networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, February 24, 2016

Boikot McDonald's Ibarat Menafikan Hak Golongan Yang Memerlukan!!!!

Sepertimana yang telah kami nyatakan dalam entry sebelum ini, McDonald's bukan hanya bermatlamatkan keuntungan tetapi disebalik itu, mereka mengutamakan khidmat sosial untuk berbakti kepada masyarakat..

Dalam 3 artikel kami sebelum ini, telah kami ceritakan bahawa McDonald' amat prihatin dalam memberi bantuan kepada kanak-kanak mengalami masalah sumbing [SINI], bina rumah kebajikan Ronald untuk memberi kemudahan kepada ibu bapa dari luar Kuala Lumpur ketika anak mereka menerima rawatan [SINI] dan membina rumah sensori membantu kanak-kanak menghadapi masalah perkembangan kognitif [SINI]

Ketiga-tiga sumbangan McDonald's di atas hanyalah sebahagian sahaja sumbangan mereka kepada masyarakat..kali ini kami ingin kongsi kerja amal McDonald's kepada masyarakat setempat yang selama ini mungkin anda tidak tahu...

Tabung Charities Ronald McDonald House (RMHC)
Pernahkah anda terlihat tabung seperti di atas ini di meja-meja kaunter McDonald's?untuk pengetahuan anda ini adalah tabung kebajikan sumbangan ikhlas masyarakat untuk tujuan Charities Ronald McDonald House (RMHC)..sebenarnya suara yang memboikot McDonald's hanya golongan minoriti yang beremosi..disebalik cerita kes memboikot itu, ramai lagi masyarakat Malaysia yang prihatin dengan usaha yang dilakukan McDonald's. Buktinya pada tahun 2015 sahaja, jumlah kutipan tabung tersebut berjumlah RM 813,440..

Hasil sumbangan tersebut telah disaluran kepada RMHC dan inisiatif bantuan Banjir dan gempa bumi Sabah...bantuan ini perlu dihebohkan supaya lebih ramai akan buka mata mereka tentang usaha-usaha murni McDonald's kepada masyarakat...

Bantuan mangsa banjir Pantai Timur

Bantuan mangsa banjir Pantai Timur
Tahukah anda bahawa McDonald's sebenarnya telah terlibat secara langsung dalam usaha membantu mangsa banjir besar yang melanda pantai timur pada awal tahun lalu..sejumlah RM 425,000 telah disalurkan untuk membantu mangsa banjir di sana..sumbangan yang disalurkan McDonald's ini adalah dari kutipan RMHC pada bulan Jan dan Fen 2015...

Dana yang dikeluarkan ini bertujuan untuk membina semula 34 sekolah  (membina laluan pejalan kaki baru, surau dan juga untuk membeli kerusi baru, meja dan komputer) yang rosak akibat banjir..lokasi bantuan ini meliputi daerah Kuala Kerai, Manik Urai dan Dabong di Kelantan, dan Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu di Terengganu.

Tabung RM 100,000 Gempa Bumi Sabah
Kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu, Sabah benar-benar mengejutkan negara..ia merupakan bencana pertama kali berlaku di gunung tertinggi negara itu..melihat akan perkara ini, McDonald's telah menghantar bantuan sejumlah RM 100,000..bantuan tersebut bertujuan untuk meringankan beban keluarga empat pemandu arah yang terkorban dan tiga buah sekolah di Ranau yang terjejas akibat bencana tersebut..

Sumbangan ini diperolehi melalui jualan air sejuk beku dan tabung derma..apakah ini kita mahu mengatakan McDonald's harus diboikot?janganlah jadi pihak yang mementingkan diri sendiri..kerana emosi dan nafsu buas agensi yang tidak berdosa menjadi mangsa fitnah..

Hari Sarapan Negara
Selain itu, bagi menyahut seruan hari sarapan negara McDonald's telah menyumbangkan sebanyak 230,000 McMuffins Egg untuk rakyat Malaysia di seluruh negara yang bangun awal pagi pada 13 April 2015..pada hari berkenaan juga McDonald's turut memberi sarapan kepada 11,650 orang guru sebagai penghargaan kepada golongan pendidik yang bertngkus lumus mendidik kanak-kanak di negara ini..

Hari Sarapan Negara
Orang ramai beratur untuk mendapatkan McMuffins Egg ketika hari Sarapan negara..
Hari Sarapan Negara
Golongan pendidik turut dirai pada hari sarapan negara..biarpun hanya sarapan tetapi ia menunjukkan betapa McDonald's menghargai golongan pendidik yang memberi didikan kepada kanak-kanak di negara ini..
Hari Sarapan Negara

Moreh di Masjid pada Bulan Ramadhan
Setiap seminggu sekali, sebanyak 265 buah restoran McDonald's telah menyediakan hidangan moreh selepas sembahyang terawikh pada bulan Ramadhan..pemberian juadah ini sebagai salah satu cara McDonald's menyumbang semula kepada masyarakat.Program ini merupakan kali kedua telah dianjurkan McDonald's

Moreh di Masjid pada Bulan Ramadhan

Bantuan baju raya dan berbuka puasa bersama kanak-kanak sekolah
Dalam usaha memberikan senyuman buat kanak-kanak menjelang hari raya, McDonald's telah memilih pelajar dari sekolah-sekolah terpilih untuk membeli pakaian Hari Raya Aidil Fitri dan berbuka puasa bersama di restoran McDonald's..semua ini dilakukan bagi memberikan sedikit kegembiraan buat anak-anak yang dipilih..

Membeli pakaian raya untuk kanak-kanak terpilih

Sambutan Hari Guru
McDonald's turut meraikan samburan hari Guru bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak pelajar..Guru-guru dari 25 buah sekolah telah dijemput ke restoran untuk aktiviti yang menyeronokkan dan dijamu dengan hidangan McDonald's..selain itu, McDonal's turut memberi kupon McChicken kepada guru-guru yang dipilih sempena sambutan Hari Guru...

Banyak sumbangan McDonald's kepada masyarakat yang telah diberikan, baik dari kanak-kanak istimewa sehinggakan mangsa bencana..McDonald's pasti akan melibatkan diri dalam sumbangan bakti kepada masyarakat di Malaysia..sebab itu kami kataka golongan yang momboikot McDonald's ibarat menafikan hak golongan yang memerlukan...kami mendoakan agar McDonald's terus maju dan dapat berbakti kepada masyarakat...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA