networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, January 9, 2016

Mahasiswa Sekarang Boros Atau Tidak Pandai Urus Kewangan?


Isu mahasiswa kebuluran tidak cukup makan sengaja dimainkan oleh media pembangkang seolah-olah menunjukkan golongan mahasiswa baru ini terasa tidak cukup makan..

Apa yang aku hendak katakam..ini hanya mainan portal pembangkang mahu menunjukkan kerajaan tidak peka terhadap golongan ini...

Samada golongan mahasiswa sekarang manja atau tidak tahu mengurus wang dengan baik...pasti jawapan berbeda-beda..cumanya aku hendak kongsi di sini adalah..semua mahasiswa memang dari dulu lagi rasa kesusahan hidup..makan berjimat...makan magie tu perkara biasa bagi kehidupan kampus...

Siswa sekarang baru dapat duit PTPTN dah beli henpon baru..kalau nak ikutkan cukup saja duit PTPTN jika pandai mengurus...satu semester setelah tolak duit yuran dan rumah..anggaran mahasiswa akan ada baki PTPTN RM 1,800-2,000...

Bahagikanlah selama 14 minggu...seminggu dalam RM 128..jika sehari duit belanja RM 18...nilai RM 18 adalah cukup besar untuk golongan ini untuk makan seharian...

Ada mahasiswa boleh menyimpan lagi duit belanja mereka untuk membeli keperluan seperti buku rujukan...

Student yang mempunyai masalah kritikal biasanya student yang mengambil jurusan seni..ini perkara biasa dialami oleh pelajar2 ini sejak dahulu lagi..duit banyak dihabiskan ke asighment..

Dengar cerita pelajar yang pecah perut sebab tak makan tu sebenarnya penerima ptptn, dapat elaun sara hidup, dapat zakat, dapat duit dari kolej...aku heran perkara seperti ini berlaku...samada pelajar tu pecah perut kekurangan makan atau terlebih makan hanya empunya diri saja boleh jawab!

Bawah ini kenyataan dari Kementerian Pendidikan...


KENYATAAN MEDIA 
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

KEBAJIKAN PELAJAR

Baru-baru ini ada beberapa laporan media mengenai pelajar universiti awam yang tiada duit untuk membeli makanan menyebabkan kemudaratan kesihatan. 

Saya memahami bahawa ada pelajar yang malu ataupun tidak pasti di mana untuk mendapatkan bantuan. Ada juga yang menggunakan duit PTPTN untuk membantu keluarga. 

Sehubungan itu, saya telah meminta Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) setiap Universiti Awam untuk meningkatkan usaha dalam mengenalpasti pelajar-pelajar ini dan membantu mereka, serta melaporkan status kebajikan pelajar kepada saya dalam masa terdekat.  

Menjamin kebajikan adalah keutamaan Kementerian dan IPT-IPT sejak dulu lagi  dan sememangnya kesemua pihak telah mengambil beberapa tindakan untuk meringankan beban yang dihadapi termasuk: 

1: Mewujudkan pembiayaan PTPTN, Kad Siswa, dll.  

2: Mewujudkan Tabung Zakat/ Khairat fund/ Tabung Kebajikan. 

3: Mengadakan program bantuan makanan percuma:
>>> food coupons 
>>> pre paid meals
>>> agihan makanan percuma. 
>>> Pay it forward (di mana pelajar membayar untuk 2 makanan tetapi hanya mengambil 1, dengan 1 lagi untuk diambil pelajar yang memerlukannya)

4: Mewujudkan peluang  pekerjaan dalam kampus dengan kadar RM3 hingga RM10/jam (seperti menjadi tutor / bekerja di kafe dll)

5: Bantuan pembiayaan yuran, pakaian & peralatan. 

6: Mewujudkan AJK Kebajikan Pelajar. 

7: Mewujudkan program pembangunan keusahawanan untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menjana dana.

Usaha-usaha kebajikan pelajar dilaksanakan di pelbagai peringkat termasuk oleh Pejabat NC dan TNC, Kolej kediaman, Persatuan perwakilan pelajar, dan kelab-kelab kebajikan. Paling kurang pun pensyarah dan rakan sekelas saya percaya akan membantu sekiranya ada rakan mereka dalam kesusahan. 

Usaha-usaha yang dinyatakan di atas tidak termasuk peluang untuk bekerja sambilan masa di luar kampus. 

Untuk mengelakkan isu pelajar lapar, digalakkan supaya lebih banyak food coupons dan prepaid meals disediakan (seperti konsep "Pay it forward"). 

InshaAllah, melalui pengembelingan tenaga setiap pihak, kebajikan pelajar dapat dijamin.

Assalamualaikum WBT & Salam hormat, 

Dato Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi 

9 Januari 2016

1 comment:

Anonymous said...

Zaman aku dulu dulu, mid 80s bajet makan aku rm3 jer sehari, makan sehari dua kali, biasanya menu aku, nasi 40 sen, sayur 40 sen, lauk 40 sen, total rm 1.20 sekali makan, air kosong masa tu free. Nak jimat lg, makan malam, buat grup makan sesama kengkawan, makan dlm dulang, ikan sekor boleh makan 4 ke 6 org. Bulan puasa buka kat masjid, free. Lapar lapar inbetween, makan biskut ke, roti ke. Itu ler pengalaman aku dulu dulu. Sesekali, layan maggi. Hari hari jalan kaki 4 ke 5 km, pergi-balik kolej. So tu yg slim tu, tinggi aku 1.75, berat 46 kg.
Mana mana student yg susah tu, pandai pandai la bajet sendiri.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA