networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, January 20, 2016

Menjelang Tahun Baru Cina, @SPADChannel Buka Permohonan Bas Tambahan Bagi Menampung Permintaan Musim Perayaan...


Menjelang perayaan Tahun Baru Cina 7 & 8 Februari 2016, Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan iklan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada semua pengusaha bas ekspress untuk menambahkan bilangan bas pada musim puncak..langkah ini dilakukan bagi mengatasi masalah bas 'haram' yang mengangkut penumpang tanpa lesen yang sah..ia juga dapat memastikan keselamatan dan dilindungi undang-undang jikalau berlaku kejadian tidak diingin..

Permohonan lesen LPS ini telah dibuka 12 Jan lalu hingga 5 Februari untuk memberi peluang kepada pengendali menambahkan jumlah bas mereka..selepas kelulusan, pengusaha bas boleh menambah operasi bas ekspress bermula 5 - 14 Februari..permohonan LPS boleh dihantar ke semua pejabat SPAD kecuali Ibu Pejabat...


Penumpang juga diseru untuk mendapatkan tiket bas awal bagi memudahkan perjalan pada musim cuti berkenaan...seperti semua sedia maklum, pihak SPAD telah mengeluarkan satu senarai pembelian tiket bas atas talian yang telah diiktiraf..anda boleh merujuk segala info tentang pembelian tiket atas talian ini di laman web INI...

Pastikan anda tidak membeli tiket dari ulat-ulat tiket untuk mengelakkan kejadian ditipu...semua pembelian tiket perlulah dilakukan dikaunter-kaunter berdaftar..bagi pembelian tiket di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pembelian juga boleh dilakukan di kiosk pembelian tiket..

Apa yang dilakukan oleh pihak SPAD ini adalah untuk memastikan perjalanan anda pulang ke kampung halaman dalam keadaan terkawal dan selamat...


Seperti kebiasaan musim-musim perayaan, pegawai-pegawai SPAD akan mengorbankan musim cuti perayaan untuk membuat pelbagai operasi bagi memastikan pengusaha-pengusaha bas mematuhi segala peraturan yang ditetapkan..antara perkara yang dipantau ialah cukai jalan kenderaa, jumlah penumpang, pemandu bebas alkohol atau dadah, perangkap laju dan sebagainya..kebiasaannya, SPAD akan bekerjasama dengan pihak polis trafik dan JPJ untuk membuat pemantauan lebih-lebih lagi musim perayaan...

Inilah pengorbanan yang kita tidak nampak..tatkala kita bercuti bersama keluarga...anggota penguatkuasa ini bertugas demi keselesaan dan keselamatan penumpang...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA