networkedblogs

Bersahabat..

MALAYSIA AMAN TANPA DAP!!!

Monday, November 30, 2015

TERKINI!!! Al-Fatihah - Pelawak YUS Jambu Meninggal Dunia..

3 comments
Al-Fatihah...
Dunia komedi negara digemparkan dengan berita pemergian seorang anggota lawak kumpulan Jambu, Yussry Bin Edoo sebentar tadi..

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Selayang setelah mengalami sesak nafas..

Al-Fatihah..semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...amin.



Sunday, November 29, 2015

Johor Haramkan Vape Kuatkuasa 1 Januari 2016! -Titah Sultan Johor !!!Tahniah Tuanku Rokok Pun Kasi Haram Di Johor!Johor Bebas Vape & Rokok!!!

0 comments

Sultan Johor mengharamkan penggunaan vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sebulan kepada pengusaha premis peranti berkenaan untuk menamatkan operasi.

"Saya mahu premis vap ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," titah baginda menerusi temubual khas baru-baru ini.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskkandar bertitah, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Baginda juga mengarahkan supaya kerajaan negeri bersidang minggu depan untuk merangka perancangan untuk memudahkan proses itu.

Titah baginda lagi, ahli politik juga seharusnya berhenti memenuhi kehendak ahli perniagaan yang terlibat dalam industri vape ini.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti yang didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya.

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.

Awal bulan ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Industri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Kementerian Kesihatan menguatkuasakan penjualan vape yang perisannya mengandungi nikotin boleh membunuh industri yang dikuasai peniaga Melayu.

Menteri berkenaan juga memberi maklumbalas berkenaan susulan laporan polis yang dibuat sekumpulan peniaga Bumiputera mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap industri vape boleh mengakibatkan sokongan terhadap Barisan Nasional menurun pada pilihan raya umum akan datang.

Sultan Johor bertitah, kesan jangka panjang kesihatan kerana penggunaan vape di mana pembayar cukai perlu menanggung untuk membiayai rawatan.

Beliau bertitah lagi, pengharaman vape di negeri itu meliputi penjualan produk berkaitan peranti itu.

"Adalah jelas mengikut undang-undang, premis vape tidak boleh menjual nikotin, jadi kenapa perlu menutup sebelah mata dan mengetepikan undang-undang?

"Jika kita biarkan ia berlaku, akan ada golongan muda yang ketagih untuk menggunakannya," titah baginda.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang pada 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.

JDT Akhiri Saingan 2015 Dengan Cetak Banyak Sejarah...Jumpa Tahun 2016!!!

1 comments

Malam ini pastinya menjadi malam yang berat bagi Bangsa Johor apabila ditundukkan Felda digelanggang keramat Stadium Larkin...

Rekod tanpa kalah JDT dilaman sendiri telah dipadamkan malam tadi yang mana menyaksikan Felda berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2015...

Rata-rata penyokong JDT menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka..pada awal saingan lagi JDT tidak menyasarkan apa-apa target untuk Piala Malaysia.."Piala AFC Lebih Utama"..

Kekalahan malam tadi bukan bererti kegagalan kita tetapi tahun ini kita telah melakar banyak sejarah baru arena bola sepak Johor..

Memulakan saingan liga Malaysia dengan memenangi Piala Sumbangsih dengan mengalahkan Pahang di Larkin..

Seterusnya JDT berjaya menjadi memasuki pertarungan Play Off Liga Juara-Juara Asia..namun kita terkandas apabila tumpas kepada kelab Thailand...

Kekalahan ini telah menyaksikan JDT meneruskan saingan untuk merebut Piala AFC..perlawanan demi perlawanan JDT menunjukkan bisa dan keagungan di atas padang..

Kehadiran Diaz dan Seni jaringan Luciano menjadi aktor penting bagi skuad JDT di pentas Piala AFC...arkitek negara Syafiq Rahim telah membawa watak sebagai pemain sangat penting bagi skuad JDT dalam saingan Piala AFC...dari pertahanan hingga ke penyerang..semua pemain menunjukkan kemantapan dan kesungguhan yang padu.. 

Jika sudah ditakdirkan JDT mara sehingga ke pentas FINAL AFC...rezeki yang kita tidak pernah terjangkau pun akan datang...keputusan FIFA mengantung KUWAIT dari melibatkan diri dalam bola sepak FIFA salah satu faktor penting kejayaan JDT merangkul juara Piala AFC.. 

Berbekalkan semangat aura berjaya mempertahankan Piala Liga Super berturut-turut..JDT berjaya membawa piala kedua berpestij kelab asia ke selatan tanah air...

Ia membuka mata FAM bagaimana transformasi berjaya TMJ telah mengubah landskap bola sepak negara..bermacam-macam gelaran telah diberi kepada TMJ..budak mentah..jangan angkuh semuanya langsung tidak terkesan buat Putera Raja ini...

Akhirnya pada tahun ini 3 kejuaraan telah dicipta JDT...JDT hanya gagal mendapatkan Piala FA dan Piala Malaysia sahaja...yang lain sapu bersih...

Tahun ini juga tahun terakhir buat penyerang prolifik JDT Luciano yang akan bersara..

Tangisannya malam tadi bukan bermakna kegagalan membawa JDT menang tetapi lebih besar dari itu iaitu Passion and Pride terhadap JDT..

Sumbangan Luciano sangat besar dalam arena bola sepak JDT...saya yakin Luciano akan datang semula ke JDT sebagai salah seorang jurulatih..

Syabas buat semua pemain, pengurusan, dan penyokong yang menjadi nadi kejayaan JDT...dalam kegagalan kita telah cipta banyak kegembiraan...

Penyokobg setia akan tetap bersama pasukan..pemain akan datang dan pergi...JDT tetap abadi...

Jumpa tahun 2016!misi lebih berganda menanti JDT...mempertahankan Piala Sumbansih, Piala AFC, Liga Super dan mencipta sejarah memenangki Piala FA dan Piala Malaysia sekali gus...Insya'allah tiada yang mustahil buat JDT!!!

Saturday, November 28, 2015

Malaysia Bakal Sertai IMO Bagi Tingkatkan Keselamatan Perkapalan Antarabangsa!

0 comments

DS Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan akan menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) mewakili Malaysia untuk sesi ke-29 bertempat di London.

Semua menteri Pengangkutan dan pegawai kanan Maritim negara-negara IMO akan hadir pada persidangan ini...

IMO merupakan sebuah badan khusus di bawah PBB bagi menetapkan piawaian global bagi keselamatan, sekuriti dan prestasi alam sekitar bagi perkapalan antarabangsa.

Apa yang diharapkan pada persidangan ini adalah Malaysia mendapat jaminan keselamatan bagi perairan maritim negara kita..

Maklum sahajalah Malaysia terletak di laluan strategik laut China Selatan dan Selat Melaka..jadi ianya amat penting bagi mempastikan negara kita terlindung daripada ancaman keselamatan..barulah pedagang dan sektor perkapalan negara selamat dan terjamin...

Berikut adalah siaran akhbar dari Menteri Pengangkutan..



Friday, November 27, 2015

Ibu Pejabat PKR AMPANG Menyeramkan....

0 comments

Menyeramkan...ibu pejabat PKR Ampang dilihat dari luar sungguh mengerikan..dah macam rumah hantu...kalau luar bangunan dah macam ni...kat dalamnya entah macamana...

Rakyat nak pergi bangunan ni pun seram..bangunan pemimpin pun dah tak ceria macamanalah kawasan parlimen nak ceria..

Menteri Besar bukan main lagi terjun longkang konon nak bersihkan kawasan tapi lakonan semata-mata....huh...

Rosmah Penaung PEMANGKIN - Pegawai Khas Pelawa NOW Semuka Beri Jawapan!

0 comments

Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mengajak Pengarah NOW, Akmal Nasir minum petang untuk memberi penjelasan berkenaan jawatan Rosmah sebagai penaung Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin).

Datuk Rizal akan menjelaskan status jawatan penaung yang disandang Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang sebelum ini dipersoalkan oleh Akmal..

Itu pun kalau Akmal mahu..dalam kenyataan di FB Datuk Rizal menyebut :

“Saya nak jemput Akmal Nasir NOW minum petang.. Sambil tu boleh sembang.. Boleh saya terangkan definisi penaung..

“Akmal tanya soalan saya jawab.. Saya tanya soalan Akmal jawab..

“Saya juga boleh beritahu senarai Persatuan dan Organisasi yang mana DS Rosmah menjadi Penaung,” tulisnya.

Jawapan sudah ada untuk tangkis Fitnah..jika Akmal mahu mendapatkan jawapan berkenaan status penaung..inilah masanya!

Tuesday, November 24, 2015

Koperasi Belia FELDA Sasar Jual RM 24 Juta Produk Pencuci Mesra Alam..Rancang Keluarkan Produk Elektronik Pula Lepas Ni!

0 comments

Felda maju lagi setapak apabila Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia Bhd kini dalam usaha menjual barangan berasaskan produk pencuci D'Belda mesra alam. Teknologi dinamakan Biodegrasi ini hasil kerjasama pendandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Microclear Sdn Bhd.

Buat permulaan, Produk pencuci ini akan dipasarkan ke semua agensi seliaan Felda di seluruh negara. Koperasi ini turut merancang mengeksport produk ini ke asia barat dalam dua tahun akan datang.


Bercakap mengenai Koperasi Majlis Belia ini, untuk tahun ini sahaja mereka telah menghasilkan beras dan bahan cucian yang menggunakan branding D'Belda dan akan datang merancang menghasilkan produk elektronik pula. Ini semua dihasilkan atas usaha keras yang dilakukan Koperasi ini.

Syabas diucapkan kepada Pengerusi Koperasi Majlis Belia Felda, Anuar Abd Manap atas inisatif ini. Mereka menghasilkan produk sendiri dan memasarkan kepada pasaran FELDA sendiri.

Sasaran untuk mengeksport produk cucian ini ke Asia Barat telah membuka mata bahawa agensi FELDA bukan lagi hanya berorientasikan Kelapa Sawit sahaja..

Ia langkah terbaik untuk memajukan dan pembangunan usahawan FELDA. Apa tidaknya, sebulan sahaja mereka mampu menghasilkan 100,000 liter cucian D'Belda jika setahun 1.2 juta liter untuk kegunaan industri.

Mungkin lepas ini kita boleh gunakan produk cucian ini di rumah. Sekarang pun banyak produk dari FELDA yang menggunakan jenama D'Saji. Kemajuan ini telah membuka banyak peluang pekerjaan yang diharapkan akan dibuka untuk warga FELDA sahaja...

Syabas FELDA!!!

Monday, November 23, 2015

Hati-Hati!!!Malaysiakini Dalam Usaha Melaga-Lagakan Kem Najib Dan Muhyiddin Menjelang Perhimpunan Agung UMNO!!!

0 comments

Portal Malaysiakini seperti biasa menjadi agen melaga-lagakan macam-macam pihak bagi melariskan jumlah pembaca..ini rutin kerja wartawan mereka..

Orang cakap nak pergi makan..mereka spin "nanti saya tak boleh cari makan"..

Kali ni hal Muhyiddin Yassin pula..timbul pula dakwaan yang ada ahli UMNO berusaha gulingkan Muhyiddin..nanti mainkan pula berita ada Ahli UMNO usaha nak gulingkan Najib...

Last-last ahli UMNO yang percaya berita ni yang kacau bilau.,,



Sunday, November 22, 2015

@LiowTiongLai Rakam Penghargaan Kepada China Atas Bantuan Misi Pencarian MH370!

0 comments

Sempena kunjungan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, China berjanji akan memberi bantuan kepada Malaysia dan Australia dalam misi pencarian MH370.

Malaysia melalui Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Liow Tiong Lai merakamkan penghargaan kepada China atas bantuan yang diberi negara temboh besar itu kepada Malaysia dalam misi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak tahun lalu.

Atas keprihatinan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam menyelesaikan misi ini, China telah menyumbang AUD 20 Juta (RM62 Juta) dan kemudahan kapal bagi mencari pesawat malang itu yang sehingga kini belum ditemui. Bantuan seumpama ini amat diharapkan dari Malaysia memandangkan ianya melibatkan kos yang tinggi serta teknologi yang cangih diperlukan.

April tahun ini, Malaysia bersama China dan Australia telah melangkaui pencarian laut dalam kira-kira 12,000 km persegi. Cabaran getir telah dilalui ketiga negara ini memandangka keadaan laut bergelora dan cuaca yang tidak menentu.

Ia menunjukkan betapa sokongan China dan Australia terhadap pencarian ini amat serius sehingga hari ini biarpun banhkai pesawat malang itu masih belum dijumpai. Dengan sebab itu, Malaysia merakamkan penghargaan atas komited, kerjasama dan sokongan negara China dalam misi ini..

Misi pencarian MH370 merupakan misi pencarian yang terbesar berikutan melibatkan 20 buah negara dan 100 buah aset kapal terbang dan laut semenjak mac tahun lalu yang telah mengorbankan 239 penumpang dan anak kapal.

Berikut adalah keratan akhbar penuh dari Menteri Pengangkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai :

BY YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI
MINISTER OF TRANSPORT, MALAYSIA 
Liow: Malaysia Grateful for China’s On-Going Support 
Malaysia would like to express our deepest appreciation to His Excellency Premier Li Keqiang and the People’s Republic of China for their contribution of AUD20 million to the on-going search efforts for MH370. This contribution will undoubtedly assist Malaysia and Australia in the on-going search for MH370. 
I would also like to take this opportunity to express my sincere gratitude to my fellow ASEAN members who have contributed to the search for MH370. In Malaysia's time of need, your unwavering support has been invaluable, and a testament to the close ties between our nations.  
Since that fateful day in March of last year, no effort has been spared in the search for MH370. The search strategy working group team, led by the Joint Agency Coordination Centre and the Australian Transport Safety Bureau, comprising experts from various international organisations, have collaborated to independently review and refine all available data pertaining to this search. 
As announced in April 2015, Malaysia together with China and Australia are fully committed to completing the underwater search within the extended search zone of 120,000 square kilometres. 
As this is a remote location with adverse sea and weather conditions, it continues to pose a challenge for the search and recovery team. Nevertheless, we will certainly persevere with this search. 
The unprecedented level of support, collaboration and cooperation given by the Governments of Australia and China has been instrumental during what has been a trying time for our nation. We are committed to the search for MH370.
[END]




Saturday, November 21, 2015

"Kerajaan Akan Umum Keputusan Semakan Semula AES Awal Tahun Depan"- Liow Tiong Lai

0 comments

Kerajaan akan mengumumkan keputusan semakan semula Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) awal tahun depan setelah kajian secara menyeluruh selesai.

Pelaksanaan AES pada 2012 dinegara ini telah mencetuskan polemik pengguna jalan raya kerana ianya dilihat perubahan yang terlalu drastik ketika itu. Pada masa pelaksanaannya 3 tahun lalu rata-rata pengguna jalan raya tidak bersetuju kerana aplikasi AES dilihat sangat kejam kerana pengguna tidak boleh melepasi had laju 110km/h yang telah ditetapkan.

Ada juga berpendapat, pengguna jalan raya hanya akan memperlahankan kenderaan ketika menghampiri kawasan AES dan kemudian memecut semula selepas melepasi perangkap AES..memandangkan pada ketika itu, rakyat tidak bersedia jadi ianya ditangguhkan. Pada tahun hadapan adalah amat sesuai untuk melaksanakan AES.

Umumnya telah mengetahui, bahawa had laju di Lebuhraya ialah 110km/h..jadi tidak timbul isu jika AES dilaksanakan pada tahun hadapan memandangkan pengguna jalan raya telah mengetahui tentang sistem ini sejak 2012 lagi..

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai “Kerajaan mahu memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (Kejara).

“Kita perlu pastikan ia boleh dilaksanakan dan tidak ada masalah pada sistem itu,”

Diharapkan pelaksanaan AES tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Apa yang dilakukan ini semata-mata untuk keselamatan pengguna jalan raya daripada memandu laju yang mampu meningkatkan risiko kemalangan.

Cadangan kami di HE, kerajaan perlu meletakan seberapa banyak AES di lokasi-lokasi tumpuan kerap berlaku kemalangan seperti Lebuh Raya Pantai Timur..benar kata orang kalau nak eksiden tu perlahan pun boleh kena..tapi salah satu sebab terbesar kemalangan adalah memandu laju dalam keadaan merbahaya...

Jangan stress sangat pasal AES ni..kita layan video bawah ni hiburkan hati...layan....


Ahli Parlimen Kota Tinggi Mohon Naik Taraf Jalan Bandar Penawar - Kota Tinggi Dipercepatkan..

0 comments

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dalam perbahasan menyokong Bajet 2016 baru-baru ini, memohon agar pembinaan naik taraf jalan FT 092 dari dua lorong kepada empat lorong yang menghubungkan Bandar Penawar dan Kota Tinggi dipercepatkan..

Ia bertujuan memberi keselesaan kepada para pengguna jalan raya yang menghubungkan dua tempat ini..jika siapa yang pernah menggunakan jalan ini, memang patutlah ianya dipercepatkan sepertimana yang dikehendaki oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi ini.

Jalannya yang agak sempit dan ia juga menjadi laluan utama kenderaan berat membawa kelapa sawit. Ia akan melambatkan masa perjalanan pengguna jalan lain kerana terpaksa mengekori lori-lori besar. Hendak memotong amat berisiko kerana jalan ini agak sibuk..

Sebab itulah banyak kemalangan berlaku di laluan ini. Pada waktu malam jalan ini amat sunyi dan gelap. Perkara ini turut memberi risiko keselamatan disamun kepada pengguna jalan lain.

Memandangkan, projek Rapid sedang giat membangun di Pengerang. Pembinaan jalan ini turut dijangka bakal memberi limpahan rezeki kepada rakyat setempat..

Kami di redaksi Blog HE mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha yang dibawa wakil rakyat Kota Tinggi ini bagi merealisasikan hasrat dan pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat. Memang patutpun pembinaan jalan ini dipercepatkan kerana dalam masa 5 tahun ini Pengerang bakal menjadi satu lagi bandar maju di Johor. Segalanya lengkap di kawasan ini Pengerang dengan Projek Rapid, Bandar Penawar dengan industri pelancongan dan Kota Tinggi bandar kaya dengan khazanah sejarahnya...

Saksikan video rakaman perbahasan di SINI

Obama Datang Malaysia Pembangkang Maki Hamun...Bergambar Dengan Ketua Lanun Desak Pembebasan Bapak Dia Tahu Pula Penyokong MACAI Diam Membisu!!!

0 comments

Aku heran dengan penyokong pakaton ni..semalam Obama mendarat ke negara kita..untuk rasmikan kemuncak Persidangan Negara ASEAN...itu tujuannya datang ke sini...tapi bila sorang pemimpin tertinggi parti depa berjumpa mesra dengan anak ketua pengganas Sulu yang serang Sabah semuanya diam membisu..

Itu lagi terang-terang menggugat kemerdekaan dan keamanan negara..tu pun kalau masih ingat macamana pemberontak Sulu serang Malaysia..ramai perajurit negara terkorban demi mempertahankan negara...ada anak yang dilahirkan tak sempat melihat ayahnya yang telah terkorban akibat serangan Lahad Datu..

Jangan buat-buat tak tahulah...nama saja parti Keadilan..keadilan orang lain tak ambil endah..hanya tahu keadilan bapak dia saja...hampeh betul!

Friday, November 20, 2015

Gambar Kontroversi Bersama Anak Perempuan Sultan Sulu. @WeeKaSiongMP Gesa @N_Izzah Beri Penjelasan!

0 comments

Sejak beberapa hari ini, jiwa nurani rakyat Malaysia terasa direntap apabila timbulnya gambar Nurul Izzah bersama Jacel, anak perempuan Sultan Sulu yang mengarahkan pencerobohan Lahad Datu.

Peristiwa hitam itu masih segar dalam ingatan kita bagaimana nyawa perajurit-perajurit negara terkorban demi mempertahankan negara daripada pencerobohan di Sabah.

Namun apa yang mengecewakan kita, Nurul Izzah bergambar bersama anak perempuan Sultan Sulu sambil memegang gambar Pembebasan Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong mahu pemimpin atasan PKR, Izzah itu memberi penjelasan tentang gambar kontroversi terbabit.

Dr Wee mendesak Izzah tujuan sebenar gambar tersebut diambil dan apa yang mereka berdua bincangkan sehingga kedua-duanya memegang poster "Release Anwar Immediately" yang telah dikecam netizen di laman sosial.

Apakah gambar ini bertujuan menunjukkan 200 orang penceroboh tentera Sulu di Sabah kini berjuang untuk membebaskan Anwar dan apakah janji keluarga Anwar mengenai penglibatan kerabat Sultan Sulu ini?

Nurul Izzah perlu memberi jawapan tentang perkara ini. 

Dalam pada itu, Rafizi Ramli turut tidak dapat memberi sebarang jawapan mengenai gambar tersebut..


Masing-masing sekarang ini malas nak ambil tahu kes pembebasan Anwar ni...Rafizi sendiri pn tahu betapa hati nurani Rakyat dirobek berikutan peristiwa hitam serangan penganas Sulu...jika dibackup Izzah ni sure jadi backfire kepada pakatan...

Thursday, November 19, 2015

PAS Kini Hilang Hala Tuju Perjuangan-Isytihar Pembangkang Di Penang..Azmin Harus Risau!

0 comments

Betapa baculnya parti PAS apabila hanya istihar jadi pembangkang di Negeri Pulau Pinang setelah DAP memecat hampir 300 JKKK di negeri tu.

Tidak usahlah percaya sandiwara PAS..ini semua nak raih simpati sahaja..konon nak keluar jadi pembangkang...

Dekat Pulau Pinang berani lah cakap macam tu sebab dah hilang kuasa...cuba kat ngeri lain seperti SELANGOR..trylah cakap nak jadi pembangkang..

Mahunya macam-macam jawatan dapat..pastinya Menteri Besar Azmin risau jika PAS juga isytihar pembangkang di negerinya...

Aku yakin PAS tidak berani punya nak cakap keluar pembangkang di Selangor...ini semua mainan politikus untuk raih simpati sahaja...

Wednesday, November 18, 2015

Demonstrasi Teksi - YB Nancy Tegur Sikap Pemandu Teksi, PETEKMA Akan Pecat Ahli Jika Berdegil!!!!

0 comments
Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
YB Hajah Nancy Shukri
Berikutan kedegilan pemandu teksi yang mahu melakukan demonstrasi besar-besaran hari ini kononnya pihak SPAD tidak melakukan apa-apa terhadap aplikasi atas talian, UBER dan Grabcar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Nancy Shukri mengingatkan agar pemandu teksi perlu menjaga sikap mereka agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Beberapa hari lalu, seramai 1,000 lebih pemandu teksi telah berhimpun bersama SPAD dengan ikrar mahu mematuhi peraturan dan undang-undang. Boleh rujuk artikel kami sebelum ini di SINI

Pemandu teksi perlu menjadi ikon kepada negara dengan menceritakan perkara-perkara menarik di Malaysia barulah penumpang berasa selesa menggunakan perkhidmatan ini. Jikalau pemandu teksi bersikap negatif ia akan memberi tekanan kepada penumpang langsung tidak selesa dengan sikap pemandu teksi.

Kami disidang redaksi blog Harapan Esok amat kesal dengan sikap pemandu teksi yang telah lari dari ruh sebenar sebagai pemandu teksi. Pemandu teksi tidak sepatutnya menceritakan keburukan negara kepada pelancong. Ia bukan sahaja memburukkan imej negara malah mencalarkan imej semua pemandu-pemandu teksi di Malaysia biarpun golongan ini hanya serpihan kecil sahaja.

Berkaitan dengan teguran dan nasihat YB Nancy di atas kami bersetuju bahawa sikap mereka perlu diubah dan tidak mudah merelakan diri mereka dijadikan keldai tunggangan pihak tidak bertanggungjawab.

Lagipun perhimpunan dijadualkan hari ini tidak mendapat kebenaran pihak Polis kerana penaja langsung tidak membuat permohonan permit kepada DBKL. Hari ini pun Sidang Kemuncak ASEAN akan bermula. Nampak bukan betapa niat busuk pemandu teksi hanya beberapa kerat sahaja mahu mencemarkan nama negara..

Pengerusi PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz 
Dalam pada itu, Pertubuhan Pemandu Teksi dan Pengusaha Teksi / Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) bertegas akan menggugurkan keahlian pemandu teksi dibawa Pertubuhannya sekiranya mendapati ahli PETEKMA menyertai perhimpunan haram ini..

Presiden PETEKMA, Mohd Syahrir Abdul Aziz memberi amaran keras tidak akan berkompromi ke atas ahli mereka yang berdegil menyertai perhimpunan ini.

Untuk rekod, pihak SPAD telah merampas 140 kenderaan UBER dan Grabcar yang mengisytiharkan perkhidmatan itu haram kerana menggunakan kenderaan sendiri. Berkaitan aplikasi, itu bukan tugas SPAD kerana yang mengelola aplikasi atas talian ialah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multi-Media (SKMM).

Ini hanya gameplan pakartoon. Sekarang mereka bela pemandu teksi daripada industri UBER dan Grabcar. Nanti bila semua perkhidmatan ini dibanteras SPAD, pemimpin pakatoon buat pula demonstrasi membela UBER dan Grabcar. Yang diperalatkan hanya pemandu teksi yang tak cerdik. Nanti bila dan dipecat persatuan teksi dikatakan persatuan kejam pula. Beringatla sebelum kena!

Bagi kami memang patut pun tindakan menggugurkan keahlian pemandu teksi dilakukan. Menjadi ahli pun mencemarkan nama pertubuhan buat apa hendak simpan lagi. Keluar sahajalah dari pertubuhan. Pergi join persatuan pakartoon yang beria sangat nak berdemonstrasikan. Lepas nk boleh tubuhkan persatuan baru Persatuan Pemandu Teksi Demonstrasi (PEPEDEM). Tak payah ambil penumpang gasaklah demonstrasi hari-hari sampai puas!

Tuesday, November 17, 2015

Pakatan Gagal Lagi Guling @NajibRazak Walaupun Telah Guna 'BETIK'

0 comments

Mengikut kiraan TIDAK RASMI Rafizi Pandan, Najib Razak masih Perdana Menteri setelah undi tidak percaya untuk Bajet 2016 sekali lagi gagal...

Apa yang dapat dikesan daripada respon ahli parlimen..3 orang geng BETIK dari PAS telah berjaya dikesan apabila menyokong Undi tidak percaya bersama kabinet pakatan...

6 dari Parti Amanah sudah tentu menyokong pakatan...masalah yang kini sedang melanda PAS ialah diluar HIJAU tapi dalam Oren...serupa buah betik...diluar sokong PAS..dalam hati parti Amanah.. 

PAS sudah boleh lakukan pemutihan terhadap pemimpin mereka..jangan nanti niat dalam UHTI nak tumbangkan UMNO tak berjaya...PAS pula retak manunggu belah!

Monday, November 16, 2015

@WeeKaSiongMP Kutuk Tindakan Biadap Alvin Tan!Pemimpin DAP Kenapa Senyap????

1 comments

Tindakan biadap Alvin Tan menghina kesucian Al-Quran dan Islam telah mendapat kutukan masyarakat. Timbalan Presidien MCA, Datuk Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong antara pemimpin sebangsa dengan Alvin Tan turut berang dengan tindakan terkutuk Alvin yang tidak langsung menjaga sensitiviti agama lain..

Dengar dari mulut orang Alvin akan melakukan perkara seumpama ini bagi menarik perhatian dan membuatkan orang lain marah kepada tindakannya itu. Memandangkan sekarang Alvin dibawa lindungan suaka politik US. Jadi dia perlu membuat dirinya diancam dan kontrak suaka akan terus dilanjutkan. Dalam kegembiraan Alvin, sebenarnya dia dalam ketakutan. Perlukan ancaman orang lain untuk terus managih simpati US..kasihan..

Mengenai kenyataan Datuk, Seri Dr. Ir. Wee Ka Siong membuktikan bahawa beliau amat sensitif tentang keadaan ini, menjaga keharmonian dan perpaduan kaum dan agama di Malaysia. Soalnya sekarang kemana pemimpin-pemimpin DAP?nampak seakan mereka ini tidak ada perasaan untuk menilai menilai isu. Langsung tiada komen dari pemimpin-pemimpin DAP?

Kit Siang, Teresa Kok, Guan Eng dan ramai lagi pemimpin Cina DAP lain seakan tidak langsung mengkritik tindakan ini. Ia seolah-olah tidak mengambil berat langsung terhadap sensitiviti umat Islam selama ini, mereka hanya berpura-pura mengambil berat hanya sekadar kertas undi..itu sahaja...,

Usahlah kita percaya dengan sandiwara Alvin dan DAP ini..sebelum ini, bukan main lagi Alvin masuk ke Masjid kononnya sudah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk bertaubat dan menerima Islam..tetapi sekarang menghina Al-Quran pula...

DAP dulu kalau anda masih ingat, mereka akan ambil sepotong dua ayat dari Al-Quran dalam ceramah mereka..masa itu PAS yang disayangi DAP pun berkata, DAP akan terima Islam dan hati pemimpin mereka mula terbuka..sampaikan Guan Eng dapat gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz..sampai sekarang tiada pula seorang pemimpin DAP masuk Islam...

Sama sahajakan Alvin dan DAP, kita terpedaya dengan kelicikan mereka..jadi sedarlah umat Islam..kita bukan anti kepada Kafir Harbi..namun penghinaan sepergi ini kita kena selidik sedalam-dalamnya...bertindak menggunakan akal..jangan ikut hawa nafsu..kita gunakan kekerasan dilabel pula Islam ganas..kita diam kata Islam lembik..berdoa sahajalah...

Terima kasih Wee Ka Siong atas keprihatinan anda terhadap penghinaan Alvin..susah nak cari pemimpin yang jujur dan ikhlas sekarang ni..sekadang ini Alvin tengah memikir bagaimana dia hendak dapatkan kebebsan daripada Facebook pula selepas akaunnya dipadam..

Sunday, November 15, 2015

Tulisan Jawi Semakin Pupus Dimamah Hari...

1 comments

Dalam kita mempertahankan bangsa Melayu, berapa ramai masih menjaga tulisan Jawi Melayu?bila tulisan ini hendak dipadam di palan tanda jalan..baru ramai Melayu terhegeh2 mengaku memelihara seni tukisan ini...jika tidak sunyi sepi sahaja..,

Bacalah sendiri...

Dahulu akulah dipuja dan disanjung tinggi...Kini, aku tersisih sepi tidak dipedula...sambunglah sendiri.,,



Saturday, November 14, 2015

1,000 Pemandu Teksi Ikrar Patuhi Undang-Undang Martabat Industri Teksi..

0 comments

Kira-kira 1,000 orang pemandu teksi telah berhimpun siang tadi di Perkarangan Platinium Sentral untuk menyatakan hasrat "Aku Janji Memartabatkan Industri Teksi".

Perhimpunan tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Albar yang mana menyaksikan pemandu teksi turut melafaskan ikrar 4 resolusi memartabatkan industri teksi..

4 resolusi tersebut ialah :
1) Berganding bahu, dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, dalam memajukan Industri Teksi di negara ini.
2) Mematuhi segala peraturan, dan undang-undang yang telah ditetapkan, oleh Pihak Berkuasa.
3) Bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab, bagi memberikan, perkhidmatan yang terbaik, kepada pengguna
4) Berazam, untuk menigkatkan, kualiti perkhidmatan teksi.

Pertemuan beberapa jam ini telah membuka mata pemandu teksi betapa pentingnya pemandu teksi berinteraksi dengan agensi berkaitan seperti SPAD bagi menyelesaikan permasalahan yang berkaitan industri ini.

Sebelum ini sebarang masalah yang berlaku dalam kalangan pemandu teksi telah berjaya diselesaikan dengan cara toleransi melalui pertemuan, perbincangan, mesyuarat dengan SPAD.

Semenjak SPAD ditubuhkan, banyak perkara telah dilakukan untuk membela pemandu teksi seperti bantuan tayar TR1M, pengecualian cukai jalan duti eksais dan baru-baru ini penyelarasan kadar tambang teksi...

Cara interaksi seperti ini adalah cara terbaik berbanding dengan himpunan jalanan yang dikhabarkan akan dilakukan oleh pemandu teksi yang tidak berpuas hati.

Dengar khabar, ada segelintir pemandu teksi yang merasakan mereka terpinggir akan melakukan himpunan jalanan 18 November ini. Kita sedia makluma perhimpunan jalanan tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat selain banyak mudarat yang timbul.

Mengenai himpunan tersebut, mereka sengaja mahu lakukan demi menampakkan bahawa industri Teksi di negara kita terlalu teruk..lebih-lebih lagi pada 18 November ini negara kita bakal menerima tetamu pemimpin negara-negara ASEAN yang akan berkampung di Ibu Kota 18-22 November menghadiri Persidangan Antarabangsa ASEAN Summit.

Nampak sangat awal-awal lagi mereka ada agenda tersembunyi untuk memburukkan Malaysia...cara ini tidak ubah seperti himpunan jalanan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang..hanya mahu negara kita diburukkan di mata dunia..

Kami di blog Harapan Esok mengucapkan tahniah kepada 1000 pemandu teksi yang hadir siang tadi. Anda bukan tergolong dalam kumpulan pemandu teksi yang bermasalah. 

Pemandu Teksi merupakan agen pelancogan negara dan bukan membawa musibat kepada negara...

Berikut beberapa keping gambar sepanjang pertemuan tadi...

Pemandu teksi mengisi borang soal selidik yang disediakan SPAD...





Friday, November 13, 2015

Teresa Kok Usah Jadi Jaguh Isu #MH17 & #MH370 !

0 comments

Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok tidak sudah-sudah mahu jadi hero dalam insiden yang melibatkan pesawat MH17 & MH 370 sejak insiden ini berlaku..

Dalam insiden yang melibatkan MH17 Julai tahun lalu, Teresa menyeru kerajaan menafikan dakwaan media asing cuba menyalahkan juruterbang yang terbang 200 batu daripada laluan asal dan memandu dalam zon konflik...

Berkenaan dengan kenyataan terdahulu Teresa, sepatutnya dia perlu selidik dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan..benda sudah ada jawapan tetapi dia tetap mahu bertanya seolah-olah mahu mencari publisiti murahan dalam isu ini.

Teresa sepatutnya tahu bahawa laluan yang digunakan MH17 telah diiktiraf selamat oleh International Civil Aviation dan pada waktu kejadian itu berlaku, Pesawat Singapore Airlines dan India Airlines berada pada jarak kurang 25km dan 32km dari MH17..

Isu yang dibangkitkan Teresa sengaja diadakan bagi menampak dirinya membela rakyat..walhal benda yang dia nak cakap tu jawapan telah tersedia..

Baru-baru ini pula Teresa sekali lagi mahu jadi jaguh dengan cuba bertanya jumlah perbelanjaan tang telah duperuntukkan bagi menangani kedua-dua insiden MH 370 & MH 17..

Atas kapasiti apakah dia bertanya kali ini?mahu menyatakan bahawa perbelanjaan itu terlalu banyak?membazir?atau sia-sia?


Atas tanggungjawab selaku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjawab kerajaan telah membelanjakan RM 231.5 Juta dalam operasi pencarian pesawat MH 370 sehibgga Oktober lepas.

Manakala nahas MH17, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 12.9 Juta.

Jumlah perbelanjaan tepat masih belum boleh diberi berikutan operasi pencarian MH 370 masih lagi dilaksanakan.

MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan sebanyak USD 50,000 (RM 214,925) sebagai sebahagian daripada pampasan penuh kepada setiap waris keluarga penumpang dan anak kapal kedua-dua pesawat.

Untuk rekod, sebanyak 236 waris tragedi MH 17 dan 74  waris MH 360 telah menerima bayaran pampasan pendahuluan melibatkan junlah keseluruhan USD 16,600,000 (RM 7,135,510,000).

Ini sahajalah tugas pemimpin pakatoon. Menanyakan soalan yang boleh dijadikan isu. Kononnya kerajaan membelanjakan jumlah wang yang besar untuk misi ini.

Nak membantu tu jauh sekali, yang mereka tahu hanya menanyakan soalan. Inilah kerja pemimpin pakatan.

Biarpun jumlah perbelanjaan sangat besar namun inilah namanya tanggungjawab kerajaan...membantu selagi termampu biarpun masih tiada tanda-tanda pesawat malang MH370 sudah dikesan..

#VIRAL : Kisah Sebenar Lebuh Raya Di Malaysia Yang Perlu Anda Tahu!!!

1 comments

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK

Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)... 

1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan.

2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat. 

3. Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merdeka. Kebanyakan adalah pembinaan dan penyeliaan sistem jalan raya diseluruh Malaysia.

4. Pada tahun 1967 satu sejarah telah dicipta oleh JKR ini. Pembinaan projek lebuhraya gergasi sepanjang 123KM menembusi hutan banat antara Perak ke Kelantan telah dirancang hanya menggunakan kepakaran tempatan dengan kos minima dari wang dana kerajaan sendiri. 

5. Projek tersebut dinamakan Jalan Raya Timur Barat (JLTB) bernilai RM205 Juta (sangat tinggi nilai pada zaman 70an dahulu). Berjaya disiapkan pada tahun 1982, 12 tahun tempoh masa pembinaan diambil mengambil kira kelewatan akibat ancaman dari pengganas Komunis pada masa itu. Jika tiada ancaman Komunis kemungkinan lebih awal projek itu berjaya disiapkan. 

6. JLTB menjadi satu satunya projek pembinaan mega Lebuh Raya oleh Kerajaan tanpa tolgates dan adalah PERCUMA sehingga sekarang ini. Selenggaraan setiap tahun oleh JKR tanpa sebarang masalah, dengan kualiti jalan terbaik sepanjang masa. 

7. Pada tahun 1977 kerajaan dibawah pemerintahan Tun Hussien Onn meneruskan legasi direncanakan oleh arwah Tun Razak untuk membina rangkaian PERCUMA Sistem Lebuh Raya menghubungkan Utara hingga ke Selatan Semenanjung Malaysia. Projek ini sudah lama dalam perancangan Tun Razak dahulu namun mengalami kelewatan akibat masalah ancaman getir Komunis di negeri Perak masa itu. 

8. Projek dinamakan PLUS - Projek Lebuhraya Utara Selatan dilaksanakan pada tahun 1977. Satu Konsortium Nasional ditubuhkan iaitu Lembaga LebuhRaya Malaysia (LLM) atau Malaysia Highway Authority untuk menjalankan perancangan dan pembinaan PLUS ini. 

9. Kehancuran pergerakan Komunis akhir 70an memberikan kesan positif kepada program pembangunan negara. Kawasan2 hitam berjaya dibersihkan. 

10. Projek berjalan lancar tanpa masalah sehinggalah Dr M menggantikan Tun Hussien Onn sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

11. Antara 1980 sehingga 1985, LLM berjaya menyiapkan beberapa blok fasa pembinaan lebuhraya dengan jarak 366KM atau pun 41% daripada jumlah keseluruhan PLUS iaitu 823KM yang dirancang menggunakan dana kerajaan sebanyak RM3.2 BILION pada masa itu, Lebuhraya Penuh TANPA TOL dengan PERCUMA untuk rakyat. Semua kos ditanggung beres dari kantung kerajaan tanpa penglibatan pihak swasta. 

12. Pada tahun 1986, Dr M mula gila melaksanakan idea gila program Penswastaan Negara. Hampir segala gala yang sebelum ini hak mutlak rakyat dibawah operasi kerajaan mula didagang jual kepada pemodal asing. 

13. Tragedi PLUS pun berlaku pada tahun 1986. Entah apa yang merasuk Dr M, pegangan kerajaan dan LLM didalam PLUS dijual kepada proksi kroni Dr M iaitu Halim Saad yang mengetuai syarikat swasta UEM. Padahal mengikut perancangan asal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn adalah tidak akan sekali kali membenarkan kemasukan pemodal luar kerana ini adalah projek dari kerajaan untuk rakyat. 

14. UEM pun akhirnya menguasai projek PLUS tersebut. Walaupun mendapat bantahan ramai rakyat pada masa itu kerana UEM dianugerahkan konsesi yang panjang tidak masuk akal. 

15. Walaupun 366KM dari keseluruhan 823KM pembinaan yang siap menggunakan wang dana kerajaan sendiri, UEM tidak membayar satu sen pun duit mereka untuk membayar semula kos yang telah pun dikeluarkan oleh kerajaan sebelum ini. 

16. Dan paling menyeksakan idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan Dr M. Halim Saad melalui UEM mengaut berbilion untung atas angin kerana sistem konsesi beray sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Dengan kata lain PLUS adalah cash cow kepada Dr M dan proksi mereka. 

17. Dan apa yang paling mengecewakan, pihak swasta ini dibenarkan mengutip hasil tol yang dibina dari wang dana kerajaan sendiri pada mulanya. Mereka hanya menyiapkan baki 500KM sahaja selepas itu. Satu kerja atas angin kerana mereka UEM itu menyiapkan PLUS 2 tahun lebih lewat dari tarikh penyerahan, dengan kos yang melampau naik sehinga 70% dari kos estimated yang digubal oleh Tun Razak dan Tun Hussien Onn sebelum ini. 

18. Dr M malah memberikan kemudahan kredit RM3.5 bilion lagi kepada UEM walaupun operasi asal yang dirancang Tun Razak dahulu hanyalah 100% dana hasil kerajaan untuk pembinaan lebuh raya PERCUMA untuk rakyat sepanjang 800KM tersebut. 

19. Terima kasih atas usaha keji Dr M dan kroni proksinya, sehingga kini kutipan PLUS yang berjumlah RM2 Bilion setahun dan terus meningkat tidak nampak jalan untuk menamatkan kutipan tol tersebut... 

20. Persoalan pentingnya dimanakah hasil berpuluh bilion kutipan tol selamna berpuluh tahun ini pergi?...

21. Lebih parah, setiap 3 tahun PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian mistik yang keji antara Dr M dan Halim Saad berpuluh tahun lepas... Jika tiada kenaikan boleh pulak Kerajaan dipaksa untuk membayar 'PAMPASAN', sesuatu yang sangat tak masuk akal... 

22. Sistem pembinaan jalan bertol di Malaysia ini adalah salah satu legasi Dr M yang tidak dapat dimaafkan selama lamanya. Di Lembah Klang sangat tak masuk akal sistem serupa digunakan, dengan berpuluh konsesi lebuh raya menyedut duit hasil titik peluh rakyat setiap masa...

23. Panjang lagi kisah ni cuma gua pendekkan bagi pembaca mudah hadam. 

24. Sape yg bengang bayar tol setiap hari mohon sila tag kawan atau share suruh bace ni... dan tanya balik kenapa negara Malaysia masa baru nak bangun tahun 60-70an masih miskin dgn sumber yg tak banyak akan tetapi masih mampu membina jaringan Lebuh Raya dan infra Jalanraya PERCUMA seluruh Malaysia dengan dibiayai dan dibina sepenuhnya oleh kerajaan dan agensi JKR ni...

25. Tetapi bila Malaysia jd maju kaya bawah DrM keadaan menjadi terbalik. Segala diswastakan dan dicaj tol kutip hasil titik peluh rakyat... Kat mana logiknya?... Nampak sgt DrM ni TIDAK AMANAH uruskan sumber negara...

MOHON VIRAL dan SHARE...

Gua nak tau juga apa jawapan balas dari Dr M berkenaan isu ini...

Edit by +DM+

Thursday, November 12, 2015

SPAD Atur Pertemuan Dengan Pihak Berkepentingan Tingkatkan Industri Teksi

0 comments

Bermula penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 2011, banyak perubahan yang telah berlaku dalam industri pengangkutan awam di Malaysia..

Dahulu kita lihat kualiti pengangkutan awam di Malaysia hanya ibarat melepaskan batuk ditangga atau umumnya hanya sekadar ada tanpa memikirkan keselesaan dan keselamatan penumpang.

Pada awal tahun 2000, Perkhidmatan Awam contohnya Teksi, ada yang tiada penghawa dingin, kadar dikenakan pemandu ikut pukul rata sahaja dan pemandu teksi tidak menghiraukan servis kereta mereka. Asalkan boleh bergerak pemandu teksi berfikiran mereka boleh mengambil penumpang...

Tetapi itu kisah 10 tahun dahulu..sejak 2011, industri pengangkutan awam telah mengalami perubahan besar. Kita sudah mampu setanding dengan negara-negara besar seperti Australia yang mempunyai jaringan pengangkutan awam yang terbaik!

Sehingga hari ini, ada yang beranggapan kewujudan SPAD hanya sia-sia kerana sudah wujud polis trafik dan JPJ..ini jawapan yang kita dengar bagi yang tidak tahu..

Saya ambil satu contoh pengangkutan awam iaitu TEKSI...bagi memajukan industri ini, bermacam-macam cara telah dilakulan SPAD dan Kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan Teksi..

Pada tahun 2012 selepas setahun kewujudan SPAD, kerajaan telah mengumumkan program TR1Ma yang memberi baucer tayar kepada pemandu Teksi..bukan itu sahaja, setiap pemandu turut dibekalkan Liputan Personal Accident Insurance (PA), pengecualian cukai, subsidi tol sebanyak 50%, dan pengecualian cukai eksais dan jualan bagi pemegang lesen individu...

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ini, Program teksi 1 Malaysia (TEKS1M) telah diumumkan pada tahun 2013..penumpang pastinya akan merasa lebih selesa apabila menggunakan perkhidmatan TEKS1M...secara tidak langsung mentaliti teksi hanya kereta lama sudah dapat dikikis dari pandangan masyarakat..

Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan jika tiada SPAD yang mengaturkan pertemuan demi pertemuan dengan pengendali-pengendali teksi tentang permasalahan dan penyelesaian berkaitan industri ini...pertemuan, rundingan, mesyuarat, dialog dan sesi perbincangan telah dijadikan medan terbaik bagi menangani masalah dan isu yang membebankan pemandu teksi..

Tahun ini sahaja SPAD telah mengumumkan kadar baru bagi tambang teksi pada Mac lalu..ini semua apa yang didengari daripada akar umbi pemandu teksi...

Bagi meneruskan aspirasi kerajaan yang mana mahukan industri pengangkutan awam di negara ini mengalami transformasi berjaya, bulan Oktober dan November ini sahaja SPAD telah mengatur 5 pertemuan yang telah melibatkan lebih daripada 250 pihak berkepentingan dalam industri teksi termasuk persatuan teksi dan pemandu..


Susulan daripada pertemuan yang diatur, SPAD kini sedang merangka bagi mengusulkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.


Akta yang dirangka ini melibatkan semakan terhadap aspek-aspek kawalselia secara menyeluruh dan mengenal pasti model perniagaan terbaik bagi industri teksi.

SPAD akan mengkaji peraturan yang mengutamakan pengguna, menyokong teknologi dan inovasi mesra pengguna serta akan sentiasa terbuka kepada perkembangan terkini.

Sejak 2011 hingga kini, SPAD sentiasa melakukan yang terbaik bagi memastikan industri pengangkutan awam di Malaysia mengalami transformasi yang diharapkan kerajaan...

Masyarakat perlu menerima pembaharuan yang dilakukan demi kepentingan bersama..biarpun begitu, ada segelintir pemandu teksi yang membiarkan diri mereka dipengaruhi anasir subversif untuk menidakkan perubahan yang dilakukan SPAD dan Kerajaan..perkara ini perlu dikikis demi menjaga nama baik semua pemandu teksi di Malaysia..

Wednesday, November 11, 2015

Aun San Suu Kyi Perlu Selesaikan Etñik Rohingya Sebelum Mengubah Myanmar!

0 comments

Parti Pembangkang Myanmar diketuai Tokoh Demokrasi, Aun San Suu Kyi telah memenangi Pilihan Raya Umum Myanmar baru-baru ini..

Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar mengumumkan Parti Suu Kyi menang 49 daripada 54 kerusi yang dipertandingkan.

Ini membuktikan berapa rakyat Myanmar sendiri mahukan demokrasi yang lebih subur...apakah kemenangan ini akan memberi sinar harapan buat etnik Islan Rohingya yang diancam pembersihan etnik oleh kerajaan sebelum ini...

Persoalan ini perlu dileraikan parti Suu Kyi memandangkan dasar perjuangan parti itu ialah demokrasi...

Kerajaan sebelum ini lebih memihak kepada fahaman Budha dan anti kepada umat Islan Rohingya...tugasan ini perlu diselesaikan Suu Kyi sebelum dia meneruskan agenda lain!

Tuesday, November 10, 2015

DEEPAVALI : Semua Kaum Perlu Terima Perbezaan, Nafikan Perpecahan - Presiden MCA

0 comments

Perayaan DEEPAVALI disambut meriah dalam keadaan harmoni oleh kaum India di Malaysia hari ini. Siang tadi, Rumah Terbuka Deepavali telah diadakan di pekarangan tapak pelancongan terkenal Batu Caves.

Majlis yang dianjurkan MIC siang tadi telah dihadiri YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut kelihatan pada majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.


Sepanjang majlis berkenaan, para tetamu telah disajikan dengan pelbagai persembahan serta makanan tradisional kaum India sepeti Aloo Gobi, Inji Puli, Vadal dan Prathaman.

Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai turut mengambil kesempatan dihari baik Pesta Cahaya kaum India dengan mengharapkan setiap kaum perlu menghormati antara satu sama lain dan menolak perpecahan kaum. Biarpun berbangsa Cina, Datuk Sri Liow mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak kepada perpaduan yang erat antara kaum.

"Setiap masyarakat perlu bersyukur kerana dapat menyambut pelbagai perayaan dan tradisi berwarna-warni dengan aman dan damai" jelas Liow lagi dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan mengingatkan semua pengguna jalan raya memandu dengan selamat semasa musim perayaan ini dan sentiasa ingat akan keluarga tercinta.

Kita di Malaysia bila tiba sahaj musim perayaan pasti disambut dengan meriah..tidak kira Melayu, Cina, India, Kristian mahupun perayaan bangsa lain ia tetap disambut meriah tanpa mengira agama dan bangsa..

Ini keistimewaan yang ada di Malaysia dan perlu dikekalkan budaya dan tradisi ini supaya ia terus menjadi identiti negara kita dan sebahagian daripada tarikan pelancong luar..jika orang luar teruja dengan keunikan negara kita mengapa tidak kita?

Selamat Menyambut Hari Deepavali!

Monday, November 9, 2015

Sebab Perpindahan Perkhidmatan Bas Koridor Utara Dari Pudu Sentral Ke TBS Yang Perlu Anda Tahu...

2 comments


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan perpindahan operasi Bas Ekspres Koridor Utara yang melibat negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak pada 1 November lalu..

Pengumuman ini telah mengambil kira beberapa faktor agar perpindahan operasi ini tidak dilihat sebagai langkah ad-hoc yang menyusahkan banyak pihak. Pengumuman ini dibuat setelah melakukan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti DBKL, UDA dan pihak pengendali bas koridor utara yang sudah lama beroperasi di Hentian Pudu Sentral.

Untuk rekod sebanyak 545 dari 635 yang beroperasi di Pudu Sentral telah memindahkan operasi mereka ke TBS pada 1 November lalu..pada awal perpindahan operasi ini, memang ada rungutan yang kita dengar kerana penumpang tidak biasa dengan keadaan ini. Setelah seminggu beroperasi penumpang kini lebih selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan di TBS.

Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menawarkan perkhidmatan sistem tiket yang lebih cekap yang mana pengguna boleh mendapatkan tiket mereka di kaunter dan mesin tiket online. Cara ini telah membanteras aktiviti ulat tiket dan penumpang akan membuat pilihan sendiri di kaunter atau mesin.

Selain itu, TBS mampu menampung 5,000 perjalanan sehari yang mana 2,000 pelepasan dan 3,000 ketibaan tanpa perlh menyusahkan orang ramai dengan kesesakan lalu lintas. Setakat ini, operasi TBS seharian ialah 1,300 perjalanan sehari iaitu 670 pelepasan dan 630 ketibaan. Ternyata TBS mampu menampung lagi 3,700 perjalanan tambahan..

Sistem teknologi yang canggih di TBS dilengkapi dengan paparan elektronik yang menyenaraikan kedatangan dan pelepasan bas. Disamping itu, pengguna dilengkapi dengan rangkaian perngangkutan awam yang lain seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan Teksi. Jaringan rangkaian pengangkutan awam yang terdapat di TBS ini memudahkan pergerakan pengguna dan lebih tersusun berbanding Pudu Sentral sebelum ini..

Bas juga tidak perlu beratur panjang sebagaimana yang terjadi di Pudu Sentral yang mana menyebabkan kesesakan lalu lintas dan sebab inilah yang membuatkan TBS lebih relevan untuk menampung perpindahan Bas Ekspres koridor Utara berbanding Pudu Sentral. Pastinya yang tidak senang dengan perpindahan ini ialah ulat-ulat tiket. Apa yang dilakukan ini semata-mata untuk menyelesaikan masalah penumpang dan pengguna jalan raya daripada kesesakan lalu lintas di Ibu Kota.

Sunday, November 8, 2015

Alat Permainan Babi Bertukar Jadi Burung Di Penang...

0 comments

Mendapat maklumat daripada pesanan Wasap...sebuah alat permainan di Taman Permainan Kanak-Kanak Padang Kota Lama di Pulau Pinang menggunakan motif binatang babi...

Apabila kes ini menjadi viral, ramai hendak mengetahui kejadian sebenar...hasil kunjungan seorang warga prihatin ke lokasi berkenaan, motif babi yang digunakan sudah tiada dan diganti dengan alat permainan bermotifkan haiwan burung...

Sungguh tidak sensitif!




Sudah ditukar...


Saturday, November 7, 2015

Rampas VAPE - Hanya Kerja Hangat-Hangat Tahi Ayam Saja...

2 comments

Aku perhatikan semenjak 2 menjak ni kecoh hal VAPE dan Rokok...releks jer...isu tengah panas mmg macam nih...nanti dah suram orang buat derk jer..contoh mcm rokok seludup...bergegar cakap banteras tapi masih ada saja jual di pasaran...orang masih boleh beli dan hisap dengan selumber rokok gudang garam,kanyon,U2 dan nusantara..tu rokok seludup...masih on saja...mungkin Kementerian Kesihatan tak tahu kot...tu belum aku cakap pasal jualan todi seludup...todi..samsu melebihi had alkohol...deyy macha..tak ada ka KKM nak raid habis-habisan?

Aku hanya akan setuju bila Kementerian Kesihatan banteras, rampas,haramkan semua jualan ROKOK bercukai..rokok haram dan vape...nak kenakan undang-undang biar langsam dan total!jangan buat undang-undang separuh...itu boleh sebab berlesen...ini tak boleh sebab xde lesen...nikotin ini boleh sebab pakej dengan tembakau..ini tak boleh sebab nokotin cecair...cheh!

Dah serupa cerita filem P. Ramli daaa...jual Candu dan Ganja secara terbuka sebab ada lesen..jual belacan jual sembunyi-sembunyi sebab tiada lesen...

Amat tidak adil jika nak bagi alasan pengharaman VAPE sebab budak sekolah dan perempuan dah pandai hisap...ROKOK yang selama ni budak sekolah beli walaupun sudah ada akta larangan tak ada pula nak haramkan rokok...amacam?

Tu belum aku masuk cerita VCD dan DVD cetak rompak...rumah pelacuran..

Friday, November 6, 2015

Pengerusi MLKN Tinjau Perkembangan Projek Perintis PLKN Dapatkan Maklum Balas Peserta..

0 comments

Ketika ini sedang sedang berlangsung Projek Perintis PLKN 2.0 bertempat di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang. Projek yang bermula pada 19 Oktober dan dijangka berakhir 19 Disember ini bertujuan untuk mengukur tahap keberkesanan pegisian baru sebelum ianya dilancarkan pada tahun hadapan..

Memandangkan ianya bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan modul baru, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin telah memantau perkembangan program ini dari semasa ke semasa. 

Baru-baru ini Datuk Ehsanuddin telah pergi ke Kem PLKN Princess Haliza untuk bertemu dengan pelatih untuk mendapatkan maklum balas daripada para peserta. Hasil daripada tinjauan tersebut, pelatih di sini amat memerlukan aktiviti 'outdoor'.

Memandangkan akhir bulan Oktober hingga awal November negara kita dilanda jerebu, aktiviti lebih tertumpu kepada indoor. Datuk Ehsan menasihatkan pelatih bahawa, kesihatan dan keselamatan pelatih menjadi keutamaan.

"Hendak jadi orang hebat perlu belajar bersabar, seseorang pemimpin perlu ada sifat sabar" jelasnya lagi..

Pertemuan tersebut telah diisi dengan sesi motivasi bersama pelatih di sini. Setakat ini, semua pelatih seronok mengikuti program yang telah dirangka.

Selain bertemu pelatih, Datuk Ehsan turut menghadiri mesyuarat Hala Tuju Program Latihan Khidmat Negara..Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PLKN 2.0 dan Program Perintis ini boleh rujuk artikel kami sebelum ini di SINI

Berikut adalah beberapa keping gambar sepanjang sesi bersama pelatih Program Perinris PLKN...




ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA