networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, February 16, 2016

Gambar & Fakta Menarik Tentang Rumah Ronald McDonald PPUKM yang Perlu Anda Tahu!!Sebarkan!


Seperti yang dijanjikan dalam entry kami sebelum ini di SINI..kali ini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang usaha McDonald's menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat..entry sebelum ini telah menceritakan satu saha McDonald's untuk mengambilakan senyuman kanak-kanak Sumbing melalui program "Gift Of Smile"..

Kali ini kami ingin menceritakan lanjut mengenai bagaiman The Charities Ronald McDonald House Malaysia (RMHC Malaysia) beroperasi bagi menjaga kebajikan masyarakat. RMHC ditubuhkan bagi menjaga dan memberi sokongan demi kesejahteraan kanak-kanak melalui konteks Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan...

Video pendek di bawah menceritakan secara umum sumbangan McDonald malalui RMHC :


Keuntungan McDonald's dan sumbangan masyarakat merupakan tonggak utama bagi meneruskan usaha murni RMHC untuk terus berbakti kepada masyarakat..Badan amal RMHC memfokuskan kepada empat teras utama iaitu "Ronald McDonald Gift Of Smile" (telah diterangkan pada artikel sebelum ini di SINI, keduanya ialah Rumah McDonald (RMH), ketiga "Ronald McDonald Sensory Room dan "Ronalds McDonald Scholarship Programme"

Rumah McDonald (RMH)

Rumah RMH ini terletak di Pusat Perubatan UKM (PPUKM), Cheras. Ia telah ditubuhkan pada 1999 yang mana merupakan rumah pertama di rantau Asia Tenggara. Rumah banglo ini mengandungi 19 buah bilik. Tujuan utama pembinaan rumah ini adalah sebagai tempat tinggal sementara bagi keluarga yang tinggal diluar Kuala Lumpur sementara menunggu anak mereka dirawat..Menariknya di sini, RMHC hanya mengenakan cas serendah RM 5.00 untuk semalam..

Konsep ini dinamakan "Home Away From Home". Sehingga setakat ini, lebih 600 buah keluarga kurang berkemampuan telah menggunakan kemudahan ini ketika menunggu anak mereka menerima rawatan...menariknya di sini setiap kemudahan yang terdapat dalam rumah ini adalah bantuan derma dari orang ramai dan McDonal's..

Di bawah ini adalah beberapa keping gambar suasana di RMHC :










Memang sungguh ceria suasana di RMHC ini..bagi kami, kongsep ini diibaratkan sebagai satu konsep rumah homestay mewah yang menjanjikan kemudahan yang lengkap dan ceria..dengan harga yang berpatutan ia membuktikan betapa McDonal'd amat peka dengan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat..

Itu pun masih ada yang melabelkan McDonald's adalah agen yahudi untuk menghancurkan bumi gaza..penerangan demi penerangan telah dibuat..pasti ramai akan buka mata betapa McDonald's bukan hanya sebuah perniagaan makanan tetapi memberikan kemudahan bantuan khidmat sosial yang sangat baik..

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Rumah RMHC ini, anda boleh menghubungi 03 9173 5994 untuk keterangan lanjut..rumah ini dibuka 24 jam dan 365 hari setahun...

Dapatkan Buletin mengenai RMHC di SINI...

Kami telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai "Ronald McDonald Gift Of Smile" dan Rumah McDonald (RMH)..untuk entry akan datang kami akan kongsikan 2 lagi komponen RMH iaitu "Ronald McDonald Sensory Room dan "Ronalds McDonald Scholarship Programme"

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA