networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, January 5, 2016

Rangkaian McDonald's Mematuhi Syarat Halal 100% Oleh JAKIM...Mencari Halal Itu Fardhu!



Pada kali ini saya ingin kongsikan mengenai kepentingan umat Islam mencari makanan yang halal..Islam menitik beratkan tentang makanan yang dimakan oleh umatnya..adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mengambil makanan yang halal...

Ia telah digariskan di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)". (Surah al-Baqarah: 168)
Di Malaysia seringkali isu halal menjadi cerita sensasi bilamana tersebarnya cerita kononnya sesuatu makanan itu mengandungi bahan terlarang yang mengandungi lemak haiwan yang haram..berita seperti ini bila tersebar cepat sahaja tersebar..

Jikalau anda masa ingat, rangkaian makanan segera popular di Malaysia tidak terkecuali daripada isu makanan halal ini..pada sekitar tahun 2013, McDonald's telah difitnah bilamana kandungan makanan yang dijual dikatakan mengandungi bahan tidak halal LM 10..

Untuk pengetahuan pembaca, McDonald's amat menitik beratkan penyediaan makanan yang halal dan patuh syariah..dari daging hingga ke sos yang terdapat di rangkaian McDonald's Malaysia sentiasa dikawal rapi untuk memastikan ianya dijamin Halal...

Pihak JAKIM telah mengesahkan bahawa McDonald's adalah halal dan selamat..untuk makluman segala penyediaan makanan di McDonald's telah melalui kawalan yang ketat sebelum ianya disahkan halal...

Rangkaian McDonald's Malaysia merupakan restoran segera yang pertama menerima sijil Halal oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri..McDonald's turut mempunyai Ahli Audit Halal dalaman sendiri yang sentiasa memantau semua proses mematuhi hukum syariah dan sentiasa mengikut standard keperluan sijil Halal...

McDonald's mempunyai dua penasihat syariah yang telah dilantik bagi memastikan kualiti makanan yang dipasarkan McDonald's sentiasa halal..berikut adalah senarai anggota Audit Halal dalaman MdDonald's :
Ahli-ahli Audit Halal dalaman McDonald’s: 
Pengerusi: Wan Mohd Zam Wan Embong, Ahli Lembaga 
 
Wakil Pembelian Bahan Mentah:
Rosedalina Ibrahim, Pengurus Kanan Sumber Strategik 
 
Wakil Pengeluaran/Operasi: Tuan Haji Mohd Nasir Mailok, Pengurus Operasi  
Penasihat Syariah:
Associate Professor Dr. Muhd Fauzi bin Mohamad
Ustaz Khairuddin Malik 
 
Panel Jemputan:
Penasihat Tugasan Khas: Melati Abdul Hai, Pengarah Kanan Pemasaran, Komunikasi & Menu
 
Wakil Kawalan Mutu: Ruth Cheng, Pegawai Kanan Kawalan Mutu
Apa yang dilakukan oleh McDonald's adalah memastikan semua barangan makanan mereka halal dan diyakini tanpa was-was dari semua peringkat penyediaan..

Di peringkat pembekal, McDonald's sentiasa memastikan mereka berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf halal..setiap bahan-bahan tempatan yang diambil dari pembekal akan dipantau secara menyeluruh oleh pihak berkuasa dan diiktiraf oleh JAKIM..pembekal luar negara juga akan melalui proses yang sama..

Pembekal McFood Services (M) Sdn Bhd mempunyai pengalaman
lebih 25 tahun memastikan produk mematuhi Halal

Pembekal utama McDonald's, McFood Services (M) Sdn Bhd yang mempunyai pengalaman luas selama 25 tahun telah bekerjasama dengan pihak antarabangsa bagi memastikan pengiktirafan dua pihak antarabangsa dan tempatan sejajar dengan kehendak JAKIM yang ingin mempastikan semua keperluan disediakan dijamin halal dan patuh syariah...

Betapa McDonald's amat menitik beratkan perkara ini kerana di Malaysia adalah satu perkara wajib bagi mana-mana syarikat makanan untuk memasarkan produk mereka perlu mempunyai sijil halal ..ini merupakan syarat wajib bagi memasarkan produk makanan secara umum kepada umat Islam...mana mungkin jikalau McDonald's mengambil sambil lewa perkara ini.sudah tentu mereka akan menghadapi masalah pemasaran jikalau JAKIM menarik balik sijil Halal yang diiktiraf mereka...

Dipihak kami, ternyata rangkaian McDonald's merupakan sebuah rangkaian yang stabil dan diyakini halal tanpa was-was..

Keyakinan McDonald's terhadap produk mereka halal 100%
Jawapan McDonald's tentang isu mengandungi barang tidak halal LM2010

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA