networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 15, 2016

Pamoga Red Worrior Nak Lawan Persabahatan Dengan JDT...Mungkin Boleh Lawan JDT 2 Atau Datok Vida Lawan Dengan Barcelona Saja...


Besar sungguh cita-cita Datuk Vida ni bila mana pasokan Pamoga Qu Puteh nak lawan friendly dengan JDT...Datuk Vida mahu lawan JDT kononnya dapat naikkan rating Qu Puteh..

Tahukah Dato bahawa JDT dah ada 3 perlawanan untuk perlawanan persahabatan dengan kelab di Thailan...jadi baginmemuaskan hati Datok..mungkin Pamoga boleh lawan JDT 2 atau JDT 3...

Jika masih tidak memuaskan hati Datok..mungkin Datok kena hubungi pasokan Barcelona untuk dijadikan perlawanan pra musim..barulah rating Pamoga Red Worior terkenal di seluruh dunia...

Bawah ni jadual perlawanan perdahabatan JDT...Liga M tahun ni pelik...semua jutawan produk kecantikan berebut nak taja..bagus2!



'Pamoga Qu Puteh TRW' cabar JDT dalam aksi persahabatan
N Faizal Ghazali
15 Jan 2016, petang 5:36
Dikemaskini 15 Jan 2016, petang 6:49


Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016 menjadi gelombang kebangkitan kedua bagi pasukan Kelantan yang kini dikenali dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, gelombang ini akan menjadi signal kepada pasukan gergasi sekarang iaitu JDT untuk memberi saingan terbaik musim ini.

Menurut beliau, Pamoga Qu Puteh TRW akan menjadi pasukan pencabar kepada pasukan-pasukan terbaik terkini selepas ‎melalui kemerosotan musim lalu.



"Melalui ‎penajaan musim ini dan semangat gelombang baru ini diharap bukanlah satu retorik tetapi satu perubahan," katanya ketika berucap di majlis menandatangani kontrak penajaan pasukan Liga Super Kelantan 2016 di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sementara itu, Penasihat Kehormat Kafa, Datuk Seri Hasmiza Othman, menyatakan hasrat untuk bertarung dengan pasukan JDT dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim.

Hasmiza yang juga dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau memilih JDT kerana pasukan itu antara terkuat di Malaysia ketika ini.

"Kita nak tunggu perlawanan sebenar lambat lagi, apa kata kita uji itu Pamoga Qu Puteh TRW sebelum bermula musim 2016 dengan JDT.

"Saya nak lihat macam mana dengan prestasi pemain, tak sabar dah. Kalau boleh biar saya tiup wisel lawan JDT nanti," katanya yang turut disambut sorakan penyokong yang hadir.

Mengulas hasrat Hasmiza, Annuar berkata, hasrat itu adalah kehendak peminat yang mahu menyaksikan pertemuan dua pasukan paling kreatif di Malaysia.

Menurutnya, beliau akan cuba sembah maklum kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan hasrat tersebut.

"Tidak mustahil sebelum mula musim baru kita pertemukan kedua-dua pasukan demi permintaan penyokong.

"Terpulang kepada beliau dan TMJ seorang yang begitu teruja dengan idea-idea untuk memajukan industri bola sepak.

"Kita mengkagumi usaha-usaha yang dilakukan telah menampakkan hasilnya dan kita harap apa yang dibuat oleh kita dan JDT akan turut dibuat oleh pasukan lain," katanya.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA