networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 15, 2016

Respon Ahli Parlimen Dari Johor Terhadap Bengkel TPPA Oleh MITI Memberangsangkan!


Ahli Parlimen dari Johor,  Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid memberi respon positif tentang penganjuran bengkel penerangan Perjanjian Perkongsian Trans - Pasifik (TPPA) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini..

Bengkel seperti ini harus diteruskan memandangkan ianya amat penting bagi memberi penerangan dalam konteks mudah faham mengenai perjanjian ini...TPPA setakat ini dikelirukan ia akan membuatkan negara kita tergadai kepada desakan ekonomi Amerika Syarikat...setakat ini negara jiran Thailand dan Filiphina antara yang berminat untuk menyertai perjanjian ini...

TPP bakal melonjakkan input modal dan teknologi negara serta menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) negara kita...seperti biasa apa sahaja usaha yang akan dilakukan oleh kerajaan pasti mendapat tentangan hebat daripada pakatan pembangkang..

Datuk Ehsan berpendapati usaha MITI ini merupakan inisiatif kerajaan bagi mmberi persiapan kepada wakil rakyat menjawab hujah yang menimbulkan kerisauan sesetengah pihak..

Beliau berkata "bengkel ini membolehkan isu-isu dirungkai dengan lebih jelas dan terperinci malah kefahaman yang lebih baik boleh menolak persepsi negatif dan membolehkan pertimbangan dibuat dengan lebih baik demi kepentingan rakyat dan negara"

Setakat ini, anggota pemimpin pembangkang menyambut baik setiap pandangan mengenai perjanjian ini..perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed..

Mustapa menyatakan bahawa beliau telah menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh pembangkang dengan baik dan ini merupakan satu keadaan yang baik..tanggungjawab MITI memberi penerangan telah dilaksanakan dengan baik dan terpulang kepada mereka untuk sokonh atau tidak...

Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan semakan kehakiman 3 NGO pro pembangkang untuk menghalang kerajaan menandatangani Perjanjian TPPA...ini jelas telah mematahkan usaha kotor 3 NGO, ABIM, UNGGAS dan TERAS...

Pujian harus diberikan kepada MITI kerana berani menganjurkan sesi dialog dengan menjawab segala tuduhan songsang mengenai TPPA..sebelum ini, rundingan mengenai perjanjian ini telah dimuktamadkan pada 5 Oktober 2015 lalu yang mena melibaykan 11 negara termasuk Amerika, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam...

Lihatkan negara-negara ini kita sudah dapat bayangkan betapa TPPA ini memberi manfaat buat negara, jika tidak masakan Brunei yang dilihat negara terbaik oleh sebilangan rakyat bersetuju dengan TPPA...

Apa yang penting di sini ialah perbahasan mengenai TPPA ini akan diteruskan sehingga menandatangani perjanjian TPPA pada 2018...keputusan yang bakal dibuat sebenarnya bukan mudah dan akan mendapatkan maklumat dari semua pihak sebelum sebarang keputusan dibuat...



Bagi mengetahui lebih lanjut tentang TPPA ini boleh download versi PDF di SINI

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA