networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 15, 2016

Tips Untuk Siswa Jimat Belanja Guna Pengangkutan Awam!!!SEBARKAN!!!

Sejak kebelakangan ni kita didendangkan dengan kisah simpati mahasiswa tidak cukup makan..ikat petut sehingga pecah perut..namun hasil penelitian mahasiswa berkenaan tidaklah pecah perut seperti dihebohkan..hanya sakit gastrik sejak kecil...

Mahasiswa makan berjimat itu perkara biasa...sejak dahulu lagi kita tahu hidup jadi seorang siswa ini pasti banyak cabaran dan perlu berjimat..makan magie tu perkara biasa bagi siswa...

Kali ini kami ingin kongsikan tips menarik bagaimana untuk berjimat ketika menggunakan pengangkutan awam..saya tidak nafikan siswa yang belajar di universiti bandaraya utama seperti Kuala Lumpur menghadapi kesulitan kerana kosnsara hidup yang tinggi...namun jika tiada perancangan kewangan yang tersusun ianya akan membebankan siswa itu sendiri..

Berkenaan tips untuk jimat belanja pengangkutan awam, tahukah anda bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), melalui RAPID RAIL dan BAS dan KTM telah melancarkan Kad Diskaun potongan 50% bagi pemilik kad ini..

Bagaimana cara nak mohon?

Bagi permohonan untuk RAPID RAIL dan BAS, setiap permohonan boleh dibuat di Stesen LRT Pasar Seni..pembayaran untuk memproses kad ini hanya RM10..pelajar sekolah perlu membawa salinan kad pengenalan manakala siswa perlu membawa kad matrik dan pengesahan dari Universiti..

Setiap permohonan perlu mengisi borang yang boleh didapati di stesen LRT..waktu memohon kad diskaun ini boleh dibuat pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat termasuk hari sabtu dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Pejabat tidak beroperasi pada hari cuti umum.


Bagi perkhidmatan KTM, pihak KTMB telah meluaskan pengunaannkad konsesi untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang yang telah bermula pada 7 Disember 2015..Para pelajar yang menggunakan Perkhdimatan Komuter, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan KTMB i-Card Student dan layak mendapatkan konsesi perjalanan dengan mempamerkan kad ini di kaunter Komuter Lembah Klang sebelum membeli tiket...

Bagaimana mahu membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat di KL Sentral di kaunter 8 & 9, KTM Inter City (antara bandar). Sama seperti Rapid dan bas, setiap pemohon pelajar sekolah perlu membawa kad pengenalan serta sekeping salinan dan surat pengesahan universiti..

Tempoh kad siap lingkungan 10-30 minit sahaja..segala informasi tentang tawaran kad KTM i-Card ini boleh rujuk laman web www.ktmb.com.my atau hubungi 03-22671200 atau twitter @KTMKomuter ...pemegang kad i-Card ini akan menikmati diskaun 50% untuk Komuter dan 40% untuk ETS...

Kerajaan begitu prihatin untuk menangani kos sara hidup golongan siswa ini..naik pengangkutan awam dapat diskaun..bagi siswa yang tidak berkemampuan untuk makan, Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengingatkan semua Universiti atau kolej untuk mengambil berat tentang permasalahan ini...

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi SPAD...rujuk grafik di bawah...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA