networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, January 3, 2016

"RMK-11 : Misi Kerajaan Ringankan Beban Pendapatan Rakyat Golongan Rendah Dan Sederhana" - @LiowTIongLai


Menteri Pengangkutan merangkan Presiden MCA, Dato' Sri Liow Tiong Lai dalam satu perutusan ringkas sempena tahun baru 2016 mengumumkan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat kepada rakyat bagi meringankan beban kewangan rakyat terus terjaga..

Dalam kenyataan tersebut, Liow menjelaskan rakyat khususnya golongan pertengahan dan bawahan akan mendapat manfaat ekonomi daripada Rancangan Malaysia Ke-11 bermula tahun ini 2016 hingga 2020..

Kerajaan pada hari ini amat menitik beratkan beban sara hidup golongan pertengahan dan bawahan.. Buktinya pada pembentangan Bajet 2016 yang lalu, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diteruskan dengan menaikkan kadar sebanyak RM 50 setiap kategori iaitu :
  1. Senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050.
  2. Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M dinaikkan daripada RM950 kepada RM1,000.
  3. Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, BR1M dinaikkan daripada RM750 kepada RM800
  4. Pemberian sebanyak RM1,000 bagi Skim Khairat Kematian akan diteruskan.
  5. Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas serta berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan dinaikkan daripada RM350 kepada RM400

Bantuan BR1M ini akan dimafaatkan oleh 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang yang meliputi peruntukan sebanyak RM 5.9 bilion. BR1M turut diakui sendiri oleh pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang mana berjanji akan meneruskan BR1M jika menawan Putrajaya...

Ini menunjukkan betapa idea BR1M merupakan satu inisiatif kerajaan membantu golongan rendah dan pertengahan..Pakatan pembangkang seharusnya malu kepada diri sendiri yang dahulunya memperlekehkan pemberian BR1M..Sekarang lain pula ceritanya, pemimpin DAP turut mengambil kesempatan mendaftar dan mengemaskini data penerima BR1M..

Dalam ucapan tersebut juga, DS Liow turut mengingatkan rakyat bahawa menjaga perpaduan kaum yang telah sekian lama terpelihara di negara kita..sebagai rakyat, kita tidak perlu mempunyai pendirian serong kepada satu-satu bangsa tertentu..

Tegas Liow lagi, kita harus mendukung dan menegakkan nilai-nilai penerimaan, penghormatan dan seterusnya menghargai segala pengorbanan para atok moyang kita dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Dalam usaha berterusan tanah air untuk mencapai status negara maju di peringkat global, adalah amat penting bagi kita untuk bukan sahaja mengetepikan perbezaan, malah turut mempertahankan kepelbagaian budaya yang menjadi keunikan negara tercinta ini...

Kerajaan telah melakukan bermacam-macam cara bagi merapatkan jurang ekonomi rakyat dengan banyak memberi tumpuan kepada golongan pertengahan dan bawahan...menaikkan satu tangga kenaikan gaji kakitangan awam, menambahbaik skim perkhidmatan, penetapan gaji permulaan terendah kepada RM 1,200, memberi kadar pencen minimum RM 950 yang meliputi peruntukan sebanyak RM 1.4 bilion..

Apa yang ditegaskan oleh DS Liow amatlah bertepatan memandangkan sekarang ini kos sara hidup meningkat, cukai GST 6% telah dikembalikan semula kepada rakyat yang layak menerimanya melalui metod BR1M dan kenaikan Gaji dan Pencen..

Itupun masih ada pihak yang masih beranggapan kerajaan tidak menjaga rakyat..BR1M pembangkang pun setuju..malah dalam bajet mak jenin pakatan pun ada memasukkan GST dengan pada kadar 0%...apa yang dikutuk pembangkang dahulu GST dan BR1M makan diri mereka semula apabila sekarang mengakui rasionalisasi 2 pendekatan tersebut...jikalau pakatan benar-benar mahu menghapuskan sistem percukaian adalah lebih elok dilakukan di negeri Selangor dan Pulau Pinang..tetapi mereka tidak buat pun...

Berikut adalah teks ucapan DS Liow Tiong Lai sempena tahun baru :

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

PERUTUSAN TAHUN BARU
1 Januari 2016

Di saat 2015 melabuhkan tirai, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengimbau kembali detik setahun yang lalu serta sama-sama mengalu-alukan kedatangan tahun baru.

Tidak dinafikan bahawa tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar buat seluruh warga Malaysia, lebih-lebih dari sudut ekonomi. Kita juga tidak bersendirian di mana seluruh dunia turut berdepan cabaran pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Sedang kita mengorak langkah menuju ke tahun baru, yakinlah bahawa Kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bertujuan untuk meringankan beban kewangan Rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antara inisiatif utama adalah dengan bermulanya pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11, yang dijangka akan memberi kesan positif terhadap ekonomi negara.

Di samping itu, kita sedikit sebanyak turut menerima kesan unsur-unsur perpecahan yang kini kian mengancam perpaduan negara. Dengan dunia berkembang ke arah globalisasi, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghayati nilai-nilai murni yang mencerminkan sifat warga Malaysia.

Kita seharusnya tidak mempunyai pendirian yang serong terhadap satu-satu bangsa, lebih-lebih lagi apabila kita saling hidup dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Sebaliknya, kita harus mendukung dan menegakkan nilai-nilai penerimaan, penghormatan dan seterusnya menghargai segala pengorbanan para atok moyang kita dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Dalam usaha berterusan tanah air untuk mencapai status negara maju di peringkat global, adalah amat penting bagi kita untuk bukan sahaja mengetepikan perbezaan, malah turut mempertahankan kepelbagaian budaya yang menjadi keunikan negara tercinta ini.

Warga Malaysia sekalian, saya berasa bangga di atas semangat ketahanan jitu negara ini walaupun kian berdepan dengan segala cabaran. Marilah kita sama-sama berazam untuk sentiasa berdiri teguh dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang selain turut meraikan segala nikmat yang telah kita kecapi bersama sebagai sebuah negara.

Sudah tentu ramai akan mengambil peluang ini untuk bercuti serta meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan pada hujung minggu yang panjang ini. Pesanan saya kepada semua adalah supaya anda dapatkan rehat yang mencukupi. Sila memandu dengan berhati-hati demi insan tersayang dan pengguna jalan raya yang lain.

Selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Malaysia!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA