networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 1, 2016

Bas Henti-Henti BNR : @SPADChannel Susun Semula 7 Laluan Bermula Hari Ini 1 Februari 2016...


Sebelum ini kami ada menulis tentang perancangan strategik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mahu menambahbaik sistem bas henti-henti BNR menjelang 2016..Kami ada menulis berkenaan artikel BNR ini seperti berikut :
  1. 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penyusunan Semula Laluan Henti-Henti..
  2. Penyusunan Semula Laluan Bas Henti-Henti - @SPADChannel Edar Risalah Beri Informasi Kepada Pengguna..
  3. Laluan Bas Henti-Henti Di KL-Lembah Klang Disusun Semula Bagi Meningkatkan Kualiti Pengangkutan Awam.
  4. @SPADChannel Pastikan Kekangan Sistem Bas Henti-Henti (BNR) Diatasi Menjelang 2016!
Seperti yang dijanjikan SPAD telah menyusun semula 7 laluan bas yang mempunyai jumlah permintaan yang tinggi. Pengendali bas RapidKL dan Nadi Putra telah mengambil alih 7 laluan bas koridor Sungai Besi dan koridor Jalan Klang Lama darpada Mentrobus berkuatkuasa hari ini 1 Februari 2016...

Penyusunan semula laluan ini bagi menampung permintaan tinggi dua koridor Sungai Besi dan Koridor Jalan Klang Lama...7 laluan yang mengalami penambahbaikkan iaitu :
  1. Laluan 523 (Dengkil - IOI City Mall melalui Putrajaya / Cyberjaya)
  2. Laluan 608 (IOI Mall Puchong -  Dengkil melalui Pulau Meranti)
  3. Laluan 541 (Pasar Borong Selangor - IOI Mall Puchong)
  4. Laluan 671 (Flat Enggang Kinrara - HAB Pasar Seni)
  5. Laluan T570 (UPM - KTM Serdang melalui Serdang Jaya)
  6. Laluan T601 (Puching Prima - Saujana Puchong Utama)
  7. Laluan 670 (PPR Muhibbah - HAB Pasar Seni)
Penjelasan secara terperinci boleh rujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPAD seperti di bawah..





Perubahan ini menunjukkan betapa SPAD amat fleksibal terhadap permintaan pengguna bagi memastikan setiap perkhidmatan menjanjikan kepuasan pengguna..jika ada sebarang aduan anda boleh menghantar emel kepada aduan@spad.gov.my atau tweet kepada @AduanSPAD..

SPAD telah menunaikan janji mereka akan menambahbaikkan sistem BNR ini pada 2016...semua ini adalah hasil maklum balas pengguna terhadap perkhidmatan ini...sebab itu kami menafikan tuduhan yang mengatakan SPAD tidak mendengar keluh resah pengguna..perlu diketahui bahawa SPAD sentiasa menjaga kebajikan semua pihak dalam industri pengangkutan awam darat di Malaysia...pengguna, pengendali, pemandu teksi semuanya akan dinilai dengan rasional oleh SPAD sebelum membuat sebarang keputusan...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA