networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 8, 2016

DS @LiowTiongLai Turun Padang Beri Cenderahati Kepada Penumpang KTMB Sempena #CNY2016


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 25% - 30% untuk perkhidmatan ETS Butterworth - KL Sentral bermula 5 - 15 Februari 2016 sempena musim perayaan Tahun Baru Cina..ia disahkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai sempena lawatan kerja mengedar cenderahati kepada penumpang KTM Berhad di KL Sentral baru-baru ini...

Pemberian cenderahati ini merupakan tradisi tahunan dengan mengedarkan pek cenderahati kepada pengguna tren KTM Berhad di Stesen KL Sentral..ia dilaksanakan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada penumpang yang sentiasa menyokong dan menggunakan Tren KTMB..

Pemikiran rakyat negara kita sudah mencapai satu tahap sebagaimana di negara maju seperti Jepun yang mana mengamalkan penggunaan kenderaan awam tren untuk ke pulang ke kampung mahupun bekerja setiap hari..buktinya, pada tahun ini jumlah jualan tiket mencatatkan peningkatan jumlah tertinggi iaitu 223,800 tiket yang melibatkan penggunaan perkhidmatan Intercity dan ETS...

Pada majlis berkenaan, sebanyak 1,500 pek cenderahati telah diberikan kepada semua penumpang KTMB yang mana dipecahkan kepada 2 bahagian...1,000 pek cenderahati diedarkan kepada penumpang KTM Intercity dan ETS manakal 500 pek cenderahati lagi diberikan kepada penumpang KTM Komuter.. 

Dato' Sri Liow berkata pada majlis tersebut, perngangkutan awam di Malaysia sudah banyak berubah jika hendak dibandingkan dahulu..Apa yang diinginkan oleh setiap penumpang seperti ketepatan masa, masa meninggu disingkatkan dan perkhidmatan yang cepat dan selesa telah berjaya ditawarkan oleh KTMB..

Liow turut menyeru agar perkara ini dihebahkan agar lebih ramai tahu perubahan yang telah dialami oleh pengangkutan awam di Malaysia...benda baik seperti ini seharusnya dihebahkan...salah satu ciri negara maju ialah jaringan pengangkutan awamnya yang berkualiti dan Malaysia kini dalam landasan yang betul ke arah kemajuan pengangkutan awam..

Kami di sini ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain industri pengangkutan awam di Malaysia atas usaha keras memajukan industri pengangkutan awam di Malaysia...di bawah ini kami kongsikan senarai harga diskaun yang ditawarkan KTMB untuk perkhidmatan ETS sempena Tahun Baru Cina...


Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakam semasa majlis pemberian cenderahati baru-baru ini..





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA