networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, January 10, 2016

Usahawan Muda Perlu Persiapkan Diri Sebelum Ambil Alih Perniagaan Keluarga - @WeeKaSiongMP


Kira-kira 200 orang usahawan muda telah menghadiri Seminar Usahawan Muda di Berjaya Waterfront Hotel, Johor..usahawan ini hadir dengan tujuan ingin mendapatkan input kepentingan ilmu mewarisi perniagaan ahli keluarga bagi meneruskan legasi yang dibina datuk nenek moyang mereka...

Mewarisi perniagaan adalah satu tugasan yang amat mencabar dan berisiko sekiranya generasi pewaris ini tidak cekap mengendalikan perniagaan keturunan mereka...mengekalkan margin keuntungan dan produktiviti nampak mudah..tetapi tanpa pengalaman dan ilmu yang cukup perniagaan milik keluarga akan menghadapi masalah...

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong "Golongan muda sekarang tidak menghadapi banyak kesusahan seperti nenek moyang mereka ketika memulakan perniagaan, maka tahap menghargai dan menilai tidak sama seperti ayah mereka", kata Datuk Wee..

Golongan muda sekarang kini terdedah dengan pengaruh sosial yang membuatkan mereka ingin tampil hebat melebihi kemampuan..kehidupan dan hiburan yang melampau akan mengurangkan prestasi kerja mereka..dah banyak kes kita dengar golongan muda sekarang terbeban dengan hutang kad kredit, hutang bank semata-mata mahu tampil bergaya...

Justeru itu, adalah amat relevan golongan muda ini terdedah dengan Program Pewaris ketika Seminar Usahawan Muda..syarikat juga perlu mengkaderkan pekerja dan keturunan mereka lebih awal supaya anak muda ini bersedia menghadapi cabaran lebih besar dalam dunia mewarisi perniagaan keluarga...

Penghargaan seharusnya diberi kepada Secretariat Of The Advancement Of The Malaysian Entreprenurs (SAME) dan Majalah Perniagaan Shang Hai yang sudah berada di pasaran selamat 37 tahun atas keseriusan mereka menjaga golongan ini..

Datuk Wee menyatakan betapa SAME dan Shang Hai amat berminat menubuhkan kelab yang akan turut serta oleh mereka yang mengasaskan perniagaan sebagai platform untuk mereka yang muda dan baru belajar dunia perniagaan menuntut dengan yang lebih berpengalaman...

Datuk Wee turut mencadang untuk mengadakan plan "internship" dimana mereka boleh bersua, berbincang dan bertukar pengalaman bersama rakan yang turut menjadi pewaris perniagaan keluarga...

Berikut ialah gambar sepanjang program berkenaan...



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA