networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 31, 2015

JDT JUARA PIALA AFC 2015!!! #AFC..SYABAS!!!

2 comments

JDT mendahului jaringan 1 gol tanpa balas pada separuh masa pertama...JDT mendapat jaringan menerusi Leandro pada minit 23 setelah bola sepakan sudut yang diambil Syafiq Rahim ditumbuk penjaga gol Istiklol betul2 singgah dikaki Leandro...

Leandro memanfaatkan peluang dengan merembat kencang bola ke sebelah kanan gol...

45 minit berlangsung..JDT 1...Istiklol 0...

Bermula separuh masa kedua..JDT mengubah corak pemainan dengan corak bertahan dengan membuat 2 pertukaran dengan mengantikan Safee Sali dengan Mahali Jasuli dan Leandro dengan Gary..

Alhamdulillah taktikal Gomes menjadi...JDT JUARA PIALA AFC 2015!!!

Juara AFC cup
2004 : Al-Jaish (Syria)
2005 : Al-Faisaly (Jordan)
2006 : Al-Faisaly (Jordan)
2007 : Shabab Al-Ordon (Jordan)
2008 : Al-Muharraq (Qatar)
2009 : Al-Kuwait (Kuwait)
2010 : Al- Ittihad (Syria)
2011 : FC Nasaf (Uzbekistan)
2012 : Al-Kuwait (Kuwait)
2013 : Al-Kuwait (Kuwait)
2014 : Al-Qadsia (Kuwait)
2015 : JDT (Malaysia)

#FINALAFC - Sultan Johor Titah Bangsa Johor Doakan Kejayaan JDT!!! @OfficialJohor

0 comments

Sempena hari bersejarah buat bangsa Johor, malam ini skuad JDT akan bertemu pasukan Istiklol di Tajikistan untuk merebut Piala AFC no 2 berprestij dalam saingan kelab-kelab Asia Selepas Piala Liga Juara-Juara Asia...

Di Johor kemeriah tetap terasa biarpun perlawanan dilangsungkan di Tajikistan..hampir seluruh pelusuk negeri Johor ada menayangkan layar gergasi!!!ayuh meriahkan kawasan anda!!!

Justeru itu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan seluruh rakyatnya mendoakan kejayaan pasukan JDT pada perlawanan akhir Piala AFC malam esok.

Melalui Facebook dan Instagram baginda, Sultan Ibrahim menyeru rakyat mendoakan kejayaan pasukan itu mengikut kepercayaan masing-masing.

"JDT milik rakyat Johor. Berdoalah menurut cara dan kepercayaan masing-masing untuk kemenangan JDT.

"Saya berada di Tajikistan untuk memberi sokongan kepada JDT," titah baginda.

AYUH MERAH BIRUKU!!!

Kita Tawan ASIA!!!!







Friday, October 30, 2015

@N_Izzah Dikecam Netizen Cubaan Persoalkan Kerjaya Guru!!!Wajib Baca!!!

0 comments

Gara-gara ingin mencari publisiti murahan dengan mempersoalkan kerjaya guru, Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izah dikecam netizen ekoran kenyataannya berkaitan bebanan tugas guru..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Mynewshub, Izzah mendakwa guru hanya mengajar 2.4-2.9 jam sehari dan lebihan waktu itu digunakan untuk melakukan aktiviti lain...

Apa ingat tugas guru hanya mengajar sahaja ka nurul izzah?sebelum mengajar guru kena buat ulangkaji, mencari bahan untuk mengajar dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan pelajar..

Hasil daripada tinjauan kami mendapati, setiap orang guru perlu mengajar sebanyak 25 hingga 26 waktu seminggu yang mana setiap waktu diperuntukkan 40 minit..mana timbulnya 2.4 - 2.9njam sehari..

Kalau dikira matematik pun 25 waktu seminggu didarabkan 40 minit bersamaan 1000 minit seminggu..ini bermakna kalau dipuratakan setiap hari guru akan mengajar selama 200 minit atau 3.33 jam sehari..menjaga kelas, mengambil kedatangan pelajar sememangnya tugas hakiki guru sejak azali lagi..

Selain itu, guru perlu juga menjalankan aktivit berkaitan ibu bapa dalam penglibatan PIBG..ini sudah menjadi tanggungjawab seorang guru melibatkan ibu bapa dalam perkembangan pendidikan anak-anak..

Aktiviti kokurikulum sememangnya ada dalam sistem pendidikan kita..jika tiada kokurikulum mana nak hadirnya ahli sukan..mana nak hadirnya pasukan kadet polis, PBSM, St John dan lain-lain lagi badan beruniform..

Untuk pengetahuan Izzah, abang ingin menasihatkan nurul Izzah lihatkah buku anak awak..bertanda atau tidak..semak tugasan, menanda adalah tugas hakiki guru...berkenaan isu PBS, sekarang ini guru hanya perlu memasukkan markah secara offline sebagai rekod perkembangan pembelajaran anak awak...

Kursus yang dihadiri guru tu sebagai satu cara pihak kementerian meningkatkan profesion perguruan..You tak perlulah nak politikkan hal berkaitan guru ni..program-program yang dirangka sekolah seperti perkhemahan, majlis anugerah pelajar, bengkel peperiksaan dan sebagainya semua itu untuk mendidik pelajar...

Untuk pengetahuan Nurul Izzah lagi...semua dilakukan guru tak kiralah dalam bilik darjah atau luar semata-mata untuk anak didik mereka...dalam era pendidikan moden ini, pelajar bukan sekadar calk dan talk sahaja..kini guru-guru telah memulakan fasa pendidikan abad ke-21 untuk pelajar tingkatan satu..ini sebenarnya nak memperkenalkan pelajar bahawa pendidikan abad baru ini lebih memerlukan kreativiti dan kerja kumpulan...

Takkan nak menanda kertas peperiksaan pelajar nak suruh mat-mat bangla tanda..dan takkanlah nak suruh guru upah konsultan untuk uruskan program pelajar seperti perkhemahan  dan sebagainya..ini semua memerlukan kos yang tinggi..

Berkenaan waktu mengajar, kementerian dah menetapkan satu waktu perlu mengajar 40 minit...dan setiap guru tak kurang 5 hingga 6 waktu sehari..itu tidak termasuk kelas tambahan waktu petang dan hujung minggu...jika you tak pandai menghargai janganlah mempertikaikan tugas guru..PBS ni macam latihan pelajar saja...cuma namanya diubah...dan ada skala pengukur yang telah ditetapkan...

Sebelum memperkatakan soal kredbiliti guru pergi buat research..pergi buat lawatan ke sekolah-sekolah tu...sampai ke kantin dan tandas pun guru buat pemantauan demi anak-anak pelajar...

Jika dah namanya guru..semua tugasnya melibatkan pelajar..you ahli politik jangan nak mengeruhkan tugas guru...memang agak terbeban dengan tugas..ni namanya lumrah...jual goreng pisang tepi jalan pun ada masalah sendiri...apada!!!

Bawah ini komen netizen tentang kenyataan sumbang nurul izzah...baca sendiri...







Sunday, October 25, 2015

CELCOM Tidak Mahu Turunkan Kadar GST 1 November Ni?Benar Atau Palsu?

1 comments

Semasa pembentangan bajet kelmarin, Perdana Menteri mengumumkan bahawa cas GST yang dikenakan oleh syarikat Telco akan dimansuhkan 1 November ini...

Namun apa yang dikesali..satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Celcom cuba berkeras kepala untuk ingkar arahan tersebut..

Samada kenyataan ini palsu atau betul..CELCOM perlu tampil menyatakan perkara sebenar...

Jangan kerana perkara ini rakyat marah kepada kerajaan!!!


Saturday, October 24, 2015

SPAD Umum Perpindahan Operasi Bas Ekspres Dari Pudu Sentral Ke TBS 1 November...@SPADChannel

0 comments

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perpindahan operasi Bas Ekspress Koridor Utara yang melibatkan negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang sekarang ini beroperasi di Pudu Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS)...

Perpindahan ini akan berkuatkuasa 1 November 2015..pastinya pengumuman ini bukan keputusan yang dibuat secara melulu oleh pihak SPAD...perbincangan dengan pengendali-pengendali bas ekspress telah dilakukan sebelum keputusan ini di buat..

Pada ogos lepas, Pengerusi Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata permindahan itu bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di tengah-tengah ibu kota...

TBS menawarkan kemudahan yang lengkap dengan jaringan perhubungan yang baik kerana terletak bersebelahan Stesen Rel Bandar Tasik Selatan yang mempunyai perkhidmatan LRT, KTM, Komuter, KLIA Transit dan Teksi..Pastinya pengguna tidak mempunyai masalah untuk ke TBS. Cuma ada yang berasa jangal kerana sudah biasa ke Pudu Sentral..

Selain kemudahan jaringan perubungan yang baik, TBS turut menjanjikan kemudahan yang lengkap bagi keselesaan pengguna...di pihak kami yakin TBS mampu menampung jumlah pengguna yang ramai pada musim puncak..

Ianya juga mampu mengatasi masalah penumpang ditipu ulat tiket kerana di TBS menawarkan kaunter yang banyak dan terdapat juga mesin kiosk pembelian tiket...

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.spad.gov.my atau hubungi Hotline SPAD di 1-800-88-SPAD (7723).

Taraf Pemikiran Ketua Pembangkang Malaysia Memalukan!!

0 comments

Kenyataan Wan Jejah bini Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang Malaysia tentang 2 perkara Lebuhraya Pan Borneo dan ulasan mengenai Bajet 2016 tersangatlah memalukan...

Seolah-olah dah tiada calon lain yang lebih layak menggalas jawatan tu...dulu bukan main lagi macai2 pakatan berjuangkan hapuskan tol..bila BN buat lebuhraya tanpa tol mereka kata GULA-GULA pulak..apalah gonjil si ketua pembangkang nih..

Bab BR1M dulu kata BR1M tak bagus...lepas bajet semalam dia komen BR1M sepatutnya lebih tinggi..secara tak langsung membuktikan yang pakatan pun iktiraf pemberian BR1M...

Bawah ni pula komen wan jijah tentang BAJET 2016...pandai kata pembentangan bajet tu xmenjelaskan isu...habis yang panjang lebar Najib cakap tu bukan isu?nak selesaikan isu macamana kak wan?bebaskan banduan Anwar dari penjara?itu kah isu yang sebenar....

Pemimpin pembangkang lain pun tunduk saja bila berkait rapat dengan Anwar...malu saja ada pemimpin macam ni...


#Bajet2016 - Kebajikan Warga #FELDA Terus Dibela Kerajaan!

0 comments

Pengumuman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Bajet 2016 semalam bertemakan "Mensejahterakan Kehidupan Rakyat" disifatkan bajet yang amat baik dan bersifat membela golongan pertengahan dan bawahan..

Peruntukan BR1M ditambah..pengurangan cukai untuk anak yang menjaga ibu bapa dan tanggungan isteri..terlalu banyak perkara yang hendak dibincangkan mengenai Bajet semalam..cuma kali ini saya ingin memfokuskan kepada intipati Bajet yang memberi manfaat kepada warga Felda... 

Manfaat untuk warga FELDA kali ini lebih bersifat keselamatan, perumahan dan kemudahan iaitu :

Pelan Pembangunan Angkatan Tentera:
1. Pelaburan sebanyak RM 523 Milion untuk pembangunan ESSCOM kem tentera di FELDA Sahabat, Lahad Datu, Sabah

Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar :

1. RM 200 Juta untuk meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA
2. Pembinaan 20,000 kediaman untuk generasi kedua peneroka FELDA
3. Pengurangan rumah FELDA dari RM 90,000 kepada RM 70,000..

Masyarakat FELDA Sahabat Lahad Datu pasti menghela nafas lega apabila kerajaan mengumumkan palaburan sebanyak RM 523 Million untuk pembangunan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) kem tentera di Felda Sahabat. Ianya satu jaminan bahawa kerajaan mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara agar peristiwa hitam serangan pemberontak Sulu tidak berulang lagi..

Selain itu, bagi meningkatkan jaringan perhubungan warga FELDA diseluruh negara, kerajaan telah mengumumkan sejumlah RM 200 Juta untuk meningkatkan taraf jalan raya di penempatan FELDA..Pengumuman ini telah memberi keselesaan kepada warga FELDA untuk bergerak..tidaklah nanti orang kata jalan FELDA teruk..berlubang sana-sini..

Generasi kedua peneroka turut mendapat inisiatif melalui pengumuman Bajet 2016 semalam, kerajaan telah mengumumkan bahawa akan membina sebanyak 20,000 kediaman khas untuk generasi kedua peneroka FELDA...malah harganya pun berpatutan..dalam pengumuman semalam, Najib turut mengumumkan bahawa harga rumah generasi kedua Felda diturunkan daripada RM 90,000 kepada RM 70,000..

Itu tidak termasuk dengan bantuan BR1M yang dinaikkan RM 50 setiap kategori turut dirasa oleh warga FELDA..

1. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000
2. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
3. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400

Lihatlah betapa kerajaan mengambil berat kepada warga peneroka...dari bapa sehingga anak, Datuk Seri Najib tidak pernah meminggirkan golongan peneroka ini..ia ibarat satu wasiat untuk memastikan generasi FELDA terus dibela sehingga ke hari ini..

Pembangkang pun sudah tidak ada modal untuk mencaci bajet kali sehingga Ketua Pembangkang, Bini Anwar Ibrahim pun mengiktiraf BR1M kononnya bantuan itu perlu diberi lebih besar..

Ini Sahaja Pakatan mampu lakukan sejurus mendengar pembentangan Bajet 2016..
HAHA!

Friday, October 23, 2015

Ringkasan #Bajet2016 Yang Perlu Anda Tahu...

1 comments

(A) Lima (5) Tunjang Atau Strategi Utama Bajet 2016:-

1. Memperteguh ketahanan ekonomi negara 
2. Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau 
3. Mempersiaga modal insan 
4. Memperkasa agenda bumiputera 
5. Meringankan kos sara hidup rakyat

(B) Tema Bajet 2016:-

"Mensejahtera Kehidupan Rakyat"

(C) Pembentangan Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini (2015) 

(D) Beberapa perkara melibatkan kebajikan dan keperihatinan terhadap rakyat adalah seperti berikut:

1. Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas;

2. GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D;

3. GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung; 

4. GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik;

5. Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional;

6. Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah;

7. Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia; 

8. Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf; 

9. Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun; 

10. RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih; 

11. MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi;

12. Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak;

13. RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak; 

14. TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India; 

15. RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40;

16. RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India; 

17. Tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina; 

18. Sebanyak RM300 juta disediakan bertujuan untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli; 

19. RM852 juta diperuntukan kepada RISDA &FELCRA untuk program peningkatan pendapatan dan produktiviti pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah; 

20. Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion;

21. Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah; 

22. Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000-RM300,000;

23. Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT; 

24. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit; 

25. Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel;

26. RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW;

27. Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin; 

28. RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir;

29. RM50juta bagi tingkatkan langkah keselamatan penjara; RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam; 

30. Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta;

31. SPRM akan terus dimantapkan. Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan; 

32. Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta; 

32. Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam; 

34. Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan; 

35. Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan; 

36. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000; 

37. Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800; 

38. Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400; 

39. BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima berada dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan RM1,050; 

40. Skim Khairat Kematian diterus pada BR1M 2016 dengan pemberian sebanyak RM1,000;

41. Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah bagi mendapatkan bantuan deposit perumahan; 

42. Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000; 

43. Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai pendapatan, naik daripada RM3,000 kepada RM4,000; 

44. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa; 

45. Had pelepasan cukai naik daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi 2016; 

46. Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung; 

47. Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik / pembantu rumah;

48. Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016; dan 

49. Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250.

Penubuhan Institut VTAR Bakal Sedia Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi...Syabas @MCAHQ

0 comments

Baru-baru ini, Presiden MCA, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai telah merasmikan pembukaan Institut VTAR yang sebelum ini dinama Kojadi Institute..penubuhan ini merupakan satu lagi inisiatif MCA menyahut seruan kerajaan bagi membekalkan keperluan pendidikan vokasional...

Kita sedia maklum bahawa pendidikan berteraskan kemahiran atau vokasional amat penting masa ini..dalam perkembangan kehidupan manusia kita dilengkapkan dengan pakej domain kognitif, afektif dan psikomotor..

Ketiga-tiga domain ini perlu bergerak seiring yang mana pemikiran (kognitif) aras tinggi kini menjadi teras dalam pendidikan Malaysia apabila kementerian telah mula memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)..bagi memacu negara ke arah satu tahap yang meyakinkan dunia kita memerlukan tenaga kerja yang mempunyai pemikiran aras tinggi..

Jikalau seseorang mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi namun kurang kemantapan domain Afektif (perasaan) ianya ibarat mempunyai akal tapi tidak mempunyai perasaan...

Dalam hal ini, komitmen yang diberikan MCA adalah untuk memastikan pelapis negara tidak hanya menguasai kognitif dan afektif malah memastikan aspek Psikomotor (kemahiran) rakyat lengkap bagi melahirkan sumber tenaga berkemahiran tinggi.


Malaysia kini mempunyai tenaga kerja seramai kira-kira 12 juta, di mana 77% dilengkapi dengan 11 tahun pendidikan dan hanya 28% adalah berkemahiran tinggi...

Daripada maklumat yang diperolehi daripada Unit Perancangan Ekonomi (ETP), statistik diatas hanya mampu meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir sebanyak 4 peratus..

Ianya tidak mencukup bagi mencapai sasaran kerajaan iaitu 33% pada 2015 dan 50% tahun 2020 pekerja mahir..ETP dijangka mampu mencipta 3.3 juga peluang pekerjaan baru..daripada jumlah ini, sebanyak 40%  daripada peluang perjaan ini memerlukan Techical and Vocational Education and Training (TVET)..

Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir yang semakin meningkat, VTAR merupakan salah satu platfom bagj membekalkan keperluan tenaga kerja mahir di Malaysia menjelang 2020...

Merujuk kepada kenyataan yang dinyatakan Dato' Sri Liow, "MCA bertindak tepat pada masanya apabila menjenamanakan semula VTAR untuk membantu dan melatih tenaga kerja yang lebih inovatif dan mahir bagi memenuhi permintaan industri"

Kami di blog Harapan Esok mengucapkan syabas kepada MCA, VTAR, Kutar, UTAR, JPK dan sektor swasta atas usaha ini..ia penting bagi melahirkan lebih ramai sumber tenaga kerja yang berkemahiran tinggi.


Thursday, October 22, 2015

Pembangkang Sibuk Undi Tak Percaya Najib...Tiba-Tiba Kit Siang Pula Jadi Mangsa!!!!Kahkahkah!!!

0 comments


Cheh usul undi tidak percaya kepada PM, Najib Razak...macam template dulu Nuar kata akan ada pemimpin BN akan lompat parti..dah habis semua pemimpib BN bercakaran sesama sendiri..tuduh sesama mereka...kali ni bininya pula Nona Jijah...usul undi tak percaya..katanya ada pertemuan..dulu pun ada pertemuan juga...Poad Zakarshi salah sorang mangsa dan mengakui ada jemputan...banyak lagi benda nak pikir dari pikir kick sana..kick sini...

Bab kick Apek Kit Siang tu memang pelik..orang BN ada 97...tapi kenapa dapat 107 undi sokong pengantungan Kit Siang?Siapa sebenarnya yang belot...dari mana datangnya 10 undi lagi?kahkahkahkah!takkan Undi Bangla?siapa bangla tu???kahkahkah!!!

Nampak tak permainan mereka..ramai ahli pakartoon yang belot...yang dihebohkan BN pula yang nak undi tak percaya kepada Najib..

Ini namanya menuding orang lain..walhal diri sendiri yang porak peranda..sudahlah pakartoon...mereka yang retak..kita pula yang difitnah...

Wednesday, October 21, 2015

#PLKN2.0 Bakal Tampil Dengan Transformasi Baru Menjelang 2016!!!!

2 comments

Setelah ditangguhkan hampir setahun, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal diadakan semula...dalam tempoh penangguhan tersebut, kerajaan telah melaksanakan proses 'rebranding' sesuai dengan kehendak semasa...

Sebelum ini pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin berkata akan mengkaji semula sistem pengambilan peserta PLKN dan menambahbaik modul latihan agar bersesuaian dengan kehendak semasa...

Memandangkan progam ini telah dilaksanakan 10 tahun, MLKN mengambil kesempatan ketika kerajaan menangguhkan PLKN untuk menambahbaik program ini...

Jika sebelum ini, Pemilihan peserta adalah diambil secara rawak. Namun selepas penambahbaikkan, MLKN akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memberi ruang kepada pihak sekolah untuk menawarkan dan memilih pelajar untuk menyertai program ini. Bagi pelajar lepasan SPM yang tidak terpilih, mereka boleh memohon untuk menyertai program ini..

Tempoh pelaksanaan program ini turut dipendekkan daripada 3 bulan kepada 2 bulan..selepas menamatkan program, peserta PLKN yang berkelayakan boleh melanjutkan pelajaran mereka di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)...Pastinya transformasi ini bakal membuka peluang kepada para belia untuk memantapkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang kemahiran..inilah pengisian yang kita harapkan..peserta lepasan SPM ada platform mereka untuk menentukan masa depan..habis saja PLKN terus lanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran..sijil yang diperolehi nanti boleh membawa mereka ke pasaran kerja...

Mengenai kandungan modul pula, PLKN 2.0 bakal menerapkan pengisian Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, dan tiga modul lain turut diberi penekanan ialah Spirituality, My Future dan Service Learning..pendekatan ini mencakupi keperluan secara holistik..semuanya dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan..tentang diri, negara dan yang paling penting ada perkara bermanfaat untuk masa depan kerjaya pelatih...


Bagi menguji transformasi PLKN 2.0 ini, kerajaan telah melaksanakan Projek Perintis bagi melihat perkembangan pengisian baru ini. Seramai 469 pelatih menyertai Projek Perintis ini yang terdiri daripada 315 lelaki dan 154 peserta perempuan...

Projek Perintis ini penting bagi menilai tahap keberkesanan pengisian baru sebelum ianya dilaksanakan pada Januari 2016 nanti..sasaran penyertaan pada tahun pertama PLKN 2.0 ini lingkungan 100,000 pelatih yang mana melibatkan sebanyak 82 kem PLKN di seluruh negara...

PLKN ini perlu dilaksanakan sebagai satu batu lonjatan negara bagi menyediakan belia yang beribawa, berdaya saing lengkap dengan keperluan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Spiritual disamping menawarkan peluang melanjutkan pelajaran demi masa depan mereka...

Monday, October 19, 2015

PETEKMA Serah Memorandum Kepada @NajibRazak Untuk Diteliti Dalam #BAJET2016...

0 comments

Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi / Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) yang mempunyai ahli terbesar di Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan memorandum 4 perkara untuk diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak...

4 perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah :
1) Pengurangan atau penundaan kenaikan harga NGV
2) Pengurangan harga tol dalam bandar
3) Pengurangan GST untuk pengangkutan awam
4) Mengharamkan aplikasi atas talian yang digunakan UBER, GrabCar dan seumpamanya kepada SKMM...

Sebelum ini pun kami ada post mengenai perihal yang lebih kurang sama rungutan pemandu teksi..tapi itu dianjurkan oleh beberapa orang pemandu teksi dengan disokong seorang pemimpin Pakatan, Charles Santiago...rujuk artikel sebelum ini di SINI

Jika hendak diperhatikan dengan kedua-dua tuntutan tersebut...ianya nampak lebih kurang sama...tentang GST, NGV, Perkhidmatan UBER..

Jadi apa bezanya?

Jawapannya : Memorandum yang dihantar beberapa orang pemandu teksi bersama pemimpin pakatan seolah-olah cuba menyalahkan pihak SPAD semata-mata...

Ada yang bawa sepanduk tertulis "SPAD Makan Gaji Buta"..pendekatan ini ternyata amat bertentangan sekali dengan memorandum yang dibawa oleh PETEKMA...


Kalau nak bawa isu tu biarlah tepat dan mengikut saluran yang betul...macam PETEMA ni...mereka memilih saluran berunding dan mengadakan pertemuan dengan pihak SPAD...

Kalau nak pastikan permintaan tu mendapat perhatian biarlah dengan santun yang baik...kalau buat mogok..demonstrasi jalanan dan memberontak tiada siapa nak layan...

Kita dapat lihat bagaimana PETEKMA membawa isu pemandu teksi...melalui rundingan, SPAD telah bersetuju menaikkan kadar tambang TEKSI...menyingkap mengenai kenaikan kadar harga ini, PETEKMA telah merakamkan penghargaan kepada pihak SPAD...

Isu yang dibawa PETEKMA kali ini memang relevan memandangkan kenaikan Tol, GST dan dengar khabat kadar NGV pun hendak dinaikkan..ianya sedikit sebanyak telah mengungat kedudukan ekonomi pemandu teksi...

Jadi bersempena minggu pembentangan Bajet 2016...PETEKMA mengharapkan DS Najib akan mengumumkan sesuatu bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi ini...

Berkenaan hal aplikasi atas talian GRAB CAR dan UBER dalam memorandum tersebut...PETEKMA terus menyasarkan permintaan kepada SKMM untuk mengharamkan aplikasi ini...tidak adil kepada pemandu teksi kerana perkhidmatan seperti Uber dan Grab Car tidak memerlukan lesen...pemeriksaan PUSPAKOM...dan yang peling penting, penumpang tidak dilindungi mengikut undang-undang,,,

Di sini kami ingin mengucapkan syabas kepada Pengerusi PETEKMA, En. Mohd Syahrir Abdul Aziz atas usahanya mewakili suara pemandu-pemandu teksi dibawah persatuannya...usaha seperti inilah yang diperlukan bagi mencari solusi penyelesaian masalah...syabas!!!

Saturday, October 17, 2015

JDT Melangkah Ke Perlawanan Akhir Piala #AFC? @OfficialJohor @Qadsia_News

1 comments

Desas desus angin bertiup kencang bahawa Juara Liga Super 2 tahun menang percuma apabil persekutuan bola sepak antarabangsa FIFA mengantung Persatuan Bola Sepak Kuwait akibat campur tangan politik...

Laporan tentang pengantungan ini telah di keluarkan di laman FIFA di SINI...twitter lawan Separuh Akhir JDT, Qadsia FC @Qadsia_news telah mengeluarkan kenyataan membatalkan rombongan ke Johor...

Namun laman rasmi Johor Southern Tiger tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pengumuman ini...rata-rata Bangsa Johor mahukan perlawanan dan tidak menginginkan kemenangan percuma...

Sekiranya pembatalan ini berlaku,bermakna JDT telah melakar 1 lagi sejarah apabila julung kali pasukan bola sepak dari Malaysia mara hingga ke perlawanan Akhir Piala AFC...bawah ini translate berita berkenaan...

Hari ini, 16 Oktober 2015, Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) telah digantung berkuatkuasa serta merta. Penggantungan itu berikutan keputusan Jawatankuasa Eksekutif FIFA semasa mesyuaratnya pada 24 dan 25 September untuk memberi sehingga 15 Oktober 2015 untuk perubahan perlu dibuat kepada undang-undang sukan di Kuwait.

Penggantungan itu akan ditarik balik hanya apabila KFA dan ahli-ahlinya (kelab) dapat menjalankan aktiviti dan tanggungjawab mereka secara bebas.

Hasil daripada keputusan ini, tiada pasukan dari Kuwait apapun (termasuk kelab) boleh mempunyai apa-apa hubungan sukan antarabangsa (seni. 14 par. 3 daripada FIFA Statut), dan mana-mana KFA mahupun mana-mana anggota atau pegawainya boleh mendapat manfaat dengan program pembangunan, kursus atau latihan daripada FIFA atau AFC.

Friday, October 16, 2015

Peletakan Saifuddin Dari UMNO Sertai PKR Satu Rahmat Besar Buat UMNO!!!

1 comments

Saifuddin Abdullah yang kehilangan kerusi parlimen Temerloh pada PRU 13 yang lalu membutikan bahawa pengundi Temerloh sudah menolak individu ini menjadi wakil rakyat mereka...

Sejak dari dulu lagi fahaman yang liberal yang dibawa Saifuddin sentiasa menjadi liabiliti buat UMNO...

Pendapatnya seringkali bercanggah dengan UMNO dan condong kearah Pakatan Pembangkang...anehnya sudah 2 tahun selepas kehilangan kerusi dia masih lagi bersama UMNO..walhal apa yang diperjuangkan selama ini sentiasa membuatkan orang UMNO menyampah...pemikiran pro kepada Pembangkang...

Sudah banyak kali Saifuddin menyertai debat atau diskusi bersama pemimpin pembangkang...baru kini dia mengumuman secara rasmi untuk bersama pakatan...selama ini rakyat sentiasa ditipu..patutlah kalah PRU yang lalu..dia fikir dia diterima penyokong...tapi hampeh..

Pengumuman ini sebenarnya bukanlah perkara baru..dalam hati sudah lama bersama pakatan..baru ini dia umumkan...

Pengumuman ini disambut gembira oleh Penyokong UMNO...tidak ada pun yang hendak kecewa..malah gembira...ini merupakan rahmat buat UMNO pada sambutan Maal Hijrah kali ini...

Ada yang nak buat kenduri dan pulut kunig menyambut pemergian Saifuddi...lucu!!!

Wednesday, October 14, 2015

Laporan Ahkir #MH17 - @LiowTiongLai 'Palu Gendang' Cari Dalang Pihak Bertanggungjawab Lancar Serangan!!!

0 comments

Biarpun laporan akhir tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 telah dibentangkan namun ianya tidak memuaskan hati kita kerana pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan masih tidak diketahui...

Laporan yang dibentangkan Pasukan Penyiasat Antarabangsa yang diumumkan Lembaga Keselamatan Belanda hanya melaporkan pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu BUK buatan Rusia dari darat...hasil siasatan mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan...

Perkara ini masih menjadi persoalan buat kita untuk mencari siapa dalang yang bertanggungjawab dalam insiden ini..pastinya ahli keluarga mangsa 298 orang yang berada dalam MH17 kecewa dengan pengumuman tersebut...

Apa yang mereka inginkan siapa yang harus dipertanggungjawabkan?Rusia atau Ukraine atau pihak lain..perkara ini masih menjadi tanda tanya..

Siasatan berkenaan insiden ini telah dilakukan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) yang mana dianggotai Malaysia, Belanda, Ukraine, Australia dan Belgium..Laporan akhir tragedi ini berdasarkan Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang hanya meliputi aspek teknikal termasuk mengenal pasti punca nahas...

Susulan pengumuman laporan akhir ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan menegaskan, Malaysia tetap dengan pendirian untuk mengambil tindakan tegas yang akan membawa kepada pendakwaan penjenayah terbabit...

Dalam kenyataan berkenaan, Liow berkata " Walaupun tribunal antarabangsa di bawah Majlis Keselamatan PBB mungkin telah diVETO tetapi perjuangan Malaysia untuk mendapatkan keadilan belum berakhir..

Liow turut menegaskan bahawa Malaysia bersama Pasukan Siasatan Bersama (JIT) yang mengendalikan penyiasatan jenayah kini lebih tegas untuk mendapatkan keadilan kepada semua mangsa nahas berkenaan.

Dalam pada itu, Liow turut mengesa usaha melaksanakan perubahan dalam cara penerbangan komersial global beroperasi tidak boleh ditangguhkam lagi. 

Beliau menegaskan agar "Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan negara anggotanya mesti mewujudkan prosedur atau protokol global baharu yang relevan berhubung risiko penerbangan dan prosedur tersebut perlu dipatuhi negara-negara anggota dan syarikat penerbangan dinseluruh dunia"

Mengenai insiden ini, peluru berpandu jenis BUK kita sudah tahu buatan Rusia dan Ukraine telah gagal menimbangkan ancaman yang wujud di bumi bergolak itu..

Saranan yang dinyatakan Menteri Pengangkutan ini sememangnya yang diinginkan oleh semua keluarga mangsa pesawat malang tersebut..kita perlu mengeret pihak bertanggungjawab kemuka pengadilan!!!!

Al-Fatihah : Remaja OKU, Adik Firdaus Meninggal Dunia Diserang Sawan...

0 comments

Masih ingat adik Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dulu dijumpai kurus kering diabaikan emaknya?baru tadi adik Muhammad Firdaus Dullah, 16 tahun menghembuskan nafas terakhir...

Arwah meninggal dunia akibat diserang sawan..adik Firdaus pernah mengemparkan negara apabila ditemui pihak imigresen seorang diri dikurung dalam sebuah bilik di Taman Semarak, Nilai tahun lepas...

Ibunya Lolanopita Sadi 41 tahun dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM 10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabaikan penjagaan anak...

Selepas ditemui dalam keadaan menyanya hati, adik Firdaus ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban....

AL-FATIHAH untuknya...damailah disana anak Syurga..

Tuesday, October 13, 2015

2 Pemimpin MCA Bercakap Mengenai #TPPA Yang Perlu Kita Tahu!!!

0 comments

Ramai cakap-cakap dari pengiat siber Facebooker memberi tanggapan negatif terhadap The Trans-Pasific Partnership Agreement (TPPA)..Ia seolah-olah satu perjanjian yang mahu menggadaikan negara..permahaman ini hanyalah bersifat ala kadar atau bahasa mudahnya pemikiran 'premature'..

Persoalannya, benarkah TPPA ini mahu menggadaikan negara..jika begitu Brunei dan Singapura antara negara terdekat dengan kita pun mahu menggadaikan negara mereka jugalah?kebanyakan penyokong pakatan tidak mahu mengetahui apa yang dimaksudkan TPPA...apakah ianya sudah dilaksanakan di Malaysia?

Di sini kami telah mendapatkan 2 maklum balas pemimpin MCA berkenaan TPPA ini...individu yang dimaksudkan ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong...



Pendapat Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong mengenai TPPA:

"Datuk Seri Mustapha Mohammad (Tokpa) telah mendapat mandat dari kabinet untuk berbincang dan berunding secara terperinci berkaitan TPPA dan beliau merupakan seorang yang sangat komited"

"Kita akan "win some anda lose some". Malah, tuduhan pembangkang bahawa kita kononnya akan gadai segala-galanya adalah salah. Ini kerana macam mana kita boleh mengatakan TPPA ini akan menyebabkan kita "gadai" segala-galanya walhal kita akan memperluaskan lagi peluang perniagaan dimana akses kepada pasaran dunia adalah lebih terbuka"


Apa kata DS Ong Ka Chuan:

"Kita perlu bincang dengan Speaker Dewa Rakyat, apa kaedah yang boleh memudahkannya supaya kita dapat membuat keputusan secepat mungkin"

"Usaha membentangkan dokumen TPPA pada sesi persidangan Parlimen kali ini cukup mencabar dari segi masa lantaran kerajaan sudah menetapkan agenda besar untuk membahas dan meluluskan Bajet 2016 yang dijangka memakan masa panjang. Kerajaan akan cuba mencari masa sesuai untuk membolehkan TPPA dibahaskan di Parlimen secepat mungkin..."

"Ia memerlukan kajian semula bagi setiap fasal TPPA sebelum ia dibawa ke Parlimen. TPPA perlu difahami seramai mungkin rakyat negara ini termasuk Ahli Parlimen, badan bukan kerajaan (NGO) supaya mereka faham apa sebenarnya TPPA dan semunya memerlukan masa..."

"Tetapi kita juga ada sekatan supaya membuat keputusan secepat mungkin mengikut had masa kerana 12 negara sedang menunggu kita"

Itu ujar DS Ong Ka Chuan mengenai TPPA...

Melihat akan kedua-dua pendapat pemimpin MCA ini, kami amat setuju berikutan perjanjian yang bakal dimeterai akan dibahaskan di Parlimen dan Tokpa telah berjanji bahawa TPPA ini akan mengikut acuan negara kita...

Takkanlah pemimpin negara kita mahu menggadaikan negara...kita patut beruntung dulu negara kita tidak meminjam dari bank dunia semasa krisis kegawatan ekonomi 1997...kalau diikutkan kata Anwar Ibrahim dulu, tak sempat nak spin TPPA negara kita dah dijajah ekonomi sejak dulu lagi..

Perbahasan dan pemahaman amat penting memandangkan TPPA ini adalah perjanjian yang melibatkan ekonomi serantau...sama-sama kita nantikan bagaimana acuan TPPA versi Malaysia..

Q & A - Fakta Penting Tentang Kenaikan Harga Tol Yang Perlu Anda Tahu!!!!

0 comments
Apabila pengumuman kerajaan berikutan kenaikan harga tol di 18 buah lebuh raya..ramai beranggapan kerajaan BN kejam..di sini kami kongsikan mengapa ianya perlu dalam bentu Q & A....


SOALAN : MENGAPAKAH PENGUMUMAN KENAIKAN KADAR TOL DIBUAT OLEH SYARIKAT KONSESI?

Pengumuman mengenai kadar tol yang baru di 18 lebuh raya tol bermula 15 Oktober 2015 telah dibuat sendiri oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya yang berkaitan memandangkan mereka mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan lebuh raya masing-masing untuk satu tempoh masa berdasarkan Perjanjian Konsesi yang ditandatangani. 

SOALAN : ADAKAH MELALUI PERJANJIAN KONSESI (CA) SESUATU KADAR TOL PERLU DINAIKKAN? 

Didalam Perjanjian Konsesi yang ditandatangani, ada beberapa komponen seperti jadual kadar tol sepanjang tempoh konsesi di mana penentuan kadar tol dan tempoh kenaikan kadar tol adalah mengambil kira kos operasi, penyenggaraan, unjuran trafik dan kos pembiayaan kewangan (loan repayment). Atas faktor-faktor inilah, tempoh kenaikan kadar tol perlu dikaji secara puratanya di antara 3 hingga 5 tahun. Oleh yang demikian, kenaikan kadar tol adalah diperlukan oleh syarikat-syarikat konsesi yang terlibat untuk membolehkan mereka menampung kos-kos operasi dan penyenggaraan di lebuh raya masing-masing demi memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan yang optimum. 

SOALAN : APAKAH PERKARA YANG DIAMBIL KIRA KERAJAAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN KADAR KENAIKAN TOL PADA TAHUN 2015? 

Bagi tahun 2015, kenaikan kadar tol telah dikaji dengan teliti dengan mengambil kira beberapa parameter. Antara parameter yang telah digunakan adalah penstrukturan semula dasar subsidi nasional di mana kenaikan kadar tol ini dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta yang seterusnya boleh digunakan untuk tujuan pembangunan lain yang lebih memerlukan.

SOALAN : APAKAH KESAN KENAIKAN TOL KEPADA KEWANGAN KERAJAAN ? Kenaikan kadar tol mulai 15 Oktober 2015 seperti yang diumumkan oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya perlu dilihat dari segi penjimatan kepada kewangan negara. Setiap tahun, Kerajaan perlu membayar pampasan penangguhan kenaikan kadar tol kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan. Dalam hal ini, Kerajaan perlu membayar pampasan yang dianggarkan sebanyak RM580 juta kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sekiranya kadar tol tidak dinaikkan pada tahun 2015. Penjimatan sebanyak RM580 juta ini boleh digunakan untuk membiayai perkara-perkara seperti berikut: penurapan semula 380km jalan-jalan sediada; pembinaan sebanyak 380 buah jejantas baru; pembinaan 19 jambatan baru; dan pembinaan 58 sekolah rendah yang baru. Kenaikan kadar tol adalah salah satu langkah awal yang perlu diambil oleh Kerajaan untuk mengawal bilangan kenderaan yang masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Sekiranya langkah ini tidak dilaksanakan, ianya dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan yang agak kritikal di Kuala Lumpur. 


SOALAN : APAKAH KEBAIKAN PENJIMATAN PERBELANJAAN KERAJAAN HASIL DARIPADA KENAIKAN KADAR TOL? 

Melalui penstrukturan semula dasar subsidi ini, Kerajaan dapat menumpukan perhatian dalam membangunkan ekonomi negara yang pada akhirnya akan memanfaatkan rakyat sekalian. 

SOALAN : APAKAH TINDAKAN MITIGASI OLEH KERAJAAN DALAM MENGURANGKAN KESAN KENAIKAN TOL KEPADA RAKYAT DI BANDAR ? DAN APAKAH SOLUSI UNTUK RAKYAT YANG MEMBAYAR TOL NAMUN MASIH TERPERANGKAP DENGAN KESESAKAN JALANRAYA? 

Pemantapan sistem pengangkutan awam darat adalah antara usaha Kerajaan untuk mengurangkan kesan kenaikan tol ini dengan menggalakkan pengguna beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Ini kerana kadar tol untuk bas tidak akan dinaikkan dan akan kekal seperti mana sekarang. Rakyat mampu memperolehi penjimatan untuk urusan seharian mereka apabila mereka tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk tol, kos bahanapi serta mampu meminimakan risiko kemungkinan berlakunya kemalangan akibat sikap pemandu di jalanraya. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Government Trasnformation Programme : NKRA Urban Public Transport mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat. Tiga (3) bentuk approach telah dikenal pasti iaitu: pembangunan sistem rel (MRT, LRT & monorel); pembangunan hub pengangkutan awam darat (hub utara di Gombak, hub selatan di Bandar Tasik Selatan dan hub utara di Sungai Buloh); dan pembangunan sistem pengangkutan awam seperti teksi dan GoKL. Usaha ini mampu mengurangkan kesesakan di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Pembinaan Bus Rapid Transit (BRT) juga adalah salah satu aspek yang dikenal pasti untuk mengurangkan kesesakan di kawasan-kawasan yang mempunyai tahap kepadatan penduduk yang tinggi. Fasa pertama yang menghubungkan kawasan Subang, USJ dan Sunway telah siap dan buat masa ini, ridership BRT di kawasan tersebut sedang meningkat. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membina dua (2) kawasan park-ride di Stesen LRT Sungai Besi dan Bandar Salak Selatan bagi kemudahan pengguna-pengguna LRT yang ingin ke bandaraya Kuala Lumpur. Satu lagi kemudahan park-ride sedang dibina oleh DBKL berdekatan dengan Taman Segar, Cheras untuk kegunaan para pengguna MRT. Oleh yang demikian, Kerajaan berharap agar usaha penambahbaikan sistem pengangkutan awam darat ini mampu menyediakan prasarana yang boleh membantu mengurangkan beban perbelanjaan dan kos sara hidup atau sebagai alternatif kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya. 


SOALAN : APAKAH USAHA KERAJAAN MENGURANGKAN BEBAN KEWANGAN PENGGUNA LEBUH RAYA? 

Kerajaan pada dasarnya prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. Oleh yang demikian, beberapa pendekatan telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat yang berkaitan dengan kadar tol. Antara pendekatan yang telah diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut: Penutupan Awal dan Pemansuhan Kutipan Tol Sejak 1993, Kerajaan telah melaksanakan penutupan serta pemansuhan kutipan tol di lapan (8) lokasi seperti berikut : 11 Januari 1993 - penutupan Plaza Tol Slim River, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) 1 Mac 2004 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol Senai, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); 18 Mac 2004 - Penutupan awal plaza tol di Jalan Pahang, Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 31 Mac 2004); 14 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol di Plaza Tol PJS2 (arah Kuala Lumpur), Lebuhraya Baru Pantai (NPE); 24 Februari 2009 - Pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Salak Jaya di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA); 21 Disember 2009 - Penutupan awal Plaza Tol Teluk Kapas, Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB) (Tarikh sebenar penutupan mengikut perjanjian konsesi adalah pada 29 Disember 2009); 16 Mei 2011- Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Hubungan Timur Barat (Metramac); dan 2 Mac 2012 - Pemansuhan kutipan tol di laluan ke Kuala Lumpur, Plaza Tol Batu 9 dan laluan Ke Kajang, Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA). Pengurangan Kadar Tol Sehingga kini, pengurangan kadar tol telah dilaksanakan di tiga lebuh raya, seperti berikut: 1 September 2007 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol Sungai Nyior, Lebuhraya Butterworth Outer Ring Road (BORR), dari RM0.90 ke RM0.50 sejak tahun 2007; 18 Februari 2011 - Pengurangan kadar tol di Plaza Tol PJS2 (arah Subang), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM1.60 ke RM1.00 sejak tahun 2011; dan 15 Januari 2013 - Pengurangan kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) bagi kenderaan Kelas 1 dari RM2.20 ke RM2.00 bagi tempoh 2013 hingga 2015. Penstrukturan Semula Kenaikan Kadar Tol Kerajaan juga pada masa yang sama telah melaksanakan penstrukturan semula kenaikan kadar tol di lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian syarikat Plus Expressways Berhad (PEB) dan Kumpulan MTD. Penstrukturan ini dilaksanakan melalui tiada kenaikan tol bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB untuk tempoh dari 2011 hingga 2015. Manakala, bagi lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD pula, tiada kenaikan tol dari tempoh 2011 hingga 2014. Lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian PEB yang terlibat adalah seperti berikut: Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); dan Jambatan Pulau Pinang. Manakala lebuh raya-lebuh raya di bawah kendalian Kumpulan MTD yang terlibat adalah seperti berikut: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK); dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) 

SOALAN : ADAKAH DENGAN KEPUTUSAN KENAIKAN KADAR TOL INI MENUNJUKKAN KERAJAAN TIDAK PRIHATIN DENGAN KOS SARA HIDUP RAKYAT YANG SEMAKIN TINGGI SEKARANG? 

Tidak timbul isu Kerajaan membebankan rakyat kerana pada dasarnya Kerajaan sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban kewangan rakyat. Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 14 September 2015 yang antara lain menyatakan bahawa Kerajaan akan menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia dan penyediaan sebanyak 16 buah lagi Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah pada 2016 adalah antara bukti Kerajaan komited untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Monday, October 12, 2015

MCA Perlu Lebih Berani Bersuara Tangkis Serangan Pakatan Pembangkang!!! @NajibRazak @LiowTiongLai @WeeKaSiongMP

0 comments


Semasa menyampaikan ucaptama perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-62, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru agar parti komponen itu perlu lebih berani kehadapan dalam mendepani fitnah yang dilemparkan pembangkang..

Najib mengingatkan parti itu perlu lebih bersedia menghadapi PRU 14 dengan meningkatkan seberapa banyak jumlah sokongan masyarakat Cina kepada BN..beliau tidak mahu masyarakat terus memandang serong kepada parti itu yang tidak mampu meningkatkan sokongan masyarakat Cina kepada BN...


Najib menyeru agar MCA mencari tonik terbaik sebelum berhadapan PRU 14 ini...serangan seteru politik DAP seharusnya ditangkis sebaik mungkin MCA agar rakyat tidak terus terpedaya dengan mainan politik pembangkang...

Parti komponen BN tidak sama dengan pakatan pembangkang yang mana mereka mengamal budaya cantas rakan seperjuagan dalam pakatan..apa yang dikatakan Najib siang tadi menyingkap kembali bagaimana Pakatan Harapan ditubuhkan bagi mengantikan Pakatan Rakyat yang sebelum ini berjuang bersama PAS...



MCA perlu berdiri sebaris dengan UMNO dan Barisan Nasional agar tidak dianggap sebuah parti yang bukan mendokong aspirasi kerajaan...pemimpin parti ini seharusnya menggunakan saluran yang betul dalam menyampaikan pandangan bagi mengelakkan pertelingkahan dalam parti terus berlaku...

Sejak MCA bersama UMNO dan komponen lain sejak zaman Parti Perikatan sehingga kini Barisan Nasional, masyarakat Cina terus berjaya menikmati kekayaan ekonomi negara..Najib mengingatkan setiap ahli parti itu tidak perlu curiga kebersamaan dalam BN...ini kerana UMNO sedia berkongsi kuasa dalam kerajaan..ini terbukti biarpun pemimpin MCA tidak memenangi PRU lalu tetap diberi jawatan dalam kabinet dan jawatan lain...


Dalam ribut yang berlaku dalam kem pembangkang, seharusnya BN mengambil peluang ini untuk terus mencuit 'ruh' rakyat untuk terus bersama menyokong Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh datuk nenek moyang kita..

Ucapan yang disampaikan DS Najib siang tadi sarat dengan mantik bagi menyentuh semangat perjuangan ahli-ahli MCA bagi melawan musuh politik terutamanya DAP dan PKR...

Najib turut menyentuh tentang isu yang cuba dimainkan mengenai konsep sekolah vernakular dengan berkata bahawa kerajaan tetap mempertahankan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina...

Ayuh MCA, rapatkan saf, singsing lengan berganding bahu berjuang dengan lebih gah melawan fitnah dan rekayasa cerita memburukkan imej kerajaan...janganlah terbawa-bawa pemikiran bekas-bekas ahli yang sudah 'pencen' sehingga boleh memecah belahkan parti kompinen BN!!!! 

Saturday, October 10, 2015

SAH!!!Malaysiakini Gagal Cubaan Fitnah Ahli Parlimen UMNO Johor Berjawatan Dalam FELDA!!!

0 comments

Susulan tuduhan Malaysiakini yang mengaitkan seorang ahli UMNO dari Johor yang berjawatan dalam GLC, FELDA telah ditahan SPRM baru-baru ini..

Kelmarin semua spekulasi tersebut telah dijernihkan oleh Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid..

Mengapa Datuk Ehsanuddin?sebenarnya portal lidah penjilat pakatan itu memang tidak memberi nama namun laporan yang ditulis sebelum ini telah mengaitkan seorang Ahli Parlimen UMNO Johor yang berada dalam pengurusan FELDA...jika dilihat dari jawatan tersebut memang yang dimaksudkan Datuk Ehsan...

Kalau dah nama pakatan..tak tahu cerita main fitnah saja..
Mulanya portal tersebut menulis kenyataan spekulasi itu..namun selepas dinafikan oleh Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull..

Artikel yang telah dipadam Malaysiakini...
Malaysiakini cepat-cepat menukar posting tersebut kepada penafian daripada SPRM..ini point penting menunjukkan Malaysiakini tiada kredibiliti dalam menyampaikan berita...

Selepas tersebarnya berita ini, netizen mencari siapa individu yang dimaksudkan...di Johor hanya Datuk Ehsanuddin yang memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah FELDA yang juga sebagai Ahli Parlimen Kota Tinggi...

Datuk Ehsan menjawab "Saya tidak pernah dipanggil sehingga hari ini. Tanyalah orang yang melaporkan dan tanyalah SPRM"

"Saya tak buat salah apa-apapun, jadi apa nak dibimbangkan. Malah saya sedia berikan kerjasama jika diminta"

Memang tidak ada apapun yang hendak dirisaukan..FELDA dan FGV telah menandatangani ikrar integriti korporat dengan SPRM sejak 2012 lagi..

Ini bertujuan untuk memastikan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat milik kerajaab agar akur kepada undang-undang berkaitan isu perolehan dan aktiviti yang berkaitan dengan hasil...

Tidak usahlah percaya spekulasi yang dimainkan media pembangkang..tanpa usul periksa main rembat sahaja cerita..semua ni hanya ingin menaikkan kemarahan rakyat...betul atau salah belakang cerita..dunia akhir zaman..fitnah bermaharajalela....

Friday, October 9, 2015

3 Penguatkuasa MBPP Claim Kereta & Dihina "Anjing" Dapat RM 200..Laporan Polis Perlu Dibuat!!!Pemuda Biadap Itu Perlu Dihukum!!!

4 comments

Ini realiti yang bagus..aku terus terang memuji Guang Eng biarpun dia DAP..parti pembangkang!!!tindakan pantasnya menghadiahkan RM 200 seorang kepada 3 penguatkuasa yang dihina anjing selepas CLAIM sebuah kereta MYVI 2 pemuda cina menjadi viral di Malaysia...

Dslam insiden berkenaan seorang daripada 2 pemuda Cina itu telah mencampakkan RM 50 ke tanah sebagai tanda kemarahan untuk membayar denda...syabas juga kepada 3 penguatkuasa tersebut...dan aku menyeru agar 3 penguatkuasa ini membuat laporan polis terhadap insiden ini...

Jika sudah buat baguslah...jangan dapat hadian RM 200 sorang terus tarik report polis memang korang tak ada harga diri..boleh dibeli dengan RM 200...pemuda Cina yang biadap itu perlu dihukum!!!

Tun M & Liong Sik 2 x 5 Sama Saja...Ada Hati Nak Desak @NajibRazak Letak Jawatan!!!!Jom Baca Apa Kata @WeeKaSiongMP Tentang Isu Ni ...

0 comments

Ekoran kenyataan mantan Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik yang sependapat dengan Tun M mahu Perdana Menteri, YAB DS Najib Razak meletak jawatan dengan mengaitkan kritikan terhadap 1MDB...ia menimbulkan berbagai reaksi terhadap kenyataan tersebut...

Ada yang bersetuju...ada yang tidak..bagi kami di sidang redaksi Blog Harapan Esok, apa yang dilakukan oleh Liong Sik ini saling tidak tumpah seperti Tun M dalam UMNO...ada yang mengutuk MCA kononnya tindakan Liong Sik itu bersifat menyuarakan penentangan terhadap Perdana Menteri...namun, secara rasminya MCA melalui Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata "MCA Tidak Mahu Campur dan Kenyataan Liong Sik Bukan Kenyataan Rasmi MCA"

Menurut Wee lagi "Sepertimana yang telah diutarakan oleh beberapa pemimpin MCA, sejak hari pertama apabila Tun Ling membuat kenyataan, kita dah kata setiap pemimpin atau bekas pemimpin mempunyai haknya untuk bersuara dan ianya bukan satu suara rasmi daripada parti. Itu penting," katanya.

Berkenaan dengan perkara PM mahu menyaman Liong Sik dan memintanya mengeluarkan kenyataan maaf ini jawapan Wee, "Saya rasa proses perundangan yang diambil terhadap beliau oleh pihak yang didakwa adalah proses biasa yang kalau mengikut prosedur memang begitu. Orang yang telah mengeluarkan kenyataan juga berhak mempertahankan kenyataannya.

"Saya rasa eloklah perkara ini mengikut lunas dan tatacara undang-undang. Jadi kita tidka boleh masuk campur," kata Wee.

Bagi kami, apa yang dilakukan oleh Liong Sik dan Mahathir itu adalah hak peribadinya untuk bersuara...mereka berdua ni datang dari kepimpinan sezaman yang sama..tidak hairanlah banyak persamaan dari sudut pandangan...

Mahathir kritik Najib...Liong Sik sama..
Mahathir kritik 1MDB..Liong Sik sama..
Mahathir desak Najib Lepas Jawatan..Liong Sik sama..
Mahathir sertai himpunan BERSIH...Liong Sik sama...

Yang pentingnya di sini, apa yang keluar dari mulut Mahathir bukan melambangkan kenyataan UMNO..begitu jugalah Liong Sik..kenyataannya bukan mewakili MCA...biarpun kedua-dua penyokong 2 bekas pemimpin ini kebanyakannya ahli UMNO dan ahli MCA...

Apa yang penting sekarang ini ialah UMNO dan MCA tetap setia bersama BARISAN NASIONAL dan kepimpinan Najib Razak..hak dia nak mintak maaf atau tidak itu hak peribadi masing-masing..usahlah memainkan sentimen bahawa suara Liong Sik melambangkan suara MCA..begitu jugalah Mahathir..kenyataannya juga bukan melambangkan UMNO..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA