networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, February 19, 2016

FELDA Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Penagih Dadah Di Sektor Peladangan!Langkah Terpuji Harus Dilakukan Semua Sektor Pekerjaan!

Gambar Sekadar Hiasan
Hal tentang pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous dan Difficult) kerap dibicarakan sejak kebelakangan ini..ia menjadi perbicaraan hangat kerana cadangan membawa sejumlah 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh untuk mengisi kekosongan di sektor 3D..

Bila hal ini menjadi viral, ramai pula pakar-pakar facebook nak jadi pegawai sumber manusia..sebenarnya permintaan untuk sektor ini memang dari dulu lagi tidak mendapat sambutan dari orang tempatan..ramai orang tidak mahu berkecimpung dalam sektor 3D atas alasan gaji kecil, malu, aib, kotor, kerja penat...

Umpamanya, dalam sektor peladangan FELDA atau FGV memerlukan 10,000 pekerja untuk mengisi kekosongan kerja di ladang sawit milik mereka..apa yang dilakukan FELDA, mereka setakat ini tidak bercadang membawa pekerja Bangladesh tetapi membuka peluang kepada bekas penagih dadah yang menjalani latihan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melalui Program Oil Palm For Life (OPAL).

Melalui program OPAL, seramai 1,000 pelatih bakal mengisi kekosongan di ladang sawit milik FELDA namun ianya masih tidak mencukupi untuk mengisi kekosongan sebanyak 10,000 orang...mengenai program OPAL ini, semua pekerja akan diikat kontrak selama 2 tahun dengan kadar gaji minimum RM 900..semua peserta ini akan diberi asrama dan kenderaan ulang alik untuk ke tempat kerja..jumlah 1,000 ini adalah perintis kepada program OPAL untuk sebelum memikirkan rancangan lanjutan mengenai program ini..

Berkenaan program OPAL, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata pengambilan OPAL ini dilakukan secara berperingkat yang mana akan ditempatkan di 20 ladang milik FELDA dan FGV..

“Kumpulan pertama membabitkan 50 bekas pelatih akan di tempatkan di ladang FELDA Serting, Negeri Sembilan bermula Mac ini” kata Datuk Razali Ibrahim.

Walaubagaimana pun Datuk Razali sempat juga menyatakan mereka mereka ini akan di pantau dan diselia oleh AADK.

Langkah ini adalah amat proaktif kerana amat jarang sesebuah industri mahupun sektor pekerjaan untuk menerima bekas penagih dadah bekerja di tempat mereka..golongan ini akan terus disisihkan masyarakat dek kerana persepsi songsang masyarakat yang sentiasa beranggapan penagih dadah akan kekal sampai bila-bila..sebab tekanan masyarakat sekeliling nilah yang membuatkan golongan ini akan terlibat kembali ke zaman gelap mereka..

Apapun tahniah kepada FELDA dan AADK yang telah memberi sinar harapan buat golongan penagih dadah!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA