networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, January 22, 2016

@WeeKaSiongMP Nafi Batalkan Biasiswa JPA!!!


Ekoran tersebarnya berita yang mengaitkan Datuk Seri Wee Ka Siong tentang penghapusan pemberian Biasiswa JPA..Datuk Wee tampil menafikan tuduhan tersebut..mesej tersebut tersebar di laman wasap..kandungan mesej tersebut seperti di bawah :
Biasiswa JPA 2016 Dihapuskan dan Dimansuhkan 
Berita sedih buat pelajar yang akan menyambung pelajaran pada sesi 2016 ini. Ini kerana kementerian telah mengesahkan pemberian biasiswa JPA akan dihapuskan dan dimansuhkan bermula tahun 2016 ini.
Perkara ini disahkan sendiri oleh Wee Ka Siong menteri di jabatan perdana menteri.
Biasiswa yang dimansuhkan ini melibatkan penempatan dalam dan luar negara yang mana memberi kesan kepada lebih 700 penempatan pelajar tahun ini.
Pada portal JPA sendiri pun, pautan yang selalu digunakan oleh pelajar untuk memohon JPA telah dibuang.
Perkara ini betul-betul memberi impak dan kesedihan kepada pelajar yang akan menyambung pelajaran sesi 2016 ini.
Disarankan agar semua pelajar dapat membuat inisiatif dengan memohon biasiswa dari kerajaan negeri masing-masing.
Berita terkini yang mengejutkan dan menyedihkan ramai pihak berkenaan biasiswa JPA bagi tahun 2016.
maklumat lanjut: http://www.musadun.com/2016/01/biasiswa-jpa-2016-dihapuskan-dan.html
SEBARKAN KE GROUP LAIN.TQ
Sejurus itu, Datuk Wee menafikan kenyataan tersebut seperti di bawah :
PUTRAJAYA 21 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menghapuskan dan memansuhkan program biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Presiden MCA menyelar tindakan pihak-pihak yang menyebarkan fitnah tersebut menerusi media sosial seperti WhatsApp dan laman blog. 

"Saya tidak pernah cakap kerajaan menghapuskan biasiswa JPA, bila masa pernah saya cakap, apa yang disebarkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sebaran ini sengaja dilakukan untuk menambahkan panik rakyat terhadap kerajaan...setakat ini tidak ada arahan rasmi hitam putih dikeluarkan untuk membatalkan biasiswa berkenaan..orang Malaysia ni lebih mudah percaya sumber wasap berbanding surat yang mempunyai kepala surat...hairan sungguh!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA