networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, January 23, 2016

Jom Kenali Pembekal Makanan Mentah McDonald's Malaysia yang Anda Perlu Tahu!!!


Bila melangkah sahaja masuk ke restoran makanan segera McDonald's pasti kita terus terfikir menu juadah apa yang hendak kita makan..kita sentiasa terpesona dengan iklan makanan yang mengasyikkan..rangkaian McDonald's di Malaysia tidak perlu dipertikaikan status halal mereka...artikel sebelum ini telah saya jelaskan panjang lebar bagaimana status halal ini diberikan..boleh rujuk SINI dan SINI..

Tetapi pernahkah anda terfikir siapakah yan bertanggungjawab menjalankan operasi membekalkan bahan mentah kepada McDonald's?

Pada entry kali ini, saya ingin kongsi siapakah pihak yang bertanggungjawab menjalankan operasi ini..tugas pembekal bahan mentah untuk rangkaian makanan segera ini bukan boleh dilakukan sebarangan..semestinya pihak yang bertanggungjawab menjalankan operasi ini amat berpengalaman kerana proses penyediaan dan kualiti amat dititik beratkan oleh rangkaian perniagaan McDonald's...

Untuk pengetahuan pembaca, MacFood Services Sdn Bhd. merupakan pihak bertanggungjawab yang dilantik bagi kerja-kerja pembekalan bahan mentah ke McDonald's..MacFood Services amat berpengalaman luas dalam bidang ini...berbekalkan pengalaman selama 25 tahun dalam bidang ini, MacFood telah meyakinkan kerjasama erat kedua-dua syarikat ini...MacFood sentiasa menjaga setiap peralatan, kualiti yang digunakan untuk memproses makanan sebagaimana yang telah ditetapkankan...dalam bahasa mudahnya patuh syariah...

MacFood Services turut membekalkan bahan mentah mereka ke negara Islam lain seperti Arab Saudi dan beberapa negara Islam di Timur Tengah...

Restoran McDonald's di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Madinah
Kebolehpercayaan terhadap MacFood Services dikukuhkan lagi dengan beberapa pengiktirafan persijilan yang telah diterima oleh MacFood iaitu :

1) ISO 9001:2008 yang diberi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
2) Menerima HACCP Certification (Hazard Analysis and Critical Control Points) Program Food safety mangement sistem ISO 9001:2009 yang diberi SIRIM QAS meliputi Sistem Pengurusan Kualiti.
3) Menerima sijil HALAL Certification dari HDC/JAKIM kerana mematuhi prosedur persijilan Halal Malaysia dan DVS Malaysia (Department of Veteranary Services) Certification - kerana mematuhi peraturan-peraturan pemeriksaan veterinar Malaysia dan juga telah memenehi pematuhan kepada keperluan program Jaminan Kualiti (QAP) dan Sistem HACCP

Dengan penerimaan penghargaan yang diterima MacFood, ianya sebagai akurjanji bahawa perkhidmatan yang ditawarkan adalah yang terbaik dan mematuhi ciri-ciri keselamatan halal yang sangat ketat...

Jadi tidak timbul isu bahawa rangkaian McDonald's Malaysia tidak diyakini status halal..daripada pembekal yang diiktiraf sehingga penyediaan makanan semuanya dijamin halal dan kualiti perkhidmatan yang bagus...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA