networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 22, 2016

TERKINI!!!Tren Tambahan Ke Utara Dirasmi Dengan Harga Promosi 'KAW2'!!!


Sebentar tadi, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah merasmikan perkhidmatan tren tambahan ETS Platinum dan aplikasi KTM Mob Tiket untuk pembelian atas talian..Majlis yang dilangsungkan di KL Sentral itu turut menyaksikan satu lagi kemajuan dalam bidang pengangkutan awam telah tercipta..

Pengenalan tren ini telah memberi peluang kepada rakyat untuk menggunakan perkhidmatan ini bagi laluan dari KL Sentral ke Butterworth atau KL Sentral ke Bukit Mertajam atau KL Sentral ke Nibong Tebal...

Memandangkan ianya baru dilancarkan, pihak KTMB telah membuat promosi harga diskaun bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini...tawaran 25% ditawarkan untuk pembelian tiket dari KL dari 14 - 31 Januari 2016 dan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur untuk tarikh tiket pada 18 hingga 31 Januari...

Boleh rujuk makluman berkenaan syarat dan kadar diskaun bagi perkhidmatan ini seperti di bawah...


Selain melancarkan tren ETS dan tawaran diskaun, Tan Sri Syed turut melancarkan aplikasi KTM MOB Ticket iaitu sebuah perisian pembelian tiket secara atas talian...KTMB Mob Ticket ini boleh digunakan untuk pembelian tiket atas talian bagi perkhidmatana KTM Intercity dan ETS..Anda cuma perlu downloan perisian ini di aplikasi Google Play and Apple Store.

Sedar atau tidak, perkembangan industri pengangkutan awam semakin berkembang pesat..syabas kami ucapkan kepada pihak SPAD yang telah mengepalai industri pengangkutan awam darat ini dengan jayanya...baik dari merancang perkhidmatan yang berkualiti sehingga attitude pemandu teksi..semuanya sentiasa dipantau rapi bagi memberi keselesaan dan meningkatkan kualiti pengangkutan awam!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA