networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 8, 2016

Dari Anak Peneroka, Kini Dalam Usaha Menawan 7 Puncak Gunung Di 7 Benua Seluruh Dunia!!


Siapa sangka…seorang gadis anak FELDA berusia 26 tahun kini dalam usaha mencipta rekod negara apabila bakal menjadi wanita pertama menawan 7 puncak gunung di 7 benua dunia..gadis yang dimaksudkan ialah Siti Hanisa atau Anis yang berasal dari Jelai 1, Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan..

Misi ini dikendalikan oleh Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) Srikandi 7 Benua yang ditaja oleh IM4U.setakat ini Anis telah berjaya menawan 4 buah puncak dan kini dalam usaha menawan puncak gunung ke-5, Gunung Aconcagua, Argentina. Puncak tertinggi di Benua Amerika Selatan dengan ketinggian 6,962 meter..

4 buah puncak yang telah ditawan Anis ialah :

1) Puncak tertinggi di benua Afrika iaitu Gunung Kilimanjaro

2) Puncak Elbrus di Benua Eropah

3) Puncak Kosciuszco di Benua Australia

4) Gunung Everest di Benua Asia.

Sekiranya Anis berjaya menawan Gunung Aconcagua, ini bermakna hanya tinggal 2 puncak gunung sahaja yang perlu ditawan iaitu puncak McKinley di Benua Amerika Utara, Vinson Massif di Benua Antartika untuk melengkapkan misinya menawan 7 puncak di 7 benua dunia…Turut bersama Anis mendaki puncak Aconcagua ialah seorang pendaki dari Johor, Mohd Khafiz Bachok…

Bagi HE, sekarang ini Anis sudah boleh diletak sebaris dengan rakyat Malaysia yang berjaya melakukan cara tersendiri mengharumkan nama Negara..jika anda masih ingat kita mempunyai Magendran dan Mohan yang telah menjadi rakyat Malaysia pertama Berjaya menawan puncak Everest pada tahun 1997, ada Datuk Azhar Mansor yang berjaya mengelilingi dunia dengan kapal layar pada tahun 1999 dan sekumpulan 16 penerjun yang berjaya melakukan terjunan di Kutup Utara bersama kereta Proton Wira..Dan kini kita ada Anis yang menjadi wanita termuda negara berjaya menawan Puncak Everest yang sekarang dalam misi menawan 7 puncak di 7 benua...

Usaha seperti ini seharusnya diiktiraf kita sebagai rakyat Malaysia, bukan mudah untuk mendaki gunung yang sejuknya mencapai paras beku..Anis turut aktif dalam kegiatan sosial..beliau kini menggalas jawatan sebagai Naib Presiden (Beliawanis) Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM)..

Kami mengucapkan selamat maju jaya buat Anis!anda telah mengharumkan nama FELDA dan negara kita dipentas dunia!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA