networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, January 21, 2016

WOW!!!FELDA Lantik Encorp Bukit Katil Sdn Bhd. Untuk Projek RM 3.2 Billion?


FELDA melebarkan sayap dalam bidang hartanah apabila membangunkan projek perbandaran bersepadu di Bukit Katil Melaka..selain projek ini, FELDA turut merancang untuk membangunkan projek berkaitan hartanah di Pulau Indah Klang dan Bukit Cerakah Shah Alam..perkembangan ini merupakan satu lagi petanda pengukuhan FELDA dalam bidang ini..

FELDA kini boleh dikatakan sebuah syarikat yang kaya dengan aset tanah di negara ini...Pastinya akan ada pihak yang tidak senang dengan perkembangan yang amat menguntungkan...lihat sahaja bagaimana Tanah TRX dispin sehingga menggagalkan pelaburan jangka panjang 1MDB..

Bagi melancarkan perjalanan projek ini, FELDA telah melantik Encorp Bukit Katil Sdn Bhd sebagai pemaju induk perbandaran bercampur yang mana melibatkan pembinaan unit kediaman dan komersial bernilai RM 3.2 billion..

Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad bekata pada sidang berkenaan "Kami sudah kenal pasti beberapa kawasan, dimulakan dengan Bukit Katil dulu, yang lain akan menyusul, terutama dari segi pembangunan hartanah kawasan FELDA seluruh negara,"..

Projek ini merupakan sebuah projek jangka panjang yang bakal memberi pulangan lumayan buat FELDA...ketiga-tiga lokasi ini akan dibangunkan secara tiga peringkat yang akan memakan masa 14 tahun ...

Projek ini pastinya bukan suatu yang membazir..sekarang ini pun ramai warga kota mencari perumahan di sekitar Negeri Sembilan dan beranggapan Negeri Sembilan lokasi strategik..dengan membangunnya projek ini, ianya akan menambah lagi peluang pemilikan rumah memandangkan Melaka merupa satu negeri yang amat strategik dengan kegiatan pelancongan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA