networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, January 11, 2016

"RM 900,000 Diperuntukkan Bantu Wanita & Ibu Tunggal.." - Datin Paduka Chew Mei Fun



Golongan wanita dan ibu tunggal di negara kita sentiasa dibimbing bagi membangunkan ekonomi golongan ini terutamanya ibu-ibu tunggal...

Sejumlah wang bernilai RM 900,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi membangunkan usaha ini di bawah Program Inkubator Kemahiran IbunTunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita)

Kedua-dua program ini diasaskan untuk memberi kemahiran keusahawanan dalam kalangan wanita dan ibu tunggal...Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datik Paduka Chew Mei Fun menjelaskan, golongan ini akan diberi kemahiran dan latihan keusahawanan di bawah pengawasan rapi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)...

Kedua-dua program ini untuk membantu kaum wanita dan ibu tunggal menjana pendapatan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan agra, pengurusan rumah, rawatan kecantikan dan aktiviti berkaitan pelancongan..

Kami di HE melihat dengan adanya program seumpama ini akan meningkatkan potensi wanita untuk berdikari menjana ekonomi mereka setelah memperolehi pengalaman dalam kursus yang dianjurkan ini..

Setidak-tidaknya ia akan membuka minda para ibu-ibu tunggal bahawa mereka boleh berdikari setelah kematian suami atau penceraian keluarga..

Datin Paduka Chew Mei Fun  berkata sehingga disember 2015, sejunlah 5,058 ibu tunggal mendapat manfaat daripada I-Kit sementara 7,719 wanita dari golongan berpendapatab rendah menerima manfaat daripada I-KeuNita..

Bermacam-macam kaedah telah dilakukan kerajaan untuk menbantu golongan wanita dan ibu tunggal..semuanya sekarang ini terpulang kepada mereka untuk merebut peluang yang telah terhidang...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA