networkedblogs

Bersahabat..

VIDEO VIRAL MERDEKA KE-60

Sunday, September 27, 2015

TERKINI !!! Jambatan Batu Pahat Dikesan Retak Selepas Dilanggar Tongkang!

0 comments

Dengar cerita dari orang awam di sini Jambatan Batu Pahat dilanggar tongkang..kata mereka tongkang tu hanyut selepas air pasang malam tadi daripada Minyak Beku..yang hairannya kapal tongkang ini dikatakan dari Singapura...entah ye entah tidak...

Namun hasil gambar yang kami terima..memang ada kesan keretakan dan ada perubahan pada stuktur binaan yang teralih...

Macam biasa..orang Malaysia ni memang bizibody!yang langgar tu kapal tongkang...jambatan tak roboh pun..tapi jalan jem dengan orang sibuk ambil gambar...

Kelihatan Ahli Parlimen Parit Sulong yang cantik manis, Dato Noraini Ahmad bergegasske tempat kejadian dengan menaiki bot maritim...macam inilah bagus...YB cepat turun padang..nak harapkan pemimpin pakatan..haprak!PAKATAN RAKYAT dah tak de..dah diganti Pakatan Harapan...

Gitulah kisahnya kes jambatan Batu Pahat...





Saturday, September 26, 2015

Gelombang Kebangkitan Bermula!!! MCA Sedia Gempur Gelang Patah #PRU14!!!UMNO Pulang Semula Kerusi Gelang Patah Kepada MCA!!!

0 comments

MCA mengetuk gendang tarian singa apabila sedia mengempur habis-habisan kawasan Parlimen Gelang Patah yang dimenangi oleh pemimpin tua DAP, Kita Siang..

Ini janji yang dikatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai...Liow berkata "MCA akan bertindak mengiarakan pandangan serta perasaan rakyat melalui pemimpin akar umbi MCA...

Pada hemah kami di Harapan Esok, gendang ini perlu dipalu memandangkan pemimpin tua Kit Siang yang memenangi PRU 13 tidak layan penduduk di Gelang Patah, pemimpin tua itu menghilangkan diri tatkala rakyat yang mengundi mereka mahukan pertolongan...

Ramai masyarakat Cina yang mengundi si tua ini meluahkan rasa kekesalan ekoran pemimpin tua Kit Siang jarang sekali berada di kawasan dia...ini pengakuan sendiri oleh beberapa orang masyarakat di sini...

Dari tinjauan kami di sini, rata-rata masyarakat Cina di sini mahukan ketua MCA Gelang Patah, Jason Teoh untuk melawan dengan Kit Siang pada PRU akan datang..itu pun kalau hayat Kit Siang masih panjang...haha!

Tiow berkata "UMNO setuju kembalikan kerusi Gelang Patah kepada MCA pada PRU nanti, tetapi kita tunggu nanti adakah Kit Siang berani bertanding di Gelang Patah kerana beliau susah nak duduk di suatu tempat secara tetap, suka melompat kerana lama sangat duduk takut rahsia dia terbongkar," katanya...

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvokesyen MCA negeri Johor di Segamat, hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA...

Dalam pada itu, UMNO bersetuju untuk memulangkan 2 kerusi yang dipinjam daripada MCA iaitu Gelang Patah dan Wangsa Maju...

Jason Teoh lawan Kit Siang..barulah betul....rampas balik Gelang Patah!!!parlimen ini terletaknya pusat pentadbiran negeri Johor, Nusajaya!!!BN kena all out pada PRU akan datang...

Thursday, September 24, 2015

Syabas!!!SPAD Gagalkan 2 Taktik Kereta Sapu Guna Kenderaan Mewah!!

0 comments

Siang tadi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menjalankan satu Ops SERKAP di Terminal Pudu Sentral yang diketuai Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD Mejar Jeneral (B) Dato' Paduka Che Hasni B Che Ahmad...

Operasi yang bermula pada jam 5 petang tadi telah membongkar sindiket kereta sapu menggunakan kenderaan mewah..bagi mengaburi pihak berkuasa mereka menggunakan aplikasi Grab bagi mencari pelanggan...taktik ini telah dihidu pegawai SPAD dan 2 pemandu berkenaan telah diberkas...

Sebanyak 4 kenderaan telah disita SPAD bagi membantu siasatan iaitu 2 buah Teksi dan 2 buah kenderaan mewah (Toyota Camry dan Mercedes Benz)

Ops Khas ini dilancarkan bersempena Sambutan Hari Raya Haji yang telah bermula pada 21 September lalu dan akan berakhir pada 28 September...tujuan ops ini dijalankan adalah untuk memberkas sindiket Ulat Tiket, Teksi tidak guna meter dan kereta sapu..

Sepanjang operasi hari ini SPAD telah memberkas 6 kes yang melibatkan 2 kes memujuk dan mendesak yang boleh disabitkan dibawah Seksyen 205 APAD 2010 yang boleh disabitkan jika bersalah denda tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya , 2 Kes mengendali suatu perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali (Kereta Sapu) dibawah seksyen 16 APAD 2010 yang boleh disabitkan jika bersalah denda RM 10,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-dua dan 2 kes Teksi tidak menggunakan meter yang boleh disabit di bawah Seksyen 22 APAD 2010 boleh disabit jika bersalah denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-dua...

Sepanjang ops ini dilaksanakan bermula 21 dan 22 September, SPAD telah mengesan sejumlah 54 kesalahan membabitkan Bas, Lori dan Teksi di seluruh semenanjung Malaysia...

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SPAD atas usaha ini lebih-lebih lagi ianya dilakukan pada musim perayaan..kebiasaannya musim puncak ini, pemandu atau ulat tiket akan menggila menjalankan kerja-kerja menyalahi undang-undang ini..dengan adanya Ops SERKAP ini ia dapat menafikan perbuatan mereka...

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang operasi siang tadi...







Wednesday, September 23, 2015

#PakatanHarapan - Ibarat Pasangan Belum Bercerai Tapi Sudah Cari Pasangan Baru @WeeKaSiongMP

0 comments

Ekoran penubuhan Pakatan Harapan bagi mengantikan Pakatan Rakyat yang di umumkan kelmarin, hari ini Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mempersoalkan kredibiliti Pakatan Rakyat yang masih memerintah di Selangor..

Penubuhan komponen pembangkang Parti Harapan yang diumumkan tidak melibatkan parti PAS yang sebelum ini bersama PKR dan DAP dalam perjuangan Pakatan Rakyat...parti Pakatan Harapan ditubuhkan bagi menggantikan PAS dengan Parti Amanah yang mana pecahan pemimpin PAS...


Persoalan yang menarik difikirkan ialah kebebalan pemimpin parti politik Pakatan Harapan yang menyisihkan PAS...persoalan yang bermain kini adalah apakah PAS masih releven sebagai parti komponen untuk mentadbir negeri Selangor...jikalau benar Pakatan Harapan mengantikan Pakatan Rakyat sewajarnya PAS keluar daripada perjuangan bersama DAP dan PKR...

Rakyat Selangor kini keliru ekoran sindrom pemikiran gila pemimpin mereka..apa tidaknya PKR dan DAP kita tahu sudah tidak sebulu dengan PAS..namun mengapa PAS masih lagi terhegeh-hegeh untuk bersama mereka di Selangor..angkat kaki sahaja...habis cerita...

Dr Wee berkata bila diminta mengulas mengenai wayang politik baru pembangkang ketika di mempengerusikan mesyuarat "MCA Education Consultative Committee"...jawapan pertamanya ialah "Terkilan, Aneh dan Ganjil"..

Wee mempertikaikan bagaimana komponen baru Pakatan Harapan ini boleh menerima 'Kahwin Campur' yang melibatkan serpihan PAS..

"Kemana semangat Pakatan Rakyat dan setiakawan diantara mereka?ini diibaratkan seperti pasangan yang belum bercerai talak tiga, tetapi sudah mencari penganti yang baru" kata Wee lagi...

Benar kata Dr Wee..ini bukan pertama kali PAS diperalatkan PKR dan DAP...tapi mereka tidak sedar-sedar lagi...sama-sama kita berdoa di bulan mulia ini agar PAS sedar bahawa perjuangan mereka bersama DAP dan PKR menyesatkan...amin...

Tuesday, September 22, 2015

Johor Melarang Guna Bendera Malaysia?Ini Jawapannya!!!Jangan Sebarkan Berita Yang Tak Sahih!!!

2 comments

Pada mula aku tengok surat yang tersebar ni aku dah syak ini mesti spekulasi untuk memburukkan kerajaan negeri Johor...biasalah musuh kerajaan negeri Johor yang ditadbir Barisan Nasional yang dikepalai MB Khaled Nordin ramai...

Kepada musuh politik yang berniat menjatuhkan kerajaan negeri Johor tentang kononnya Johor mahu keluar Malaysia silalah hentikan..itu semua fitnah...

Bawah ni berita tentang persoalan bendera...

Titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai penurunan bendera adalah merujuk kepada bendera yang digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan bukan Jalur Gemilang yang sedia terpasang.

Menjelaskan demikian, hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota itu membawa erti kononnya `Johor mahu keluar dari Malaysia’.

Titah menurunkan bendera berkenaan adalah berikutan sambutan Hari Kebangsaan sudah selesai, dan meminta digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

“Mustahil untuk Johor keluar dari Malaysia kerana proses berkenaan (keluar dari Malaysia) adalah banyak dan panjang.

“Kita juga sudah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan,” kata Ismail di Kota Iskandar, di sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri itu mengulas mengenai penyebaran surat penurunan bendera Jalur Gemilang yang dikeluarkan pejabat daerah Segamat kepada semua ketua jabatan di daerah berkenaan, baru-baru ini.

Ismail berkata, salah faham itu wujud apabila surat itu tersebar luas di laman sosial Facebook.

Ismail menasihat orang ramai supaya merujuk kepada kerajaan negeri sekiranya timbul sebarang isu.

Dalam surat itu, TMJ dikhabarkan bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Ismail berkata, pihaknya juga dalam proses mewartakan 10 bendera daerah dalam masa terdekat ini yang diputuskan oleh Sultan Johor ketika kemahkotaan baginda baru-baru ini. - Bernama

Teksi 'Lama' Akan Dimansuhkan Menjelang 2020, Bakal Diganti TEKS1M!!!

0 comments

Bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan teksi di Malaysia ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal mengantikan teksi sedia ada kepada jenis TEKS1M..

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan "terdapat dua aspek yang perlu diberi perhatian apabila mengubah industri teksi-perubahan fizikal dan mengubah cara berfikir pemandu teksi".

"Kita perlu menukar teksi lama kepada model baru. Setakat ini, kita telah berjaya menukar kira-kira 2,000 kereta lama kepada model baru di bawah TEKS1M", katanya lagi...

Bagi kami di blog HE, pandangan ini amat baik berikutan negara kita bakal bergelar negara maju menjelang tahun 2020..salah satu aspek peru diberi perhatian ialah identiti pengangkutan awam seperti teksi..

Biarpun ada rungutan daripada pemandu teksi yang mana jika mereka mahu menukar model TEKS1M, ianya akan membebankan mereka berikutam harga model TEKS1M Proton Exora atau Toyota Innova kira-kira RM 60,000 hingga RM 70,000..berikutan itu, SPAD telah merancang akan menggunakan jenama kereta tempatan Persona dan Saga bagi meringankan beban pemandu teksi..

Memandangkan permit teksi biasa mempunyai jangka hayat 10 tahun, ink bermakna TEKS1M bakal dilaksanakan sepenuhnya 10 tahun akan datang iaitu pada akhir 2024..

Dengan cara ini, insya'allah Malaysia bakal memasuki fasa baru Kelas Teksi Terbaik menjelang negara maju...

Dalam pada itu, Pengerusi SPAD mengingatkan pemandu teksi agar menjaga sahsia mereka ketika memberi perkhidmatan..antara yang diberi perhatian ialah merokok, memkai pakaian seragam, tidak membuka kancing baju dan mendedahkan ketiak kepada pelangan..

Langkah yang dilakukan SPAD ini seharusnya dilaksanakan mengikut peringkat agar pemandu teksi tidak terkejut dengan perubahan drastik yang dilaksanakan...dan harapakan kami pemandu teksi perlu bersedia mental dan fizikal untuk menyahut seruan SPAD demi meningkatkan martabat industri pengangkutan awam Malaysia...

Monday, September 21, 2015

GEMPAR!!!Blogger Cacai PKR Dedah Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Batu Pahat Tidak Telus!!!!

1 comments

Krisis dalaman yang berlaku dalam pakatan memang sudah tidak mampu disembunyikan lagi bila satu persatu masalah dalaman parti itu dibawa keluar..dengan kes pengunduran PAS yang merajuk dengan Pakatan yang tidak selesai lagi...timbul pula krisis dalaman yang berlaku di Cabang Batu Pahat...

Inilah contoh tauladan bagi Parti yang konon memperjuangkan keadilan...yang membawa perjuangan bersih pilihan raya dalam himpunan busuk BERSIH...

Mesyuarat yang sekecil kuman pun carca merba...sungguh malang bagi rakyat Batu Pahat yang mempunyai ahli parlimen yang tidak mampu mengawal cabang dia...

Lebih lucunya ianya didedahkan sendiri oleh blogger macai PKR Omak Kau...

Bawah ini kenyataan yang aku petik dari blogger Omakkau!baca


Mesyuarat matc batu pahat di dewan perniagaan cina batu pahat pada sabtu 20 september tidak telus dan mesti dibatalkan.

Saya Shahrulizam haron merupakan antara pengasas keadilan batu pahat 99 mantan tim ketua cabang sesi 2010-2014 pengarah pilihanraya pru 13 p150. Sangat kecewa dengan ketelusan matc batu pahat.

Pertanyaan saya tentang isu minit mesyuarat dan penyata kewangan yang tiada serta kehadiran angota parti yang tak sampai 100orang sedangkan angota parti yang berdaftar sersmai 700 lebih angota di balas dgn kata nista oleh ahli parlimen batu pahat yang dulu saya yang menolong dia sewaktu sibuk nak bertanding. Sekarang saya Di tuduh pengacau hanya bertanya tentang penyata kewangan. Apakah pkr batu pahat amalkan kuku besi dan lebih teruk dari umno di mana penyata kewangan tidak boleh di persoalkan?

Tidak cukup dgn itu anak ahli parlimen batu pahat melakukan provokasi kepada saya hingga berlaku cabar mencabar dan kerusi melayang. Inikah cara ahli parlimen batu pahat dan pkr batu pahat melayan anggota cabang?

Malah saya di halau keluar dari dewan. Hak saya sebagai anggota parti cabang yang sah di nafikan.Adakah sudah tiada ruang demokrasi dalam pkr cabang batu pahat?

Tidak cukup itu. Saya di fitnah bukan anggota cabang batu pahat. Ini no angota saya j110000172 Adakah pkr batu pahat amalkan budaya fitnah. Apa bezanya pkr batu pahat dgn umno?

Waktu susah sebelum pru mengemis mencari sokongan. Bila telah menang lupa diri ahli parlimen batu pahat.


Yang benar
Shaharullizam Harun
Otai Refomasi Batu Pahat

Bulan Haji -ALLAH SWT Tunjukkan Kebenaran FELDA Difitnah...Syukur...

0 comments

Ekoran penyiaran artikel fitnah terhadap FELDA 27 November 2012 yang disiarkan di akhbar lidah Suara Keadilan, FELDA telah memfailkan saman kepada akhbar tersebut pada 7 Januari 2013 yang mana telah menyiarkan artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat"..


Syukur Alhamdulillah di bulan haji ini, Allah SWT telah menunjukkan kebenaran dan menghukum pemfitnah dari kem Pembangkang...hari ini, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya telah membuat keputusan melalui semua hakim dengan sebulat suara menolak "Menolak Kenenaran Untuk Merayu" daripada Datuk Mustsfa Ali dan 5 defenden lain dengan kos RM10,000 dibayar kepada FELDA...

Pengumuman keputusan ini bermakna tiada lagi rayuan boleh dibuat di perinhkat Mahkamah Persekutuan...Dalam erti kata bahasa kampung, FELDA menang saman kerana difitnah..defenden diarahkan membayar ganti rugi RM 100,000 atas fitnah tersebut...sehingga ini, mereka telah membuat sebahagian pembayaran yang diarahkan..

Pada 8 April 2015, Mahkamah Rayua telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mana mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Lima individu lain untuk membayar ganti rugi RM 100,000 kepadanFELDA kerana memfitnah syarikat berkenaan menerusi 2 artikel kononnya FELDA menjual minyak sawit mentah ke Israel...

Panel tiga hakim berkenaan sebulat suara menolak rayuan Mustafa dan lima defenden lain iaitu ketua pengarah Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terhadap keputusan Mahkamah Tinggi...

Pembaca boleh rujuk artikel kami sebelum ini :


Sunday, September 20, 2015

@NajibRazak Mengadap Sultan Johor...Usah Mainkan Spekulasi Sultan Johor Tidak Suka Najib!!!

0 comments

Siang tadi YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Rajak mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene..

Dalam kenyataan Facebooknya, Najib menjelaskan bahawa pertemuan ini bakal mengeratkan hubungan negeri Johor dan Kerajaan Persekutuam..

Tujuan apa beliau ke Istana tidak pula diketahui..sejurua berangkat keluar dari Istana..Najib terus ke Muar untuk merasmikan bangunan UMNO...

Ini merupakan kali kedua dalam masa terdekat ini Najib bergambar bersama Sultan Johor...sebelum ini ketika ulang tahun kemerdekaan Singapura..turut berada dalam gambar pertuan tersebut ialah Tungku Mahkota Johor...





Cuti Sekolah & Raya Aidiladha - ETS Tambahan Untuk Pengguna KL - Padang Besar!!!

0 comments

Bersempena cuti sekolah dan perayaan AidilAdha pada minggu ini, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) membuat tawaran perkhidmatan tambahan bagi Elektric Train Service (ETS)...

Perkhidmatan tambahan ini akan memudahkan perjalanan rakyat untuk pulang ke kampung halaman dari KL ke Padang Besar memandangkan minggu ini waktu puncak cuti sekolah dan Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut Khamis ini...

Perkhidmatan ini juga akan berhenti di stesen utama iaitu Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungau Petani, Alor Setar dan Arau....ia memudahkan perjalanan jika penumpang hendak menaiki perkhidmatan ini dan boleh berhenti di stesen-stesen tersebut...

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan KTMB, perkhidmatan tambahan ini akan berlepas jam 11 pagi dari KL Sentral dan dijangka tiba di Padang Besar jam 4.35 petang...

Manakala tren tambahan dari Padang Besar pula akan berlepaa jam 6.00 Perang dan dijangka tiba di KL Sentral jam 11.35 malam...

Tren tambahan ini akan beroperasi pada 22, 23, 25, 26 dan 27 September ini..tiket bagi perkhidmatan ini boleh dibeli sekarang...

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan tambahan ini, boleh hubungi talian 1300885862...

Dengan penawaran perkhidmatan ini, ia akan menjimatkan masa perjalanan dan dapat mengatasi masalah kehabisan tiket bas semasa musim puncak cuti sekolah dan hari raya...

Friday, September 18, 2015

Md Sabu Anggap Amoi Peluknya Semasa #BERSIH 4 Seperti Cucu Sahaja

3 comments

Inilah jawapan yang diterima apabila gambar viral Md Sabu dengan seorang semasa himpunan Bersih 4 yang lalu...jawapan mudah Md Sabu hanya menganggap amoi itu seperti Cucunya sahaja...

Hebat betul bekas pejuang Islam PAS nih...bawah berita...

Presiden Amanah, Mohammad Sabu menjelaskan gadis Cina yang bergambar mesra dengannya semasa Himpunan Bersih 4.0 bulan lalu hanyalah dianggap sebagai cucu sahaja.

"Saya ingat dia macam cucu saya. Itu juga bukan jadi amalan kita. Ia berlaku di tengah-tengah ratusan ribu manusia, bukannya di taman bunga dan di tepi pantai," katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut langsung tidak dirancang oleh sesiapa. Orang puluhan ribu datang ambil gambar. Gadis itu bersama bapanya yang berada di sebelah kanan mahu berselfie.
"Anaknya yang begitu muda. Saya ingat dia macam budak sekolah, dianggapnya saya ini macam atuknyalah.

"Saya ingat budak tu macam cucu saya, (ketawa). Di tengah-tengah ramai yang hadir walau saya dikelilingi kawan-kawan yang menjaga. Nak jalan seratus meter pun kadang-kadang sampai sejam. Orang datang ambil gambar," katanya dipetik Malaysiakini.

Walaupun dikelilingi rakan-rakan yang mengawal pergerakannya, namun Mohamad berkata, tidak dapat berbuat apa-apa dengan kehadiran ratusan ribu peserta yang mahu bergambar dengannya.

Dalam pada itu, Mat Sabu turut menyangkal gerakan Harapan Baru gagal menarik peserta Melayu ke perhimpunan itu.

"Analisis itu sebagai suatu yang tidak adil.

"Kalau ada himpunan Bersih akan datang, kita lihat daripada Parti Amanah Rakyat, akan melimpah di Kuala Lumpur," katanya.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata,  peserta Melayu hanya kurang pada hari pertama perhimpunan tetapi ia bertambah pada keesokkan hari, sekali gus menafikan bahawa Bersih 4.0 adalah himpunan untuk kaum Cina

Thursday, September 17, 2015

Pengerusi FELDA Antara Yang Hadir #HimpunanRakyatBersatu & Apa Yang Ada Pada #HimpunanMerah...

0 comments

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengerah kudrat dan keringat untuk hadir pada Perhimpunan Rakyat Bersatu siang tadi di Padang Merbuk...

Dalam ramai-ramai tadi antara yang menarik perhatian kami ialah kehadiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad dan Tok Ali, Mantan Ketua Menteri Melaka..lihatlah betapa powernya penangan Himpunan Rakyat Bersatu..ramai pemimpin dan rakyat hadir ranpa mengira pangkat dan darjat mereka bersatu untuk menunjukkan betapa kerajaan mempunyai ramai penyokong yang selama ini berdiam diri untuk mengadakan himpunan gergasi seperti siang tadi....

Kami pada mulanya tak kenal yang orang ini adalah Pengerusi FELDA...lihat sahajalah pakaiannya dan gaya..sama seperti orang kebanyakan...berpakaian t shirt merah dan berseluar hitam..itu pun selepas meneliti gambar ini beberapa kali barulah perasan...himpunan ini menunjuk betapa kita sebagai rakyat perlu bersatu dalam apa jua keadaan..letakkan pangkat di rumah atau pejabat...berjabat tangan berganding bahu bersama untuk menunjukkan mobilisasi kepada dunia betapa rakyat Malaysia ini bersatu...

Dianggarkan seramai 100,000 orang membanjiri sekitar kawasan Padang Merbok siang tadi..dalam padang lingkungan 60,000 dan peserta yang tak dapat masuk padang adalah dalam 30,000...kemana 10,000 lagi..mereka ini tersesat di Petaling Street sampai di tembak water cannon..biasalah macam-macam ragam orang yang hadir..

Himpunan Merah kali ini memang agak unik dan santun berbanding penganjuran bersih 4...yang sememangnya kotor...sebaik sahaja selesai himpunan Bersih..peserta meninggalkan sisa makanan di atas jalan...merata kita tengok sampah...

Tapi di perhimpunan Merah ini, semua peserta bertungkus lumus membersihkan kawasan tersebut...


Wednesday, September 16, 2015

Promosi Lesen Motorsikal Murah Di Institut Memandu TERPILIH!!!Hanya RM 299!!!

0 comments

Bagi meringankan beban golongan belia memiliki lesen motorsikal, Kementerian Pengangkutan telah melancarkan program myLESEN bertempat di Institut Memandu Surfine Hitech SDN. BHD. 14 September lalu...

Di bawah program ini, pihak Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama JPJ telah menetapkan harga lesen B2 berharga RM 299..

Kadar ini amat berpatutan berbanding sebelum ini yang mana harga untuk lesen B2 lingkungan RM 350 hingga RM 450 bergantung kepada Institut Lesen tersebut..di bawah program myLesen ini, beberapa institut memandu telah bersetuju untuk melaksanakan program ini..

Ketika melancarkan program ini, Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Liow Tiong Lai berkata "pelancaran program myLesen ini bertujuan untuk memastikan penunggang motosikal mendapatkan lesen dengan kadar lebih murah iaitu dengan harga RM299..."

DS Liow turut menjelaskan sedikit kelonggaran akan diberikan kepada penunggang motorsikal yang tidak lulus ujian undang-undang lebih daripada 2 kali, ia akan dilakukan secara bertulis atau oral untuk membantu tambah mereka lulus undang-undang.

 "Tutorial akan diberikan kepada mereka untuk memahami undang-undang jalan raya" jelas Tiong Lai lagi...

Program ini telah dilancarkan diseluruh negara yang mana sebanyak 190 buah Institut Memandu telah menyahut seruan Kementerian Pengangkutan ini...

Senarai institut memandu yang bersetuju untuk melaksanakan progrm ini boleh rujuk di SINI...

Menurut Tiong Lai, pendaftaran untuk program ini dibuka dalam tempoh sebulan mulai 15 September hingga 15 Oktober...ini merupakan langkah permulaan..jikalau mendapat sambutan menggalakkan ianya akan dilaksanakan untuk masa akan datang...

Pelajar-pelajar sekolah yang telah mencapai usia 16 tahun amat digalakkan menyertai program myLesen ini..boleh mula mendaftar sekarang..selesaikan ceramah undang-undang 8 jam..cuti sekolah akhir tahun nanti sudah boleh berlatih jalan raya...

Selain menetapkan kadar yang berpatutan, ia merupakan langkah kerajaan untuk memastikan setiap rakyat yang menunggang motorsikal mempunyai lesen..jika penunggang mempunyai ilmu tentang undang-undang jalan raya nescara kemalangan akan dapat dikurangkan...

Apa tunggu lagi..hubungi pusat memandu yang berdaftar sekarang!

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakan ketika majlis pelancaran myLesen di Institut Memandu Surfine Hitech SDN. BHD. 







Selamat #HariMalaysia - Ketepikan Unsur Boleh Memecahbelahkan Rakyat..Pesan DS @LiowTiongLai

1 comments

Sempena sambutan hari Malaysia hari ini, Dato' Seri Liow Tiong Lai mengingatkan rakyat Malaysia agar bersatu demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan..

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Menteri Pengangkutan itu mengingatkan rakyat agar mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat...

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu memecahkan tembok perkauman yang mana akan menjadi batu penghalang memupuk keharmonian rakyat bagi mengecapi negara maju...

Merujuk kenyataan ini, saya khuatir dengan wujudnya fahaman politik ekstrimis perkauman yang ada dalam DAP akan membuatkan masyarakat Cina berpecah belah...


Cara politik yang dibawa oleh DAP sememangnya ekstrimis boleh memecah belahkan rakyat..umpanya, baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng datang ke negeri Johor cuba memporak perandakan keamanan rakyat dengan membawa isu krisis air yang sedang dilalui oleh bangsa Johor...

Apa tidaknya umat Islam sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan hujan di kawasan tadahan air...mereka solat hajat dikawasan tadahan air...berdoa dan solat hajat setiap kali selepaa solat Jumaat...

Tiba-tiba datangnya pemimpin DAP ini ke Johor...mengutuk tentang ketiadaab air...ia seolah-olah cuba menyalahkan kerajaan pemerintah negeri dan pusat...

Guan Eng lebih sibuk mencari salah dinegeri orang lain sedangkan di Penang pun isu banjir kerap berlaku...pemimpin seperti inilah harus diUBAH!!!

Jika ramai pemimpin seperti DAP ini nescaya keamanan dan keharmonian yang ingin dikecapi negara kita sukae untuk dicapai...

Di bawah ini juga saya share kenyataan media penuh Dato' Seri Liow Tiong Lai sempena Hari Malaysia...



16 September 2015

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA

OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN

Demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan


Pada Hari Malaysia ini, marilah mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai.

Sesungguhnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat sebuah negara yang kian berkembang maju. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan dan diplomasi mahupun di arena sukan dan kebudayaan.

Warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.

Tidak dapat dinafikan bahawa tatkala kita berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, masih terdapat banyak yang perlu dilakukan. Kini, di saat negara kita berada di persimpangan, kita seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita.

Demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Selamat Hari Malaysia.

Tuesday, September 15, 2015

Menteri Pelajaran, @MahadzirKhalid Umum Sekolah Di Sgor KL Pjaya Melaka N9 Cuti Akibat #Jerebu @PKamalanathan

0 comments

Berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di negeri Selangor Kl Putrajaya N9 Dan melaka, Menteri Pelajaran mengumumkan sekolah di negeri terbabit cuti...

Tiada aktiviti dijalankan di sekolah dan semua pelajar diarahkan duduk di rumah serta tidak menjalani aktiviti luar...

Digalakkan memakai topeng untuk menjaga kesihatan..banyakkan minum air...

Sunday, September 13, 2015

#KrisisAir Johor: Tatkala Umat Islam Solat Hajat Agar ALLAH SWT Turunkan Hujan..Guan Eng Datang Johor Jadi Hantu Politik!!!

1 comments

Seperti tidak serik-serik pernah dihalau...dulu Kit Siang dihalau dengan batang penyapu bila cuba melaga-lagakan pemimpin Johor..kali ini Guan Eng pula..datang Johor Jaya jadi syaitan memburuk-burukkan kerajaan...

Apa dia ingat air kering kat takungan air tu semua UMNO sedut ke apa?untuk maklumat Guan Eng yang cetek otak...Operasi pembenihan awan di ruang udara Empangan Sungai Layang dan Sungai Lebam bakal dijalankan seawal hujung bulan ini sehingga awal Oktober dalam usaha menangani masalah bekalan air di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Datuk Hasni Mohammad berkata Jabatan Meteorologi negeri telah memaklumkan bahawa tempoh itu sesuai untuk pembenihan awan.

Kita umat Islam di Johor buat solat hajat setiap kali lepas solat Jumaat...malah solat hajat di tempat takungan air lagi..DAP apa buat?hanya datang tempat orang cari salah orang..usaha apa dia buat?tak ada..inilah cara politik DAP...sungguh bangsat!!!

Saturday, September 12, 2015

Dr @WeeKaSiongMP Cadang Batal Himpunan Baju Merah & Tukar Himpunan Perpaduan..Kenapa Ada Yang Melatah???

1 comments

Bila Datuk Dr Wee Ka Siong dari MCA menyatakan kebimbangan mengenai perhimpunan baju merah yang dijadualkan 16 September ini..ramai yang membalun pemimpin ini kononnya tidak cerdik...belagak pandai seolah-olah MCA berjaya menambahkan sokongan Cina kepada BN...

Terus terang di pihak kami, kita persetuju dengan pandangan Datuk Wee ini..walaupun aku Melayu tapi bila bab perkauman yang melampau ini perlu diperhalusi kesannya kepada perpaduan kaum...

Janganlah kerana Cina majoriti dalam himpunan BERSIH 4.0 kita hendak lakukan benda yang sama dengan mereka..kita tahu himpunan BERSIH 4.0 itu perhimpunan yang 'busuk' menggugat nama baik negara di mata dunia..

Adakah dengan himpunan baju merah ini kita boleh cuci tahi yang di lakukan BERSIH 4.0???ini ibarat nak cuci tahi dengan menggunakan tahi lain...

Kalau nak bersihkan nama Malaysia bukan ini caranya...Apa yang dikatakan Datuk Wee kita kena teliti balik..beliau cakap beliau bimbang perhimpunan ini menimbulkan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian rakyat..

Malah Datuk Wee juga senada dengan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mana himpunan yang hendak dilakukan harus mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan ketegangan kaum...

Kita kena tengok balik apa aras perjuangan MCA...mereka membawa perjuangan sebagai ejen perpaduan..mahu melihat keamanan, keharmonian kaum dan perlu dikekalkan...

Datuk Wee mencadangkan ianya dibatalkan dan mengantikan dengan perhimpunan yang memupuk perpaduan kaum di Malaysia...salah ke cadangan ini??bagi kami lebih elok himpunan Melayu Bersatu ditukar kepada himpunan Malaysia Bersatu..nak pakai tema warna merah tu soal lain..

Kalau nak buat himpunan Malaysia Bersatu..NGO tu boleh invite sekali UMNO, MCA, MIC dan parti komponen lain..mobilisasi inj lagi besar..buat di Stadium Bukit Jalil...itu lebih baik..barulah boleh lawan BERSIH 4.0 yang busuk dan kotor tu...

Malah Perdana Menteri sendiri dah cakap UMNO tak taja himpunan baju merah...malah tak larang ahli UMNO jika hendak pergi..kita janganlah ikut perangai CINA DAP yang tak bertamadun tu..pijak gambar pemimpin...ada pula cina yang biadap menghina Islam...perkara ini yang harus kita tangani...bukan dengan cara himpunan perkauman...



Senarai Nama 10 Orang Jemaah Malaysia Cedera Kren Patah di Mekah

0 comments

Berikut ialah senarai nama jemaah Malaysia yang terlibat dalam insiden kren patah di Masjidil Haram Mekah semalam. 

Alhamdulillah tiada jemaah Malaysia yang terkorban.

Sama-sama kita sedekahkah al-fatihah kepada mangsa yang terkorban.

Insya-Allah syurga milik mereka.

Terkini!!!Video & Gambar Kren Pembinaan Patah Di Kawasan Tawaf, Mekah...

4 comments

Melalui laporan yang baru diterima, sebuah kren telah runtuh menghempap bangunan yang mana merupakan kawasan tawaf...

Kren tersebut dari lokasi pembinaan di kawasan Mekah..dikhabarkan mangsa kebanyakan dari Pakistan dan Afrika..

Melaui laporan tak rasmi seorang mangsa dari Malaysia telah tercedera..laporan dari kenalan saya yang kini berada di Mekah..sebanyak lingkungan 20 buah ambulan telah dikejarkan ke tempat kejadian..

ARAB NEWS melaporkan lebih dari 62 orang jemaah meninggal dunia..bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada jemaah Malaysia terlibat...

Berikut adalah beberapa keping gambar dan video di lokasi kejadian..sama-sama kita doakan semuanya dalam keadaan terkawal...

Al-Fatihah untuk mangsa...syurga untuk mereka yang dijemput ALLAH SWT dirumahNya...

Sidang Media akan dibuat dalam bila-bila masa saja lagi...

video






Friday, September 11, 2015

SYABAS!!!Ahli Parlimen Kota Tinggi Johor Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Sosial #AIPA #2015 & Komen Beliau Mengenai Persidangan Ini!!!

0 comments

Kini sedang berlangsung Persidangan Agung ASEAN Inter Parlimentary Organisation (AIPA) yang bertempat di Hotel Shangri-La, Malaysia...Persidangan ini berlangsung dari 6 hingga hari ini 11 September 2015 yang mana dianggotai oleh negara-negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam..hanya Singapura tidak menghantar wakil kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya negara itu...

Persidangan tahunan kali ke-36 ini membawa tema 'Komuniti ASEAN Berpaksikan Rakyat, Berorientasi Rakyat Ke Arah Keterangkuman' yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial dalam perhimpunan ini..Datuk Ehsan telah mengulas serta membentang beberapa langkah yang menyentuh mengenai persidangan ini...

Ehsanuddin menyentuh peripentingnya menjalinkan kerjasama dalam usaha pengawalan dan pencegahan dadah dalam kalangan negara-negara di peringkat serantau dan antarabangsa..pada pandangan penulis ianya amat perlu memandangkan sindikit dadah antarabangsa yang amat bahaya ini perlu ditangani segera...kita tidak mahu lebih ramai lagi anak Malaysia menjadi keldai dadah yang menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa...

Datuk Ehsan turut mengulas perlunya memperkasakan usaha-usaha Malaysia dalam berkongsi maklumat terkini serta langkah terbaik berkaitan kaedah rawatan, pencegahan dan penguatkuasaan dadah diperingkat antarabangsa...

"Malaysia perlu terlibat secara langsung dalam mengenalpasti, membina, dan memelihara 'international networking' dengan negara-negara dan agensi-agensi luar termasuk Sekrerariat berkaitan seperti ACCORD, UNODC, CND, CPDAP, EU DLL." Jelas Ehsan lagi...

Antara langkah yang dikenalpasti adalam memperluaskan networking dengan negara / agensi luar dengan menyertai mesyuarat, seminar, konvensyen, program latihan dan lain-lain..

Ehsanuddin dalam kenyataannya menyeru agar memastikan penglibatan aktif dalam perbincangan masalah dadah dengan negara-negara lain semasa menghadiri persidangan, seminar, program pertukaran pegawai serta mengadakan siri lawatan sama ada di dalam dan luar negara..

Bagi memastikan saranan ini diterjemahkan adalah perlu dilaksanakan, memantau dan menilai pelaksanaan program-program yang melibatkan di peringkat antarabangsa yang telah diluluskan dan juga yang akan dilaksanakan di dalam negara...

Wakil Anggota Parlimen Negara ASEAN yang Menghadiri AIPA


Dalam perkembangan yang sama Persidangan AIPA ini menekankan beberapa perkara penting negara ASEAN antaranya :

1. Membawa kepada perhatian ASEAN Perhimpunan Antara Ahli Parlimen yang benar-benar berkesan dan seimbang bekalan dan permintaan program pengurangan serta mekanisme harus menggunakan pendekatan mesra rakyat yang merangkumi maklumat, pendidikan, kesedaran awam, intervensi awal, kaunseling, rawatan, pemulihan, pencegahan penyakit yang berulang, jagaan lanjutan dan integrasi semula sosial.

2. Menyeru anggota Ahli Parlimen ASEAN untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memerangi penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing dengan cara memupuk perkongsian pelbagai agensi dan kerjasama seperti inisiatif kerjasama antara kerajaan dan badan bukan kerajaan, komuniti saintifik yang berkaitan dan profesional kesihatan.

3. Memastikan dan menyeru anggota Ahli Parlimen ASEAN untuk memastikan kerajaan pusat menyediakan dana yang mencukupi untuk memerangi ancaman dadah.

4. Menggesa sektor swasta untuk memberi keutamaan kepada program-program berkaitan dadah dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR).

5. Mendapatkan sokongan penuh media untuk membantu memupuk pemahaman orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah, untuk mempromosikan mesej pencegahan, untuk menangani promosi penggunaan dadah dalam budaya popular seperti filem, video muzik dan iklan.

6. Menggesa Ahli Parlimen Asean mengambil tindakan dan tanggungjawab bersama dalam mencari penyelesaian untuk membasmi penyalahgunaan dadah yang bersesuaian dengan budaya masing-masing tempatan dan adat.

7. Menggesa Ahli Parlimen Asean untuk menyokong “program-program sosial reintegrasi” seperti ‘penawar dan rawatan’ pesalah penyalahgunaan dadah ke arah meningkatkan kesihatan individu dan kesejahteraan, memberikan jaminan pekerjaan, memperkukuh institusi keluarga dan menjadikan masyarakat lebih selamat.

8. Menarik perhatian tentang keperluan untuk mengukuhkan institusi keluarga dengan menggalakkan nilai-nilai murni dan pembentukan peribadi sebagai pendekatan asas untuk memupuk sebuah masyarakat warganegara yang bertanggungjawab yang kurang terdedah kepada masalah berkaitan dadah.

9. Kreatif menghasilkan lebih banyak kempen kesedaran berasaskan siber di kalangan belia yang meningkatkan keupayaan masyarakat untuk menangani kesan negatif penyalahgunaan dadah, untuk tanggungjawab dan kesedaran awam adalah amat penting untuk memastikan kemampanan permintaan dan pengurangan bekalan strategi.

10. Menggalakkan penyertaan aktif dan terselaras individu di peringkat komuniti sama ada oleh sebab lokasi geografi mereka, keadaan ekonomi atau sosial.

Khusyuk!Wakil Anggota Dari Kembodia Semasa Persidangan AIPA...
Diharapkan matlamat AIPA yang ingin dicapai mendapat kerjasama negara serantau untuk menggubal dasar-dasar negara anggota...Malaysia telah menjadi hos sebanyak lima kali sejak prnubuhannya 1977...Kali terakhir Persidangan ini diadakan pada 2007...

Monday, September 7, 2015

Tekanan Ekonomi Negara : DAP Anjur Demonstrasi Jalanan...MCA Anjur Persidangan 10 Strategi Ekonomi...Mana Lebih Bijak???

2 comments

Tatkala DAP sedang bermegah dengan kejayaan menganjur Himpunan BERSIH 4 yang lalu...lain pula cerita seteru politik mereka, MCA telah melancarkan persidangan 10 Strategi Ekonomi...

Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kepada pemberita "MCA sebagai sebuah parti politik dalam kkrajaan memilih untuk bersikap lebih pro-aktif, positif dan Konstruktif dalam menyelesaikan masalah negara"


Ialah semua pun tahu yang negara kita sedang menghadapi tekanan ekonomi..bahkan seluruh dunia turut menghadapi masalah yang sama...disebabkan hal inilah MCA bertindak menganjurkan Persidanfan 10 Strategi Ekonomi ibi...

Liow menjelaskan bahawa negara kita sedang menghadapi tekanan ekonomi yang mendesak, di mana harga minyak dan komoditi menurun serta Ringgit menghadapi tekanan...


10 Strategi ini meliputi bidang :
1) Pertanian
2) Pelancongan
3) Pembuatan Perabot
4) Pembangunan Luar Bandar
5) Meningkatkan Usahasama Dalam Perniagaan Dengan Negeri China
6) Sektor Pendidikan Vokasional
7) Teknologi Maklumat
8) Komunikasi
9) Logistik
10) Kewangan

Kita sudah tahu apa yang dilakukan MCA untuk merencana ekonomi negara...apa pula strategi DAP dalam meningkatkan ekonomi negara?ini yang kita nampak

1) Penyokong Buat Himpunan Bersih
2) Hina Pemimpin Islam Negara
3) Anjur Himpunan Jalanan Menggugat Ekonomi Peniaga
4) Mengganggu Persiapan Hari Kemerdekaan Negara
5) Menuntut Perdana Menteri Letak Jawatan
6) Pentaksub Tidur Atas Jalan
7) Pakai Baju Kuning
8) Pertikaikan Usaha Orang Lain Menyokong YAB Perdana Menteri Seperti Mana Dilakukan Ko Ming


9) Pemimpin Dan Penyokong Memijak Gambar Pemimpin Negara Yang Juga Beragama Islam



10) Hanya Tahu Cari Salah Orang Sahaja...

Jadi sekarang kita sudah tahu bagaimana usaha yang dilakukan MCA dan DAP dalam menangani kemelut ekonomi negara...lihatlah betapa teruknya pemikiran puak sebelah sana...inipun penjilat tegar masih nak katakan DAP membela rakyat...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA