networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, January 12, 2016

Rahsia Proses Penyediaan Makanan McDonald's Yang Perlu Diketahui!!!


Sebelum ini saya telah menulis mengenai rangkaian makanan McDonald's Malaysia sememangnya halal, patuh syariah dan telah diakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...anda boleh baca tulisan kami di SINI...

Pada kali ini kami ingin kongsikan kepada anda mengenai proses penyediaan makanan McDonald's di belakang tabir yang selama ini anda tidak pernah tahu...sebelum berger yang anda makan itu dimasak..ayam dan kentang digoreng..pernahkah anda terfikir apakah proses yang dilakukan oleh pihak McDonald's bagi memastikan setiap keluaran mereka mematuhi kualiti dan patuh syariah...


Lembu dan Ayam merupakan keperluan asas bagi penyediaan makanan di rangkaian McDonald's, jadi pihak McDonald's amat teliti bagi memastikan pembekal daging mereka benar-benar berkelayakan dan diiktiraf halal sahaja..

Pengiktirafan halal untuk pembekal utama daging ini perlulah mendapat pengiktiraf halal di dalam dan luar negara bagi memastikan setiap makanan yang hendak dijual dijamin halal...pengiktirafan halal oleh JAKIM bukanlah satu perkara yang mudah..banyak proses perlu dilalui baik dari mata kasar hingga ke ujian makmal sebelum ia pengiktiran halal diberikan..

Dari daging hinggakan ke produk kopi yang hendak dijual pun perlu mendapat pengiktirafan JAKIM..ini membuktikan betapa McDonald's serius memastikan setiap makanan mereka diiktiraf halal...


MacFood Services (M) Sdn Bhd merupakan pembekal utama McDonald's..keupayaan yang ada pada MacFood yang berpengalaman selama 25 tahun telah meyakinkan kerjasama bersama McDonald's...McFood amat serius dalam aspek halal ni..McFood Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan prodduk halal yang berkualiti tingi..McFood sentiasa menjaga setiap kemudahan yang digunakan untuk memproses bekalan kepada McDonald's mematuhi syarat-syarat halal yang ditetapkan...


Selain pembekal dan pengedar makanan yang diyakini, McDonald's turut memastikan bahawa setiap premisnya sentiasa selesa dan bersih bagi keselesaan pengguna...McDonald's dan JAKIM sentiasa bekerjasama untuk memastikan premis makanan mereka berada dalam keadaan memuaskan..

Antara aspek yang dititik beratkan ialah ruangan penyimpanan makanan, perhidangan, pengendalian, pembungkusan dan sistem saliran pembentungan..apa yang kami tahu, setiap pekerja yang baru menjadi keluarga McDonald's wajib mendapatkan suntikan sebelum boleh bekerja di sini..

McDonald's turut menitik beratkan kualiti keselamatan..setiap makanan sebelum diberi kepada pelanggan perlu dipastikan kualiti makanan tersebut terjaga..semua krew telah dilatih dengan langkah-langkah tersendiri bagi memastikan setiap SOP penyediaan dipatuhi..

Jika boleh McDonald's hendak pastikan tiada aduan daripada pelanggan bahawa makanan mereka telah tercemar..jika berlaku ia adalah satu tamparan besar buat McDonald's..jadi langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap makanan selamat...

Sebelum ini kita tidak pernah tahu betapa rumitnya McDonald's untuk memastikan kualiti makanan mereka mematuhi hukum syariah, bersih, berkualiti dan patuh syariah...sebab itulah kami pertahankan tindakan memboikot itu adalah satu usaha tidak waras..jika anda mengetahui latar belakang McDonald's sebelum sampai ke tangan anda sudah tentu anda turut sama berfikiran seperti kami...

2 comments:

Anonymous said...

X pertikai status halal
Cuma pertikai status sokong yahudi

Truth Seeker said...

How much do you get paid to tell this story?

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA