilihan Raya Kecil Rompin yang telah ditetapkan pada 5 Mei 2015..hari ini telah berlangsungnya pengundian awal bagi Anggota Tentera Malaysia (ATM) dan Anggota Polis...


Melalui data yang direkodkan seramai 545 pengundi pada pengundian awal ini yang mana 285 pengundi dari ATM dan 260 dari PDRM...Proses pengundian awal ini berlangsung di empat saliran mengundi iaitu di Dwan Sri Ibam,Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Pusat mengundi di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Tioman akan ditutup pada 2 petang ini manakala pusat mengundi di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin akan ditutup pada jam 5 petang.

Biarpun di atas kertas calon BN tidak menghadapi masalah yang besar untuk mengekalkan kerusi Rompin P091..namun demi meneruskan perjuangan Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang terlibat nahas helikopter di Semenyih tempoh hari, Datuk Hassan Ariffin mempunyai misi tersendiri untuk meneruskan legasi perjuangan yang ditinggalkan oleh JJ...

Sudah pasti warga FELDA terkesan dengan kehilangan pemimpin berjiwa rakyat yang sangat ramah..sebagai tanda membalas penghormatan allahyarham ramai pengundi P091 akan terus mengekalkan tahap sokongan kepada Barisan Nasional..ini cakap-cakap orang yang kedengaran di sekitar Rompin...

Penyokong PAS ini dilihat amat cetek akal apabila mempertikaikan usia calon BN, Datuk Hassan Ariffin yang baru menyambut kelahirannya ke-62..inilah mentaliti penyokong PAS...mereka memang buta atau buat-buat tidak tahu yang calon PRK Permatang Pauh Wan Azizah sekarang ini lebih tua setahun daripada Hassan Ariffin..Wan Azizah yang dilahirkan pada 3 Disember 1952 sudah pun menjangkau usia 63 tahun pada tahun ini..jika tidak percaya boleh rujuk SINI..

Pembangkang cuba menidakkan realiti warga FELDA yang setia kepada agama dan parti..warga FELDA tidak akan melupakan pesan nenek moyang mereka..Bidalan ini merujuk kepada "Berlayar Ke Nahkoda, Berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai" membawa maksud segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman...

Selamat mengundi Warga FELDA ROMPIN!!!!


Wednesday, April 29, 2015

Harga Top Up Kekal Sebelum GST Berkuatkuasa 1 Mei...

1 comments

Kini tersebar gambar surat yang menyatakan arahan supaya penjual kedai top up perlu menjual top up dengan harga yang seperti sebelum pelaksanaan GST...

Tanda tanya kini telah terjawab..nantikan 1 Mei...jika 1 Mei masih naik komfem Ahmad Maslan akan kena balun...heh!

Apa Dosa Orang FELDA Sampai Perumah Generasi Baru FELDA Jadi Sasaran Fitnah Pembangkang!

0 comments

PAS ibarat retak menunggu belah..lepas dilanda pelbagai kemelut menghadapi Pilihan Raya Kecil di Rompin dan Permatang Pauh..Mereka cuba create isu bagi menutup kegagalan mereka membela rakyat..

Di Permatang Pauh, PAS hadapi kemelut Hudud yang tidak selesai..di Rompin pelbagai cubaan meracuni fikiran warga FELDA kini banyak ditabur..datang ke FELDA bukannya nak membantu..makin jadi hantu menghasut warga FELDA membenci Institusi itu..

Terkini, mereka cuba meracuni fikiran Generasi Baru FELDA dengan isu Perumahan Generasi Baru FELDA...Terkini Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid, Ahli Lembaga Pengarah FELDA telah menjawab segala hasutan yang dilemparkan oleh puak pembangkang dalam satu taklimat Rumah PGBF dewan Semai Bakti..

Rumah untuk belia FELDA sudah siap di Felda Selendang 1 sebanyak 300 unit dan konsepnya ialah "Sewa dan Beli" selepas 5 tahun yang mana ia merujuk kepada syarat dan kemampuan yang FELDA akan pertimbangkan..

PAS perlu bandingkan projek PGBF ini dengan perumahan yang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan barulah adil..bukan hanya tahu racun fikiran tanpa memberi kaedah penyelesaian yang lebih baik..

Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat bukan bermatlamatkan keuntungan dan bukan untuk dijual semata-mata tetapi hanya untuk belia FELDA memiliki rumah...

Saiz rumah yang ditawarkan ialah 1000 kaki perseki dan ia memadai untuk belia Felda dan selesa...tujuan 1000 kaki persegi ini dibuat adalah untuk memudahkan belia FELDA agar tidak keluarkan duit dalam masa beberapa tahun untuk besarkan rumah...

Rumah FELDA suatu masa dahulu
Belia FELDA seharusnya bersyukur dahulu rumah FELDA tidaklah sebesar macam perancangan PGFB..atas ini rumah...jika hendak dibandingkan sekarang ianya lebih besar dan selesa...dahulu atuk nenek mereka rumah kecil sahaja..tengok sahaja hari ini..80% rumah Felda sudah besar..kalau nak sapu 1 rumah tu penat juga..

Perancangan PGBF ini menetapkan 4 syarat untuk membeli rumah iaitu :

1) Penyewa/bakal pembeli wajib duduk rumah itu. 
2) Penyewa perlu disiplin bayar sewa setiap bulan (sbb bayaran bulanan ini akan dilihat oleh Bank dan Felda sbg slip gaji). 
3) Selenggara rumah dgn baik. 
4) Penyewa perlu sistematik bayar selama 5 tahun akan dikira sebagai layak membeli umah & mohon loan bank.

Carilah kat luar sana, mana ada system “Sewa dan Beli” yang dibuat oleh FELDA..kalau ditanya kat luar sana pasti ramai yang rasa rugi tidak dilahirkan sebagai generasi FELDA…PAS apa tahu…hanya tahu cipta keburukan sahaja…

Pembangkang mempertikaikan kenapa harga sudah naik?dulu janji RM 70,000…tapi kini naik..Datuk Ehsanuddin menjelaskan bahawa projek ini bukan Rumah Sentuhan Kasih kerana prasarana PGBF lebih lengkap dengan kelengkapan pencawang elektrik, jalan tar, paip air dan sebagainya.. 

Para belia tidak perlu risau tentang loan. Mereka hanya perlu membuat bayaran bulan secara sistematik dan tidak pernah tertinggal bayaran maka pihak bank akan kira sebagai approve loan sebagai bukti pay slip… 

Belia FELDA beruntung kerana dalam tempoh sewaan 5 tahun, harga tidak akan naik dan yang lebih istimewanya rumah akan dijual dengan harga kos dan bayaran bulanan yang mereka bayar selama 5 tahun itu dikira sebagai pembayaran untuk rumah mereka… 

Secara mudahnya selepas 5 tahun, belia ini hanya membayar baki harga rumah mereka selepas mereka membayar selama 5 tahun..untungkan jadi orang Felda? 

Rakyat lain yang bukan warga FELDA menghadapi kesukaran untuk lulus loan..mereka tidak perlu risau hanya sewa dan beli selepas 5 tahun..itupun PAS tidak nampak sampai sanggup meracuni fikiran orang FELDA… 

Tuesday, April 28, 2015

Alahai!!! Suspek Tuduhan RASUAH RM 30 Juta Jadi Taruhan PAS #PRKRompin Pula!!!

0 comments

Nilah namanya politik, orang yang sedang jalani proses tuduhan Pecah Amanah bernilai RM 30 Juta pun masih diangkat PAS sebagai hero nak pecah belahkan masyarakat FELDA..

Yang kelakarnya suspek tuduhan pecah amanah ni dijadikan kuda tungangan untuk menyelamatkan FELDA...Barangkali sudah tiada calon layak untuk menipu orang FELDA, pembangkang terpaksa ambil nyawa dengan menyuruh si Datuk Sarchu sebagai egen menyelamatkan FELDA bagi puak PAS..

Di sini saja kita dapat tahu betapa tak boleh pakainya Mazlan Aliman yang selama ini digunakan untuk meracuni pemikiran masyarakat FELDA...sampai terpaksa guna suspek tuduhan pecah amanah..

Pulak tu bila dah pakai suspek rasuah ni..tulis jawatan Bekas CEO Koperasi FELDA..kononnya ada kredibilitilah bila bercakap..sebab ada bekas jawatan dalam FELDA...padahal jawatan tu tipu jer..

Untuk pengetahuan PAS, masyarakat FELDA sekarang ini sudah blacklist orang bernama Mazlan Aliman..dengar saja nama Mazlan Aliman..semua tipu dah hasutan yang keluar dari mulutnya...iblis dan syaitan pun boleh terkejut kalau macam ni..


Berbalik soal jawatan si DAtuk Sarchu ini, akhbar lidah penjilat tegar PAS, Harakah menggunakan tajuk "Bekas CEO Koperasi FELDA" sebagai modus operandi mereka untuk menghasut orang FELDA...

PAS fikir dengar sahaja bekas CEO KPF tu maka pembohongan mereka lebih mudah dipercayai orang FELDA..sebenarnya mereka silap..masyarakat FELDA pun mempertikaikan laporan Harakah..seolah-olah editor ini buta ilmu tentang FELDA..

CEO KPF dengan CEO Anak Syarikat pun tak boleh beza...Si Sarchu ini tidak pernah menjawat jawatan sebagai CEO KPF..Sarchu hanya menjawat jawatan sebagai CEO anak syarikat KPF iaitu KPF Quality Foods Sdn Bhd..

CEO KPF dan CEO anak syarikat KPF sangat jauh beza..ibarat Hj Hadi sebagai Presiden PAS dan Md Sabu Timb Presiden PAS..mana boleh letak Md Sabu sebagai Presiden tak pasal-pasalkan..memalukan PAS dengan keb*dohan yang ada pada dia...

Sudah-sudahlah PAS menipu tu...orang FELDA bukan mudah nak diperalatkan..buat malu Islam sahaja...pakai kopiah...tapi perangai macam Iblis..melaga-lagakan orang..lebih elok tukar kopiah tu jadi lambang tengkorak!

Kalau terdesak tu janganlah sampai pilih Suspek Tuduhan Rasuah!

Gambar Aksi "TUT" Calon Permatang Pauh Bersama Pemuda Cina TERSEBAR!!!! #PRKPermatangPauh

2 comments

Seperti diduga..kerancakan kempen PRK Permatang Pauh akan timbul dengan pelbagai isu-isu sensasi...saya pada mulanya tidak mahu ambil pusing sangat hal-hal peribadi calon untuk berkempen tapi bila sudah ke tahap macam ini kita perlu ambil tahu..jom layan gambar aksi panas calon PRK Permatang Pauh dengan Pemuda Cina di bawah...


Ternyata Barisan Nasional membuat pemilihan yang tepat dengan memilih Suhaimi Sabudin sebagai calon PRK Permatang Pauh untuk menentang Calon Recycle Wan Azizah yang mewakili Suaminya bagi mempertahankan kerusi P044 ini...

Tidak perlu bercerita tentang Wan Azizah...kita sedar kemampuan Kak Wan yang tidak boleh pakai pun...


Berilah peluang kepada Suhaimi Sabudin, saya yakin dengan usia dan kemesraannya membuatkan ramai pengundi selesa untuk menjadikannya sebagai Wakil Rakyat...pemilihannya tiada motif lain..hanya ingin berbakti kepada rakyat...tak macam sorang lagi calon tu...tamak...Kajang pun tak terurus..nak jadi wakil Suami pula di Permatang Pauh...come onlah!


Ketika Suhaimi giat berkempen, pagi tadi Datuk Dr Wee Ka Siong turun berkempen untuk memastikan kemenangan Suhaimi..inilah keistimewaan BN yang kita tak ada pada Pakatan...kita bersatu, kebersamaan dan kesederhanaan menghadapi Pilihan Raya...

Usaha bertungkus lumus dari MCA telah memberi semangat untuk kita merampas kerusi panas Permatang Pauh yang kita kenali hanya untuk Anwar dan keluarga sahaja....Permatang Pauh untuk rakyat bukan Suami Isteri mahupun Legasi Anwar...Komitmen MCA ini pastinya mengerunkan jentera Pakatan..Pakatan pasti terbayang-bayang kekalahan mereka di PRK Parlimen Teluk Intan...Kepercayaan masyarakat Cina terhadap DAP sudah berubah..apa tidaknya mereka hanya pandai berceramah dan berpolitik siang malam..sehari dua bolehlah orang Cina percaya...



Bila nak PRK barulah nampak muka pemimpin-pemimpin pembangkang...kalau tidak balik kawasan pun tak mahu...Dalam kesibukan Datuk Wee Ka Siong membantu..Beliau sempat ditemuramah pemberita yang menurutnya "calon BN, Suhaimi Sabudin adalah calon yang amat sesuai dan menepati citarasa pengundi yang boleh mewakili semua kaum di Permatang Pauh."

Suhaimi dan Dr Wee merupakan kenalan rapat sejak di Universiti Teknologi Malaysia lagi...Suhaimi merupakan "juniornya". Dr Wee menyuarakan sokongan penuh beliau kepada Suhaimi yang baik dari segi penampilan, mesra dalam cara beliau mendekati Rakyat dan seorang yang profesional akan menjadi Wakil Rakyat yang cukup bertenaga dan mampu melaksakanan tugas sebagai wakil Rakyat, jika dipilih. Dr Wee berkata Permatang Pauh..


Meletakkan Wan Azizah sebagai calon memang menunjukkan betapa PKR mengamalkan politik nepotisme...Wan Azizah dah jadi ADUN Kajang..ini hendak jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pula..bagaimana hendak membahagikan masa...kedua-dua tempat amat jauh..jika tugas wakil rakyat setakat pergi kenduri baik tak payah!

Ahli politik yang sebenar akan berkhidmat untuk rakyat...tapi politikus utamakan keluarga ini namanya nepotisme...



Permatang Pauh sokong Orang Muda Bertenaga!!!

Sunday, April 26, 2015

PAS Berhenti Berharap! Setakat Ceramah 2-3 Jam Ada Hati Nak Dapat Undi #FELDA!!!

0 comments

Sungguh besar cita-cita PAS..mahu membangunkan Ladang Rakyat dan menidakkan keupayaan FELDA membangun...perkara ini telah dikritik oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mana PAS mendakwa mereka mampu membuat Ladang Rakyat mengantikan FELDA.

Kalau nak cerita cadangan yang gempak tu PAS mesti dah ada track rekod kejayaan Ladang Rakyat...Ladang Rakyat di Gua Musang...jangankan penyenaraian Ladang Rakyat dibursa Saham..hasilnya pun tidak setara mana..

PAS ketika kempen di Rompin baru-baru ini ada mencadangkan mahu membuat Ladang Rakyat dalam usaha parti itu menyelamatkan FELDA unyuk penduduk miskin luar bandar..

Isa Samad berkata "Kita tengok apa sudah jadi dengan ladang rakyat di Gua Musang, tak ada apa-apa. Kalau mereka bagi tanah itu kepada FELDA, kita sudah lama boleh tolong bangunkan" 

Siapa tidak kenal PAS..hanya tahu cakap buatnya tidak..dulu kafirkan UMNO kerana tak laksanakan Hudud..sekarang mereka pula jadi kuda tunggangan...nak laksanakan Hudud pun rakan pakatan tak setuju...Ini saja dah buktikan yang PAS gagal memahamkan Hudud kepada rakan pakatan mereka...


Dengar cerita PAS mengangkut orang dari luar kawasan Parlimen untuk memenuhkan ceramah mereka..nampak sangat mereka kini kian terdesak untuk meraih undi...




TERKINI!!! Membongkar Penipuan Wartawan Lapor Insiden Penyokong JDT Di Stadium Perak!

3 comments


KRONOLOGI INSIDEN KEKECOHAN DI IPOH
KREDIT : JOHOR THE PHOTOSHOOTERZ 
_____________________________

KRONOLOGI YANG BERLAKU :

1. SSU chant JDT BANGSAT seawal sebelum permainan tapi tidak dilayan oleh penyokong Johor.

2. Sewaktu nyanyian lagu bangsa Johor berkumandang ketika pemain berbaris di padang, penyokong tuan rumah membuat bising seolah mengejek yang menampakkan sikap kurang menghormati.

3. Perbalahan empat penjuru kelab penyokong FIRM Johor, ICF, BOS & SSU yang berpunca dari kemelut 2013 di Lumut berlarutan hingga hari ini apabila media sosial menjadi medan perang mereka. 

4. Semua penyokong Johor berada dalam kawasan yang di sediakan oleh pihak PAFA bagi menjamin tiada sebarang isu yg berlaku. PAFA melarang penyokong Johor untuk keluar membeli minuman dan makanan ketika waktu rehat separuh masa pertama dengan alasan penyokong Perak telah sedia menanti di luar stadium, dan demi keselamatan semua penyokong tidak di benarkan keluar. Persoalan kami....pihak PAFA seolah sudah tahu apa yang bakal terjadi tapi tidak menyuraikan penyokong mereka yang dilihat sebagai punca .

5. Hanya selepas tamat perlawanan, barulah berlaku serangan psikologi melalui chanting ultras Johor terhadap SSU. Dan ketika inilah arahan daripada PAFA agar penyokong Johor ke tengah padang bagi tujuan keselamatan. 

6. Apa significant penyokong JDT diarahkan ke tengah padang? ?? Sepatutnya FA negeri tidak membenarkan penyokong yg ramai ke tengah padang kerana di khuatiri akan menyebabkan kerosakan teruk pada rumput dan fasiliti padang. Cadangan kami, cukup dengan himpunkan penyokong di balapan hadapan grand stand yg lebih selamat dari balingan batu dan objek. 

7. Ketika penyokong Johor di padang tiada pemantauan dari pihak PAFA bagi mengawal 1000 penyokong di padang kerana banyak perkara boleh terjadi jika tiada pemantauan secara tegas.

8. Masih ada penyokong tuan rumah yang cuba masuk semula ke stadium walau arahan telah di berikan agar senua penyokong tuan rumah bersurai.

9. Segelintir penyokong tuan rumah yang masuk semula inilah penyebab berlaku ketegangan dan aksi kejar mengejar. Provokasi yang dilakukan dilihat seolah memanaskan keadaan yang mulanya dilihat terkawal. 

10. Unit pencegahan rusuhan hanya masuk ke stadium setelah beberapa penyokong tercedera.

11. Berlaku perang mulut antara penyokong Johor dan pihak berkuasa kerana pemantauan pihak berkuasa tidak benar-benar memastikan keadaan selamat kerana beberapa penyokong tuan rumah berjaya menyelinap masuk ke stadium sambil membaling objek ke padang.

11. Lampu stadium dimalapkan beberapa kali tanpa mengetahui sebab dan tujuan,walhal penyokong Johor masih berada di padang.

12. Isu signboard yg di katakan rosak berpunca dari penyokong Johor adalah bukti kelemahan PAFA sendiri. Sepatutnya penyokong yg ramai tidak di suruh masuk ke padang, antara cara lain menghimpunkan penyokong adalah di balapan atau tempat dudun grandstand yang lebih menjamin keselamatan dan kerosakan fasiliti lain.

13. Walau hampir 90 minit penyokong Johor terkurung di padang tapi penyokong tuan rumah masih memenuhi perkarangan stadium dan jalan-jalan sekitar stadium. 

14. Beberapa kenderaan dan bas pemain JDT di rosakkan di luar stadium,ini juga menunjukkan kelemahan pihak PAFA memantau drama panas ini.

15. Tentang balingan objek dari penyokong Johor adalah benar, tapi kejadian ini berlaku adalah kerana balasan untuk fans Perak yang membaling terlebih dahulu, pada kami ini kegagalan pihak polis mengosongkan penyokong Perak di stadium kerana ada penyokong yg masih cuba masuk dengan provokasi penyokong JDT di padang.

16. Cerita panas ini tiada kesudahan pada ketika ini, selagi satu jalan penyelesaian tidak di lakukan segera. 

18. Bukan semua penyokong tuan rumah dan pelawat terlibat secara total. Hanya yang extremists melakukan perkara ini.

19. Terdapat pihak yang berpendapat, insiden kekecohan ini adalah berpunca dari IJF sedangkan semua pihak telah sedia maklum bahwa IJF telah diharamkan dan dibubarkan.Jika firm ini masih wujud,bermakna mereka melanggar titah dan arahan TMJ.

20. Unit Pencegah Rusuhan ( FRU) sesuka hati menyembur gas pemedih mata ketika penyokong Johor yang keluar dari perkarangan stadium setelah keadaan di katakan terkawal.

21. Akhir sekali, tajuk-tajuk akhbar utama menjadikan penyokong Johor di anggap sebagai punca dan di persalahkan secara total dalam hal ini. Ini semua adalah kerana laporan polis yg dibuat oleh pihak PAFA yang mengandaikan tercetus segala punca pergaduhan adalah dari pihak penyokong Johor. Secara realitinya penyokong yang terkurung dalam stadium di persalahkan atas insiden yang berlaku sedangkan penyokong mereka yang di luar stadium mencetuskan provokasi tidak pula di persoalkan.

Ini adalah kronologi dari pemerhatian pihak kami yang berada di stadium sepanjang insiden berlaku. Dalam perkara begini semua pihaknya pastinya mahu mengatakan mereka adalah benar dan tidak bersalah, tapi bagi kami, ini bukan tujuan menyalahkan mana-mana pihak tapi ini hanya sebagai medium untuk kita berfikir secara lebih matang dan apakah jalan penyelesaian yang bakal di ambil untuk menjawab segala babak drama yang entah bila akan tamat.

PERANG EMPAT PENJURU...
DUA LAWAN DUA..
JOHOR DAN PERAK
SATU MISI TIADA KESUDAHAN!!!

‪#‎RevolusiBolaSepakJohor‬
‪#ThePhotoshooterz

Saturday, April 25, 2015

#PRKRompin - Ya'Allah..Tergamak PAS "Racun" Fikiran Orang #FELDA!

2 comments

Ya'Allah, tergamak sungguh PAS cuba meracuni fikiran masyarakat Felda ketika kempen PRK Rompin..Dalam satu sidang media, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang memberi signal awal yang mereka akan membawa beberapa isu untuk mengurangkan majoriti pengundi di Rompin..antara yang diutarakan oleh PAS ialah :

1. Rumah Generasi kedua FELDA yang kononnya masyarakat FELDA kecewa rumah masih belum dimiliki.
2. PAS akan menggunakan strategi mendekati penjawat awam dan pemimpin tempatan untuk menagih undi.

Sedih melihat cara pemimpin PAS berpolitik..selama ini tak ada pula sibuk hal Felda di kawasan ini..bila PRK saja timbul kuncu-kuncu PAS jaja politik kebencian terhadap generasi FELDA...

Cara PAS ni sebiji cara merosakkan rumah tangga orang...bayangkan sepasang suami isteri baru sahaja kawin..mereka pun pergi berbulan madu...tiba-tiba muncul seorang lelaki datang menyapa wanita wanita tersebut dan bertanya "hei you! sampai hati you kahwin dengan jantan lain...bukan kah kita dah berjanji akan sehidup semati...dulu you serahkan jiwa raga you kat i..sekarang you kahwin degan lelaki lain..dasar wanita jalang..."

Wanita yang baru kahwin tu pun terpinga-pinga kerana dia memang tak kenal langsung dengan lelaki tu...setelah lelaki tu pergi..apa akan jadi dengan hubungan mereka..sudah tentu sisuami tu bengang dan tidak senang dengan isterinya yang melakukan hubungan terlarang dengan lelaki lain..padahal lelaki yang datang tadi tidak tahu dari mana asal usul..datang menyapa dan tegur 2-3 minit..kesannya retak hubungan...bergaduh sesama sendiri...

Macam itulah sikap PAS...datang FELDA racuni fikiran masyarakat FELDA..fitnah macam-macam lepas tu blah...senang saja kerja mereka...

Aku harap masyaraka FELDA di Rompin tidak mudah terpedaya denga sentimen kebencian yang cuba dibawa oleh pemimpin-pemimpin tak guna pakatan dalam usaha jahat mereka menagih undi...

Bab rumah mampu milik untuk generasi kedua FELDA ni..sebanyak RM 1.4 bilion telah diperuntukan untuk membina 20,000 rumah mampu milik untuk generasi FELDA seluruh negara dalam tempoh 5 tahun...

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mengingatkan dalam keadaan sekarang ini RM 90,000 untuk membina rumah mustahil akan dapat rumah mewah luar biasa..Tan Sri Isa berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah di Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10...

Tak tahulah aku kalau PAS mampu bina rumah RM90,000 dapat banglo mewah 5 tingkat...mereka ini pandai menipu..menjaja mereka hebat..lepas majlis pecah tanah..senyap sepi..yang tinggal hanya batu peringatan pecah tanah sahaja....sudah banyak terjadi...janji lebuh raya rakyat..sonyap sampai sekarang...

PAS tahu yang mereka takkan menang..cumanya mereka datang untuk kacau rakyat Rompin dengan tujuan dapat kurangkan majoriti kemenangan BN sudah memadai...lepas tu blah..yang tinggal hanya hasutan yang merosakkan hubungan sesama masyarakat...

Rumah Mampu Milik Generasi FELDA Kedua
Mari kita tengok apa yang BN buat kat Rompin.

  1. Meningkatkan taraf sosio ekonomi kaum Orang Asli di Parlimen Rompin.
  2. Membangunkan Bandar Muadzam Shah sebagai bandar satelit dan hub pendidikan dan komersial di tenggara Pahang hingga beliau digelar Bapa Pembangunan Muadzam Shah.
  3. Membuka kampus UNITEN di Muadzam Shah
  4. Membuka Sekolah Teknik, MRSM, Politeknik, Sekolah Agama Integrasi di Muadzam Shah Berasrama untuk anak-anak Felda dan Rompin
  5. Pembinaan Tokong Cina untuk masyarakat Cina di Rompin bernilai RM260,000.00.
  6. Memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Pulau Nias di Sumatera, Indonesia termasuk zakat bagi pembangunan sekolah-sekolah agama di sana.
  7. Membangunkan program Angkasawan Pertama Malaysia semasa menjadi Menteri MOSTI.
  8. Membangunkan rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia melalui Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semaa menjadi CEO PR1MA
  9. Membangunkan sektor pelancongan di Rompin termasuk menaik taraf jeti Tanjung Gemuk untuk ke Tioman
  10. Membina jalan raya merentasi bukit bukau di Tekek ke kampung Juara di Pulau Tioman yang memudahkan perhubungan penduduk
  11. Membina sekolah menengah di Pulau Tioman sekaligus dapat meningkat taraf pendidikan belia dan mengurangkan keciciran pelajar luar bandar.
  12. Bersama-sama dengan agensi FELDA membangunkan prasarana di perkampungan FELDA dan kampung-kampung tradisi Melayu dan orang asli berhampiran FELDA termasuklah perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan pegawai di FELDA Keratong
Ayuh terjemahkan sokongan kepada calon BN Rompin, Dato' Hasan Ariffin

#PRKPermatangPauh - Warisan Pusaka Turun Temurun Anwar Ibrahim...

4 comments

Akhirnya seperti diduga...Wan Azizah meneruskan penguasaan keluarga Anwar Ibrahim bertanding di Permatang Pauh...kalau dilihat kita akan tafsirkan perlantikan ini sebagai kronisme, anak beranak, nepotisme...

Tapi tidak bagi macai pembangkang..sejak dari lahir lagi mereka akan percaya apa saja ikutan Anwar...sampaikan pencalonan Wan Azizah sendiri pun ada yang mengatakan ini WARISAN TURUN TEMURUN...seperti tidak ada lagi yang layak bertanding di Permatang Pauh...

Kekurangan Calonkah PKR sehingga menggunakan skrip pencalonan recycle Wan Azizah di Permatang Pauh?apakah mereka ini tidak sedar kehendak anak muda Pembangkang yang mahukan calon yang lebih segar...atau ini strategi menyekat Azmin Ali dari menjadi ketua pembangkang?

Kalau BN..kita akan fikir calon tu perku sesuai dengan kehendak rakyat..Pembangkang apa ada hal..dah tua pun masih bertanding...Wan Azizah perlu fikirkan mampukah dia menyelia 2 kawasan serentak...

Skrip pembangkang kita sudah tahu..mereka akan lakukan apa sahaja demi kepentingan politik sendiri...sanggup suruh orang lain letak jawatan demi memberi calon faveret bertanding...

PRK Permatang Pauh dan Kajang telah membuktikan bagaimana Wan Azizah memberi peluang kepada Anwar Bertanding dan Lee chin Cheng ExADUN Kajang letak jawatan bagi memberi peluang kepada Kak Wan bertanding..

Sungguh licik permainan Presiden PKR ini...patutpun jadi bini KETUM...seperti mimpi..MSO seorang penulis pro anwar nampak gayanya tidak berpuas hati dengan pelantikan Wan Azizah...


Friday, April 24, 2015

Jentera Pakatan 'Cacat' Hadapi #PRKPermatangPauh Peluang Terbaik Untuk BN Pikat Sokongan Pengundi...

0 comments

Semalam Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan BN meletakkan Suhaimi Hj Sabudin sebagai calon untuk merampas kerusi Permatang Pauh daripada penyansang Ketua Umum, Anwar (KETUM)...

Dalam keadaan kebersatuan jentera BN menghadapi PRK Permatang Pauh ini, Jentera Pakatan pula 'cacat'. Mereka masih gagal menyatakan persefahaman dalam soal Hudud...macai yang masih tak faham mereka masih percaya Pakatan Rakyat menyokong Rang undang-undnag Hudud untuk dilaksanakan..

Kelmarin Sinar Harian melaporkan YDP PAS Permatang Pauh memberi PKR tempoh sehingga penamaan calon untuk PKR menarik balik kenyataan tidak menyokong hudud..

Jika PKR mengikut telunjuk PAS dengan menyatakan sokongan kepada Hudud barulah PKR akan bekerjasama...

Pelaksanaaan Hudud tidak perlulah dipermain-mainkan jadi modal politik untuk mengugut parti lain...dengan isu begini maka PR pun tidak akan melaksanakan hudud jika menang...jadi apa lagi yang digila-gilakan penyokong PAS mahu laksanakan Hudud.. mereka tidak mampu melaksanakan jika bersama PKR...

PAS bukan sahaja hadapi hubungan dingin dengan PKR...dengan DAP pun mereka bermasalah...Sekejap gaduh..sekejap baik..sekejap boikot sebab tak mahu hudud..esok lusa baik semula...

Perkara ini disifatkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siobg sebagai permainan wayang.

Memetik laporan daripada portal BNBBC :
Menurutnya, kenyataan Ketua DAPSY Pulau Pinang, Ng Wei Aik bahawa hubungan antara sayap pemuda tidak harus menjadi isu selagi masing-masing berpegang teguh untuk melawan BN sekadar membuktikan hakikat itu. 
“Tahun 2013 pun mereka kata, ‘oh kita cuma ada perbezaan ideologi hanya 5 peratus sahaja, kita tak ada ideologi yang sama tapi ada niat untuk tumbangkan kerajaan, jadi sudah tentu rakyat tahu apa taktik mereka nak kenakan kerajaan,” tambahnya. 
Wee Ka Siong, Kemelut PAS dan DAP tegasnya berbeza dengan gerak kerja MCA di PRK di Rompin dan Permatang Pauh yang mempunyai strategi menyusun atur jadual membahagikan pergerakan seluruh pimpinan MCA
Dikhabarkan MCA akan menghantar lebih ramai jenteranya di Permatang Pauh berbanding Rompin..

Wee menjelaskan "Jika dilihat dari jumlah pengundi di Rompin ada 1381 pengundi Cina berbanding Permatang Pauh belasan ribu. Jadi secara logiknya kita hantar lebih ramai ke sana di mana kita gunakan pemimpin-pemimpin MCA yang berdekatan dengan kedua-dua kawasan"

Ketika ini mood jentera BN lebih tersusun berbanding Pakatan...ini peluang terbaik menjernihkan pemikiran rakyat Permatanf Pauh dari kepompong pemikiran Anwar Ibrahim...

Permatang Pauh bukan hak mutlak keluarga kerabat Anwar Ibrahim..


Kenali calon Permatang Pauh, Suhaimi Bin Hj. Sabudin..


Thursday, April 23, 2015

Pengeluaran KWSP 60 Tahun Tidak Jadi Naik,..

0 comments

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada rakyat bahawa pengeluaran wang caruman penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan pada usia 55 tahun.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat bagi memastikan berlaku keadilan selain para pencarum akan dapat terus menikmati kemakmuran sewaktu bersara.

“Keputusan ini juga berdasarkan sokongan popular,” kata Najib sewaktu berucap pada majlis pelancaran Invest Malaysia 2015...Utusan Online

Eloklah tu..kita tengok pula janji syarikat telco..kembali kepada asal atau tidak..

Wednesday, April 22, 2015

#PRKRompin - PAS Perlu Tarik Diri Bertanding..Tiada Semangat Setiakawan!

0 comments

Alhamdulillah..selesai sudah penamaan calon bagi kawasan Parlimen Rompin tanpa sebarang pertumpahan darah..semuanya berlangsung dalam keadaan aman...pertemuan di Rompin menyaksikan PAS berhadapan dengan BN di kawasan ini..

Pertembungan PAS dan BN di Rompin boleh diibaratkan sebagai melepaskan anjing yang tersepit..PAS langsung tidak kenang budi..masihkan PAS ingat yang BN tidak bertanding di DUN Chempaka ekoran kematian Penyandang Nik Aziz..

Ini bukan soal Populariti Nik Aziz terlalu hebat..tetapi atas dasar setiakawan BN tidak meletakkan calon..apa boleh buat..pulang paku buah keras..PAS tetap meletakkan calon di Parlimen Rompin..alasan sama berlangsungnya PRK adalah kematian penyandang..

Kemenangan kubu kuat bukan alasan..ini kerana jika dilihat keputusan PRU 13 yang lalu...Nik Aziz hanya menang dengan 6,500 undi majoriti sahaja...tapi tidak untuk BN menang dengan majoriti lebih sekali ganda iaitu 15,144...

Kemana semangat setiakawan PAS...berjemaah dengan DAP pun mereka bergaduh..dengan BN pun mereka tak setiakawan...bawah ini saya share keputusan PRU13 bagi DUN CHEMPAKA dan PARLIMEN ROMPIN...anda nilailah sendiri prinsip perjuangan PAS...tidak menghormati dan tiada semangat setiakawan...

NIK AZIZ menang DUN Chempaka dengan majoriti 6,500 undi sahaja

Jamaluddin Jarjis menang dengan majoriti besar 15,144

Sewajarnya PAS menarik diri dari pertembungan ini..jika tidak pun para pengundi perlu fikir masak-masak sebelum keluar mengundi...kerana kematian penyandang..BN menghormati dan tidak letak calon di DJ  Chempaka..tapi bila BN kematian penyandang..PAS langsung tidak mahu membalas budi...sedangkan majoriti kemenangan BN lebih besar daripada PAS...fikir-fikirkan sebelum mengundi 5 Mei ini..

#PRKROMPIN - MUKTAMAD!! BN LAWAN PAS!! #ROMPIN4HASAN

0 comments

Pilihan Raya Kecil Rompin akan menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 antara BN dan PAS..sejurus penamaan Calon sebentar tadi, Calon BN diwakili oleh Datuk Hasan Arifin manakala PAS diwakili oleh Nazri Ahmad...

Jika dilihat daripada sejarah populasi sokongan penduduk Rompin, ternyata BN tidak menghadapi masalah besar untuk mempertahankan kerusi P91 Rompin ini..elemen simpati terhadap kematian penyandang akan mempunyai pengaruh besar menterjemahkan sokongan penduduk di sini...jika dilihat daripada keputusan PRU 13, ternyata Allahyarham Dato' Sri Dr Jamaluddin Jarjis diterima penggundi Rompin dengan kemenangan majoriti besar 15,114..

P91RompinJamaluddin JarjisBN–UMNO30,040Nuridah Mohd SallehPR–PAS14,92615,114Dato' Sri Dr Jamaluddin Jarjis
(BN–UMNO)

Tempoh berkempen bermula hari ini 24 April hingga 4 Mei akan digunakan sehabis baik biarpun BN mengetahui yang mereka tidak mempunyai masalah besar..tarikh buang Undi pengundian Awal pada 30 April dan 5 Mei untuk hari Mengundi..

Di bawah ini saya kongsikan beberapa keping gambar semasa proses pepenamaan calon tadi..



Kelibat Md Sabu mengiringi calon bakal menjadi malapetaka besar buat PAS..siapa tak kenal Md Sabu...Asal Bertanding saja KALAH...terkenal dengan sikap bermuka-muka dengan suara lantang memaki hamun sesama Islam pasti membuatkan pengundi lari..kesianlah hai nasib Calon PAS sorang ni...

Sekumpulan penyokong PAS yang turut serta pada penamaan calon pagi tadi






Tuesday, April 21, 2015

#PRKRompin - Siapa Sebenarnya Datuk Hassan Ariffin?

0 comments

Tepat sekali slogan yang diberi..."Penyambung Legasi" yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis...Datuk Hassan mungkin ramai yang tidak kenal..sebenarnya beliau ni amat berpengalaman luas dalam politik setempat kawasan Rompin yang mana pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin pada 1986...

Timbul pula cakap-cakap kurang enak yang mana mengatakan pemilihan Datuk Hassan Ariffin sebagai pemilihan tidak relevan kerana UMNO gagal mengetengahkan dasar meremajakan UMNO yang dicanang pada Pemilihan Agung UMNO yang lepas...

Ramai beranggapan, meremajakan UMNO ini perlu memilih pemimpin yang muda..sebenarnya ini merupakan kesalahtafsiran menterjemah makna Meremajakan UMNO...Sebenarnya dari pemahaman saya, Meremajakan UMNO ialah memuda atau menyuburkan UMNO dengan penerimaan golongan muda...

UMNO bukan parti yang ortodok yang hanya golongan tua sahaja yang menyokong..kini kita kena memahami bahawa UMNO telah diterima semua golongan Melayu...

Tidak perlu mempertikaikan pemilihan Datuk Hasan sebagai Calon yang layak mengantikan tempat JJ..fokus utama kita untuk mengekalkan kerusi dan menambah jumlah majoriti...Al-Fatihah untuk JJ..

Bawah ini sedikit biodata Datuk Hasan Arifin...

Dalam usianya yang mencecah hampir 62 tahun, Dato Hasan Arifin bukanlah calang-calang orang dalam bidang politik di Pahang kerana beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Pahang pada tahun 1995 hingga 1999. Semasa memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang, antara peranannya yang menyerlah dan dikenang ialah menjadi orang yang bertangungjawab membangunkan kawasan perindustrian Gebeng, antara nadi kegiatan ekonomi Pahang pada waktu ini.

Dato Hasan Arifin yang dilahirkan di Kampung Ayau, Leban Chondong, juga antara orang penting yang memainkan peranan memastikan kejayaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur selain memperbesarkan Pelabuhan Kuantan. Bagi penduduk Rompin mahupun Pahang, Dato Hasan dikenali melalui jasa dan sumbangan sejak menyertai Umno pada tahun 1976. Bermula dengan menjadi ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan pada 1978, Dato Hasan kemudian menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian itu pada 1984 sebelum beralih angin ke kawasan Rompin, memegang jawatan yang sama pada 1986. 

Melihat kepada kredebiliti yang ditunjukkan, Hasan terus diberikan kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Rompin pada 1990-2004 selain pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan anggota Exco kerajaan negeri. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian negeri Pahang dan ahli Lembaga Pengarah Felda.

BIODATA
Tarikh Lahir : 28/4/1953
Umur : 62 Tahun

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
1976 Sarjana Muda Ekonomi
Universiti Malaya Kuala Lumpur
1979 Management Course Asia Institute Of Management Manila

PENGALAMAN DAN JAWATAN DALAM POLITIK
1976 Menjadi Ahli UMNO
1978 Menjadi AJK UMNO Bahagian Pekan
1984 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan
1986 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin
1990-2004 Ketua Bahagian UMNO Rompin
1996-2004 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1982-1986 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan
1986-1990 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Rompin Parlimen Pekan
1990-2004 Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Ibam Parlimen Pekan
1986-1995 Exco Kerajaan Negeri Pahang
1995-1999 Timbalan Menteri Besar Pahang
i) Bertanggungjawab membangunnkan Gebeng Industrial Area
ii) Menarik Pelaburan Di Pahang
iii) Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)
iv) Membesarkan Pelabuhan Kuantan

JAWATAN SEKARANG

i) Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin
ii) Pengerusi PERKIM Negeri Pahang
iii) Pengerusi Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan
iv) Ahli Lembaga Pengarah UDA Holding Berhad.

PENGENALAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

1990-1999 Menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Perusahaan Pertanian (LKPP)
Bertanggungjawab :
i) Memulihkan pentadbiran dan kewangan Lembaga
ii) Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000 ekar
iii) Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang
iv) LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan mempunyai harta yang banyak di Pahang
v) Terlibat dalam menguruskan ladang ladang kecil peneroka ,keselamatan dan juga peserta rumah banjir

1991-1995 - Menjadi Ahli Lembaga Pengarah FELDA
1995-1988 - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara)
1976-1982 - Sebelum memasuki bidang politik pernah bekerja dengan ASPA, sebuah agensi kerajaan yang terlibat dalam industri Perkayuan. Jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Operasi Kilang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA & NGO
1995-2001 - Executive Council Commenwealth Parlimentary Association
Menghadiri Sidang Ahli Parlimen Negara Komenwel di Mauritus New Zealand Barbados Singapore United Kingdom Australia Trinidad & Tobago

LATARBELAKANG KELUARGA
Nama Isteri : Datin Rozidah Binti Karim
Anak Pertama : Sudah Berumahtangga; Ahli Perniagaan
Anak Kedua : Sudah Berumahtangga; Head Of Communication Tune Talk
Anak Ketiga : Belum Berkahwin;Executive Auditor Delloite
Anak Keempat : IT Executive

Monday, April 20, 2015

FELDA Zahirkan Sokongan Kepada Kepimpinan @NajibRazak Bukti BN Tetap Kuat!

0 comments

Dari awal lagi saya perhatikan ramai yang cuba melaga-lagakan Tun M dan PM DS Najib tentang beberapa persoalan yang dilontarkan oleh Tun M...Kerana sayangkan UMNO dan Kerajaan, saya mengambil pendirian tidak mahu menjadi salah seekor tikus yang merosakkan sebiji labu..

Saya hanya menjadi pemerhati..bukan kerana saya tidak suka Najib ataupun tidak sokong Tun...kerana sayangkan UMNO...bila ada yang menyokong antara Tun M atau Najib itu sudah bagus..janganlah dek kerana kita sayang Najib lebih kita hentam Tun M secukup rasa..begitu jugalah sebaliknya...

Kalau nak suarakan sokongan itu baguslah...sokong Najib maknanya sokong UMNO...sokong Tun M pun sokong UMNO..dalam keadaan ini, iblis dan syaitan memang suka melaga-lagakan..pembangkang memang suka lihat kita berkelahi sesama sendiri..kerananya mereka dapat lari dari masyarakat pertikaikan ketidaksefahaman mereka tentang pelaksanaan hudud....

Dalam keadaan PM Najib memerlukan sokongan untuk meneruskan legasinya, FELDA melalui pengerusinya Tan Sri Isa Abd Samad telah menyatakan sokongan padu warga FELDA terhadap kepimpinan YAB PM...

Tan Sri Isa turut berikrar akan tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib. Perkara ini telah dizahirkan bersama 11 pemimpin wilayah tanah rancangan FELDA selepas perjumpaan khas FELDA Keratong 3, Rompin kelmarin..

Kenapa pentingnya FELDA menyokong Najib? hebat sangat kah FELDA sampai sokongan mereka penting untuk Najib..jawapannya ada pada pembangkang..kalau tak ada kepentingan tak adalah mereka sanggup memfitnah FELDA untuk kepentingan mereka...

Masyarakat FELDA tidak lupa jasa ayahanda Najib yang membangunkan FELDA...saya pasti kalau ditanya penduduk FELDA ini apakah sokongan mereka kepada Najib akan melunturkan sokongan kepada Tun M?jawapannya tidak...mereka menyokong Najib..mereka juga menghormati Tun M...

Antara masyarakatan FELDA yang menzahirkan sokongan padu kepada Najib ialah Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Gerakan Persatuan Wanita (GPW) FELDA dan Gabungan Pemikir Profesional FELDA (Gaprof).

FELDA sokong Najib,
UMNO sokong Najib,
MCA sokong Najib,
Johor Sokong Najib,
Kedah Sokong Najib...

Ramai yang menyokong...baguslah.jangan hanya nyatakan sokongan..golongan-golongan ini perlu beri penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sokong Najib...tugas mereka belum selesai...

#PRKPermatangPauh - MCA Tekad "Gempur" Kawasan Anwar!

0 comments

Dalam politik tiada yang mustahil..biarpun Permatang Pauh dilabel sebagai kawasan keturunan Anwar Ibrahim namun lain pula ceritanya yang dilakukan oleh Pemimpin MCA...mereka tahu tapi mereka tetap bersemangat mahu setidak-tidaknya menurunkan majoriti pengundi yang menyokong Anwar Ibrahim dan keturunan di Permatang Pauh...

MCA menjanjikan akan gempur habis-habisan untuk menawan sokongan seberapa banyak penggundi kepada BN khususnya pengundi Cina..DAP di Permatang Pauh tak banyak buat kerja pun...ini yang membuatkan rakyat jelak dengan sikap bermuka-muka pemimpin pembangkang...



Datuk Wee Ka Siong sebagai Pengerusi Jawatankuasa PRU 14 MCA telah hadir ke Permatang Pauh petang tadi untuk memantau persiapan MCA dalam menghadapi PRK Permatang Pauh. MCA bertekad akan "all out" untuk memenangkan calon BN dalam PRK tersebut. 


Ada cakap-cakap kata kalau letak tunggul kayu pun Permatang Pauh komfem menang...dalam keadaan keluarga dan penyokong taksub mereka bermegah dengan keputusan ini..

Mereka perlu ingat bahawa tahap sokongan pengundi di Permatang Pauh telah merosot...Pada Pilihan Raya 2008 PKR menang dengan majoriti 15,671 undi..tapi pada PRU 2013, sokongan merosot menjadi 11,721 undi...merosot hampir 4,000...tidak mustahil PRK kali ini akan mencatatkan penurunan..

Setakat awal tahun ini, daftar pemilih 72,000 orang yang direkod SPR, pengundi Melayu 50,541, Cina 17,849 dan India 4,123...




Sunday, April 19, 2015

Modul Baru PLKN 2.0 Tumpu Keperluan Pasaran Kerja Pelatih!!

1 comments

Selepas hampir 3 bulan sejak Januari PLKN ditangguhkan bagi memberi laluan kepada penambahbaikkan modul PLKN. Program ini bakal memperkenalkan modul baru yang lebih mesra tentang masa depan pelatih..

Modul baru PLKN ini akan menumpukan kepada elemen kemahiran dan vokasional disamping patriotisme dan perpaduan..penambahbaikkan modul ini selaras dengan keperluan ilmu penuntut disamping menumpukan aspek patriotisme...

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Penambahan elemen kemahiran teknikal dan vokasional kepada tranformasi PLKN dibentangkan kepada Kabinet minggu lepas dan saya minta supaya ia diserapkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.

"Cara bagaimana syarikat swasta akan dilibatkan dalam transformasi ini akan kita putuskan segera dalam waktu terdekat,"

Idea ini lahir daripada cetusan idea Makmal Transformasi PLKN yang telah berakhir 27 Mac yang lalu...Penambahbaikkan ini selaras dengan keperluan semasa yang mana diakui sendiri oleh Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, YB Datuk Noor Ehsanuddin Bin Haji Mohd Harun Narrashid..

Datuk Ehsanuddin sebelum ini menegaskan penambahbaikkan modul PLKN ini perlu mengikut kesesuaian semasa..hasilnya kini para pelatih bakal disediakan pakej lengkap dimana sijil yang diperolehi sepanjang menyertai PLKN boleh digunakan memandangkan mereka telah mempelajari tentang kemahiran dan vokasional sepanjang sesi latihan..

Rakyat Malaysia turut dilibatkan dalam memastikan modul baru PLKN 2.0 ini lebih mantap dan mesra rakyat. Satu portal telah dibangunkan bagi mendapatkan maklum balas rakyat Transformasi PLKN..sekiranya anda berminat boleh layari pautan www.transformasi.khidmatnegara.gov.my yang akan dibuka sehingga 26 April ini...

Saturday, April 18, 2015

Bas Henti-Henti Dabong-Kuala Krai Ganti Perkhidmatan Keretapi Tergendala Sejak Banjir...

2 comments

Penduduk setempat kawasan Dabong hingga Kuala Krai boleh menghela nafas lega apabila kesukaran mereka selama ini akibat terputusnya perhubungan perkhidmatan rel Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak banjir akhir tahun lalu selesai...

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Perngangkutan Awam Darat (SPAD), suruhanjaya itu memaklumkan bahawa Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) yang menggunakan jenama CityLiner telah memulakan operasi bas henti-henti sejak 13 April 2015...

Perkhidmatan bas henti-henti Dabong - Kuala Krai ini akan memudahkan perhubungan masyarakat sekitar termasuk pelajar sekolah sekitar Dabong, Kemubu dan Kuala Krai..perhidmatan bas henti-henti ini bertujuan menyelesaikan masalah perhubungan masyarakat setempat apabila perkhidmatan rel masih belum beroperasi...

Pastinya kemudahan bas henti-henti ini memudahkan urusan seharian masyarakat kerana sebelum ini masyarakat sekitar Dabong -  Kuala Krai menggunakan perkhidmatan KTMB sebagai pengangkutan utama.

Hasil tinjauan pihak SPAD terhadap operasi bas henti-henti ini, SPAD mendapat maklumbalas positif daripada penduduk setempat tentang keperluan pengangkutan awam di kawasan tersebut...Setakat ini, perkhidmatan bas henti-henti Dabong ke Kuala Krai menyediakan 3 trip perjalanan sehari dan 3 trip Kuala Krai - Dabong...City Liner pada 14 April lalu turut melanjutkan perkhidmatan laluan Jeli ke Kuala Balah sehingga ke Jelawang dan Dabong...

Macam-macam kaedah dilakukan oleh SPAD untuk memudahkan urusan rakyat Malaysia terhadap pengangkutan awam di negara ini...Rel Keretapi dilanda banjir masih rosak, guna bas bagi mengatasi masalah ini..pemandu teksi minta naikkan tambang...SPAD turutkan...semuanya bagi memastikan keselesaan pengguna dan memudahkan urusan pemandu kenderaan awam di Malaysia..

Di bawah ini saya kongsikan beberapa keping gambar tentang perkhidmatan Bas Henti-henti Dabong-Kuala Krai...






Thursday, April 16, 2015

Pengeluaran Wang KWSP Usia 60 Tahun - KWSP Tak Patut Menuduh Rakyat Tidak Pandai Urus Duit!!!

3 comments

Isu cadangan KWSP yang mahu melewatkan usia pengeluaran KWSP kepada 60 tahun adalah cadangan yang tidak masuk akal..

Cadangan ini seperti mempunyai agenda tersirat..apa tidaknya hanya kerana tidak mahu pencarum membazir duit adakah patut tempoh usia pengeluaran dilanjutkan?

Tidak perlu membuat cadangan..jawapannya semua orang tidak setuju dengan cadangan melewatkan pengeluaran hasil caruman KWSP..jika awalkan usia tempoh pengeluaran adalah lebih baik..

Tidak tahulah apa agenda tersembunyi KWSP...usia 60 tahun sudah terlalu tua untuk mengeluarkan hasil caruman...dan peluang mereka untuk menikmati hasil titik peluh semakin lewat..

Kenapa KWSP bersungguh-sungguh mahu melewatkan pengeluaran jika tiada sebab tersirat...usahlah KWSP menambahkan beban kerajaan untuk menjawab...batalkan sahaja cadangan ini...

Dengan menuduh rakyat tidak pandai urus duit...adakah KWSP pandai urus duit?

Wednesday, April 15, 2015

SPAD Sita Kereta Sapu Dan Teksi Langgar Undang-Undang!!! @SpadChannel

0 comments

Kelicikan pemandu teksi sapu yang menggunakan aplikasi Easy Teksi akhirnya terbongkar apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melancarkan Operasi membanteras Aktiviti Kereta Sapu...

Operasi yang dilancarkan pada jam 4 petang berakhir 8 malam semalam disekitar Kuala Lumpur dan Selangor telah berjaya membanteras 12 kes..3 kes kesalahan Kereta Sapu yang menggunakan aplikasi Easy Taxi dan 9 kes lagi teksi tidak menggunakan meter...

Pemandu teksi sapu ini menawarkan khidmat pengangkutan awam di sekitar Kuala Lumpur...mereka tidak perlu menunggu di tepi jalan...dapat sahaja tempahan dari penumpang, mereka akan ke lokasi dan mengambil penumpang untuk ke lokasi yang dikehendaki...

Mudah sajakan nak cari rezeki...masalahnya ialah mereka ini telah menutup rezeki pemandu teksi lain yang berdaftar mengikut undang-undang...bila ada kes kejadian tidak diingini daripada teksi sapu ini..penumpang akan salahkan SPAD juga yang gagal membanteras kes ini..

Sebenarnya SPAD kerap melakukan penyamaran untuk mengatasi masalah ini..cuma ramai tidak tahu Ops yang dilakukan SPAD...

Selain kes teksi sapu...SPAD masih lagi dapat menahan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter...baru saja harga tambang dinaikkan..tapi kes ini tak juga selesai...dulu bila ditangkap kata meter ni menyekat rezeki mereka...bila SPAD dah perjuangkan kehendak pemandu teksi..mereka ini tidak bersyukur dan langsung tidak menghargai usaha SPAD yang terpaksa berdepan dengan kritikan ekoran kenaikan harga tambang...

Kalau dah tamak tu...buatlah apa saja..mereka tetap tidak bersyukur...sebagai pengguna kita mesti tertanya-tanya apakah aplikasi untuk berhadapan dengan pemandu teksi tidak guna meter..jawapannya ialah download saja aplikasi METER ON di play store..

Aplikasi ini akan membantu pengguna daripada ditipu pemandu teksi..malah kita juga boleh buat aduan dan beri penilaian terhadap pemandu teksi asalkan kita ambil no plat teksi tu...mudah sajakan...

Berbalik kepada operasi semalam, SPAD telah berjaya menahan dan menyita kenderaan model berikut :

a. 1 x Perodua Alza (Easy Taxi).
b. 1 x Gen 2 (Easy Taxi).
c. 1 x Toyota Avanza (Easy Taxi).
d. 9 x Teksi Bajet.

Kesemua teksi yang disita telah dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang...syabas SPAD atas usaha membanteras kegiatan sumbang kereta sapu dan pemandu teksi di Malaysia...

Najib Jumpa Tun Mahathir - Jangan Ambil Tugas Iblis Laga-Lagakan 2 Pemimpin Ini!

0 comments

PM, Datuk Seri Najib petang tadi telah mengadakan satu pertemuan empat mata dengan mantan PM,Tun Dr Mahathir di Putrajaya.

Menurut sumber pejabat Tun Dr Mahathir, pertemuan yang hampir dua jam itu menunjukan tanda-tanda positif bahawa permasalahan yang timbul antara dua pemimpin itu akan selesai. 

Datuk Seri Najib secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan-cadangan Tun Dr Mahathir termasuk pemansuhan BR1M dan pembinaan Jambatan Bengkok. Kemungkinan besar pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan ditangguhkan bagi membolehkan peruntukan kewangan digunakan untuk pembinaan Jambatan Bengkok. Bagaimanapun Datuk Seri Najib berkata, ianya akan diputuskan dalam kabinet.



Semalam tersebarnya satu mesej di aplikasi Wasap yang kononnya Najib telah bertemu dengan Tun M...perkara ini kononnya disahkan dengan sekeping gambar yang diambil pada tahun 2010...rujuk atas...

Macam2 cara nak laga2kan 2 pemimpin nih...ada pulak tu berlumba-lumba nyatakan sokongan...masalahnya kita lawan siapa?adakah pembangkang...itu Tun M..setle baik2 sudahlah..tang serangan pembangkang tak ada pula kumpulkan semua bala tangkis serangan...

Bila teguran Bapa kepada Anak sibuk nak laga2kan...1MDB..tunggu sajalah laporan dari audit...ini kita sudah mengalahkan pembangkang pula...

Kalau macam inilah cara semua sayap backup kepimpinan Najib...aku rasa kalau sokongan ini diterjemah kepada menyerang pembangkang dengan macam2 isu kan bagus....

Tak habis2 lagikah drama ni...UMNO berkelahi sesama sendiri. Dalam diam DAP sedang BERDAKWAH di Timur tengah...rakyat pula sedang pening dengan pelaksanaan GST...bagilah penerangan yang tak menyakitkan hati...apanak jadilah Malaysiaku...

Ingatkan Anwar Ibrahim kena penjara makin aman Malaysia..heh!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA