networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 22, 2016

Gara-Gara Bersalaman Isteri Safiq Rahim, TMJ Dikutuk Namun Tetap Steady Menjawab Tohmahan!


Gara-gara isteri Syafik Rahim bersalaman dengan TMJ, maka ramailah haters cuba menjadi ustaz menasihatkan TMJ agar memakai sarung tangan berlapik untuk bersalaman dengan perempun lain..bila mana ramai mengkritik tindakan itu, TMJ telah tampil dengan kenyataan hanya Allah berhak menilainya dengan tulisan seperti berikut :

HANYA ALLAH SAHAJA BOLEH MENILAI SAYA

Saya dimaklumkan oleh laman rasmi kelab yang terdapat banyak komen negatif berkenaan bagaimana isteri Safiq Rahim bersalaman dengan saya. Terdapat beberapa individu yang cuba untuk menjadi Ustaz atau Mufti negeri di laman facebook. Bagi saya, apabila berkaitan agama, kita tidaklah semulia Rasul dan ALLAH S.W.T. Oleh itu hanya ALLAH S.W.T yang boleh menilai kita dan bukannya kita sesama manusia. Hanya ALLAH S.W.T boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka. Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil. Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian. Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada Al-Quran. Walaupun saya dilahirkan untuk menjadi Raja, saya juga hanya seorang manusia. Saya tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada ALLAH S.W.T akan menerima anda atau sebaliknya. Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan. 

Beri saya peluang untuk memberi pendapat ikhlas saya kepada sesetengah hipokrit yang sudah terbiasa dengan budaya bermuka muka sesetengah orang di dalam hidup anda. Saya seorang Muslim dan agama suci Islam adalah lebih utama daripada saya. Saya akui yang saya bukan pakar tetapi apabila ia berkaitan dengan agama Islam, satu perkara yang saya percaya adalah ALLAH S.W.T akan memberkati anda, jika anda mempunyai hati yang baik, amanah, jujur, bantu-membantu dan menghormati orang lain. Terdapat banyak mazhab di dalam Islam. Siapa kita untuk mengatakan siapa antara kita akan ke syurga? Siapa kita untuk mengatakan yang Islam kita atau islam mazhab lain adalah yang betul. Bagi saya, saya lebih suka untuk berpegang dengan apa yang telah diajar sejak saya kecil dan sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran. Saya juga akan berpegang kepada adat dan tradisi Melayu Johor saya kerana saya dilahirkan sebagai seorang Melayu Bangsa Johor. Jika ada sebahagian dari anda yang mahu menjadi orang Arab dengan budaya mereka dan tidak ingin mengikut adat Melayu dan tradisi, terpulang kepada anda. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan bukan seseorang hipokrit, dan rakyat saya tahu siapa raja mereka sebenarnya. Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar. Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri. Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi diri sendiri dan setelus yang boleh dengan rakyat saya dan tidak bersikap hipokrit. Kerana saya sudah banyak kali mengatakan bahawa saya lebih rela dibenci kerana bersikap jujur dan menjadi diri sendiri daripada hidup disayangi dengan penuh kepalsuan dan hipokrit.

Saya menghormati pilihan anda walaupun saya pelik mengapa orang Malaysia terutamanya orang Melayu begitu mudah terpengaruh? Jawapannya mudah. Pendidikan. Pendidikan membolehkan kita melihat dunia secara berbeza. Pendidikan memberikan kita ilmu untuk mematuhi prinsip-prinsip dan polisi dalam kehidupan. Saya tidak mempunyai hak untuk memberitahu anda apa yang perlu dipercayai atau diikuti dan semua itu adalah pendapat saya secara jujur iaitu kita tidak harus cuba untuk menjadi lebih bijak daripada Al-Quran. Apa yang kita perlu tahu adalah perkara asas. Untuk sekalian rakyat Johor jadilah seorang Muslim, tetapi bukan dengan begitu taksub. Jadi seorang Muslim dengan menghormati satu sama lain. Johor mempunyai tradisi sendiri dan budaya, dan begitu juga dengan negeri-negeri lain. Kita semua berbeza. Berbeza dalam ajaran Islam, berbeza dalam agama agama yang lain dan berbeza puak etnik. Menuding jari dan menilai satu sama lain tidak akan menjadikan negara ini tempat yang lebih baik. Kita tidak sepatutnya mempunyai kebencian dalam hati kita. Adakah anda tahu bagaimana kita boleh jadikan negara ini tempat yang lebih baik dan hidup dalam suasana harmoni? Mudah, mendidik diri anda dan menghormati antara satu sama lain. Hidup Johor, ALLAH Peliharakan Sultan dan Negeri Johor.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Gambar Kontroversi di bawah:




Pada suatu ketika di Padang Seri Gelam. Perkara yang aneh telah berlaku sebentar tadi.----A very unusual incident happened at Padang Seri Gelam some time ago.
Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, 22 February 2016

2 comments:

Anonymous said...

aku rasa geli la bila TMJ bercakap soal kemanusiaa, kejujuran, dosa, pahala, jujur ikhlas segala bagai ..
semua menteri dia tibai, ustaz dia tibai, orang awam dia tibai , bila bercakap demi rakyat, wang rakyat kuasa rakyat , perghhh..

dia tak sedar ke keturunan dia macamana? bapak dia, datuk dia , keluarga dia macamana? siapa sultan yang pernah bunuh rakyat hambat dengan kayu golf? siapa yang pernah suruh seorang pegawai tentera berenang ketengah laut suruh kapal tentera slow gara2 cucu dia kena ombak dipantai ?
produk apa sultan johor ada hingga kaya raya? kilang apa istana johor ada hingga anak cucu tak payah kerja duit melimpah masuk?

hanya atas nama sultan, konon berkuasa berdaulat , turun temurun perintah negeri tanpa tanding, hanya perlu buka mulut bisnes pun dapat, kontrak pun dia pulun, teluskah? jujur ? dosa pahala ? kemanusiaan ?

belum masuk kisah perilaku bertukar pasangan, GF sana sini, simpan scandal sana sini , kalau nak cerita kisah kesultanan johor 10 buku boleh tulis, TMJ tak pernah belajar sejarah keluarga dia ke ?

mengata dulang paku serpih ..perasan diri baik !!

Anonymous said...

Salam, saya setuju & sokong posting anon 10.25 am atas.
TMJ tu tak sedar diri.. nak bohong lah konon dtgh2 masyarakat Melayu yg diajar cuba hormati institusi Raja. tp jangan bohong rakyat dan buat org2 Johor yg taksub sgt dgn Tengku Mahkota anda tu.. sudah2lah.. kenalilah siapa dia.. malas nk cerita aib org.. tp dh ade aib jgn berlagak mcm tok wali pulak yer..

Negeri lai pun ada Sultan dan Raja yang baik dan berbudi bahasa seperti Sultan Kedah, Sultan Terengganu, Sultan Perak, Raja Perlis.. mereka tak brlagak angkuh sombong dgn tunjuk kuasa tau kekayaan atau samseng mcm negeri Johor tu.

So. better duduk diam lah TMJ tu dr lg byk aib dia dan keluarga ayah an atoknya tu terbongkar semula..

Kes Prebet Adam adalah lambang kezaliman lampau. malu lah sama dgn Tuhan Yang Maha Esa wahai TMJ!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA