networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, January 19, 2016

Ancaman IS - Malaysia Pertingkatkan Kualiti Peralatan Canggih Pantau Keselamatan Pintu Masuk!!! @LiowTiongLai


Ekoran serangan militan IS di kompleks beli belah Sarinah, Jakarta beberapa hari lalu, Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dengan mempertingkatkan keselamatan di setiap pintu masuk negara seperti lapangan terbang, stesen kereta api dan pelabuhan...ancaman IS ini semakin menjadi-jadi apabila mereka sanggup melakukan serangan berani mati mahu mengancam keamana sejagat...

Kononnya memperjuangkan Islam namun tindakan mereka ini hanya mencetuskan polimik buruk terhadap agama Islam..siapa yang mendalangi militan IS ini seharusnya kita selidik..apakah benar umat Islam yang fanatik ataupun ia dilakukan oleh sekutu Yahudi yang menyamar sebagai militan bertopengkan Islam..

Bagi Malaysia, sebagai langkah berjaga-jaga semua pintu masuk negara dipantau rapi..pihak berkuasa turut mencari hingga lubang cacing mana-mana individu yang cenderung kepada pergerakan militan ini...

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menegaskan pihak berkuasa telah mengaktifkan tahap keselamatan paling tinggi..3 hari lalu, seorang lelaki bersenjata bersama dokumen berkaitan IS telah ditahan di Stesen LRT Setiawangsa, Jalan Jelatik...keadaan ini sudah semakin serius apabila ramai rakyat Malaysia mudah terpengaruh dengan agenda perjuangan sesat IS..


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa langkah berjaga-jaga ini telah diambil sejak tahun lepas..Beliau menyatakan tahap sistem peralatan canggih diperbaharui bagi menangkis serangan Is ini...

Misalnya, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memperbaharui dan mengukuhkan peralatannya di Lapangan Terbang dengan keupayaan mengesan pengganas yang memasuki negara..



Selain peralatan seperti CCTV dipasang dengan banyak..anggota keselamatan turut dikerahkan untuk memantapkan lagi keselamatan negara kita..Liow turut mengulas bahawa ini perkara yang amat serius dan perlu dicegah dan meminta orang ramai bertenang dan menaruh keyakian kepada pasukan keselamatan melakukan kerja mereka untuk mengekalkan keamanan negara kita...

Hairan sungguh aku, ada saja manusia yang ingin mencari jalan pintas untuk ke syurga..padahal jalan yang dipilih itu membawa kepada kesesatan dan memburukkan nama Islam..perkara seperti ini telah menggalakkan sentimen Islam Phobia di negara barat..ada pihak yang terpengaruh dengan ajaran sesat Is ini sanggup menghabiskan wang simpanan untuk berjuang untuk IS..meninggalkan anak bini semata-mata beranggapan perjuangan mereka deredhai Allah SWT...

Nauzubillah...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA