networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, January 16, 2016

Pro & Kontra Guna Teksi dan Teksi Sapu Atas Talian Seperti #UBER..Informasi Untuk Pengguna!!!


Baru-baru ini Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar telah diwawancara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia dalam slot Teksi - Mengapa Wujud Persaingan Tidak Sihat..sepanjang wawancara itu, beliau telah ditanya tentang pandangan SPAD mengenai perkhidmatan Teksi dan perkhidmatan teksi atas talian seperti Uber & Grab Car..

Kami tidak mengulas apa yang dibicarakan sepanjang sesi wawancara tersebut kerana anda boleh saksikan sendiri video rakaman penuh wawancara tersebut di akhir tulisan ini...cuma kami ingin kongsi pandangan tentang persepsi umum tentang perkhidmatan kedua-dua pengangkutan awam Teksi dan aplikasi atas talian..

Rata-rata masyarakat Malaysia yang berkemampuan untuk mencari perkhidmatan teksi berpuas hati tentang kualiti perkhdmatan yang ditawarkan oleh aplikasi atas talian..bagi golongan masyarakat yang pertengahan kebanyakannya akan setuju dengan penggunaan teksi di negara kita..bagi golongan bawahan dan sedikit pertengahan lebih tertumpu kepada perkhidmatan seperti bas dan tren...bagi yang kerap menggunakan pengangkutan awam, bas dan tren adalah pilihan utama mereka..

Bagi membuat perbandingan antara Teksi dan teksi sapu atas talian ini...kami berpendapat, kedua-dua perkhidmatan ini ada kekurangan dan ada kelebihan tersendiri...

Teksi Sapu Atas Talian (UBER, GrabCar)

Yang pernah menggunakan perkhidmatan ini akan bersetuju dengan kualiti dan keselesaan perkhidmatan ini..yang bersetuju dengan perkhidmatan ini tidak kisah dengan bayaran yang dikenakan..bagi golongan ini masa dan keselesaan adalah lebih utama..apa yang istimewanya teksi sapu atas talian ni?

Teksi Sapu atas talian ini menggunakan kenderaan mewah seperti Honda CR-V, Nissan Teana, Peugeot 508, Toyota Alphard and Toyota Camry, manakala bagi UberX, Perodua MyVi, Toyota Vios dan Nissan Almera..semua kenderaan ini adalah tertakluk kepada pemilik kenderaan tersebut..jika sudah dinamakan kenderaan persendirian, sudah tentu keselesaan seperti bersih, haruman yang selesa, kenderaan yang besar..pendek kata kualiti lebih baiklah daripada teksi biasa...

Namun perlu diingat, jikalau anda baru pertama kali naik janga terkejut dengan harga yang ditawarkan..ia lebih mahal daripada teksi biasa..dan di beberapa negara seperti Belgium, Belanda, Jerman, Thailand dan Vietnam sudah mengharamkan UBER dan Korea sedang mengkaji untuk mengharamkan perkhidmatan ini...


Pernah juga terjadi kes di mana pemandu UBER merogol seorang remaja perempuan di India..boleh rujuk di SINI..kenderaan atas talian ini turut tidak mengikut undang-undang negara kita iaitu :

1) UBER menggunakan kenderaan persendirian dan juga kenderaan yang berdaftar di bawah perkhidmatan limosin "Sewa dan Pandu" 
2) Penggunaan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang yang membayar tambang adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Perkhidmatan seumpama ini lazimnya dikenali sebagai "kereta sapu"...oleh kerana ianya telah ada lebih daripada 70 bandar mungkin masyarakat mengabaikan istilah kereta sapu...namun pelanggan perlu memahami bahawa UBER tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan SPAD... 
3) Kenderaan yang didaftarkan di bawah perkhidmatan "Sewa dan Pandu" di bawah SPAD tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai perkhidmatan teksi atau limosin. 
4) Siasatan SPAD mendapati ada antara pemandu UBER tidak memiliki lesen Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV). Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam 1987. 
5) Kenderaan yang sedang digunakan oleh UBER sekarang tidak dilindungi insurans kenderaan komersil dan mungkin juga tidak melalui pemeriksaan tahunan PUSPAKOM.
Jika hendak katakan aplikasi atas talian ini lebih selesa, kami bersetuju..namun dari segi keselamatan ia tidak dijamin oleh undang-undang Malaysia...

TEKSI 

Perkhidmatan teksi di Malaysia ini sudah tentu dijamin oleh undang-undang di Malaysia...semua pemandu telah mematuhi Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010. Mempunyai lesen PSV dan sentiasa melalui pemeriksaan PUSPAKOM..

Cuma yang membuat pengguna lebih tertumpu kepada perkhidmatan teksi sapu atas talian kerana sikap segelintir pemandu teksi di Malaysia tidak memuaskan hati pengguna..bila naik sahaja teksi, pemandu sentiasa mengutuk kerajaan..ini yang membuatkan penumpang tidak memilih perkhidmatan ini...

Sepatutnya pemandu teksi menjadi agen kerajaan menceritakan kebaikan negara kita..bukannya sebagai egen pemecah belah..

Selain itu, sikap pemandu teksi yang tamak tidak menggunakan meter mengundang kebencian penumpang untuk menggunakan pengangkutan ini...apa tidaknya, di meter tertulis RM 8.00 tetapi dicas RM 20..siapa tidak marah bila ditipu?

Ada kalanya, pemandu teksi menipu bahawa meter mereka rosak...suasana teksi yang tidak selesa juga salah satu aspek mengapa pengguna memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi sapu atas talian...

Pendirian SPAD

Dipihak SPAD, mereka sebagai agen pelaksana yang mana sentiasa mengambil kira kepentingan industri dan pengguna..jika pengguna lebih selesa dengan aplikasi atas talian, pihak SPAD tidak ada halangan asalkan mematuhi undang-undang...

Pengerusi SPAD baru-baru ini turut difitnah kononnya telah mengeluarkan premit UBER sedangkan tiada langsung keputusan dari makmal Teksi dan permit dikeluarkan..tunggulah keputusan makmal..

Dipihak kami, apapun pengangkutan awam jikalau memastikan keselesaan pengguna dan mematuhi undang-undang, kami setuju...berkenaan harga, bila kualiti pengangkutan awam tinggi maka hipotesis mudahnya harga turut tinggi...

Saksikan video rakaman wawancara bersama Pengerusi SPAD di Selamat Pagi Malaysia bertajuk TEKSI: Kenapa Wujud Persaingan Tidak Sihat?


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA