networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, February 17, 2016

#IsuBauksit : Kementerian Pengangkutan Bertindak Baru Selesai Masalah...Syabas!


Selepas sebulan Kementerian Pengangkutan mengambil langkah untuk mengkaji semula pengangkutan yang selayaknya digunakan untuk mengangkut bauksit, akhirnya satu kata putus telah diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seti Liow Tiong Lai yang mana hanya lori jenis paka sahaja dibenarkan diguna untuk mengangkut bauksit..sekarang ini semua operasi bauksit dihentikan 3 bulan oleh kabinet..

Bulan lepas, isu bauksit ini menarik perhatian masyarakat apabila memberi kesan pencemaran yang teruk yang mana tiada pengawalan tegas dari pihak berkuasa...apabila JPJ dan SPAD bertindak, mereka pindahkan operasi kepada waktu malam..

Melalui pengumumkan Liow Tiong Lai, semua lori paka perlu didaftakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...keputusan ini telah disambut baik oleh semua pengusaha pengengkutan bauksit di Pahang tanpa sebarang bantahan..

Arahan ini akan berkuatkuasa selepas tempoh moratorim berakhir April ini...lepas ini tiadalah lori hantu yang beroperasi secara haram untuk mengangkut bauksit...setiap lori paka perlulah berdaftar dengan JPJ..para kontraktor perlu melaporkan jumlah lori yang akan digunakan..ini penting bagi mengekang operasi secara haram..


Selain itu, DS Liow Tiong Lai turut memberi jaminan bagawa Kementerian Pengangkutan akan memantau ketat pergerakan proses bauksit ini supaya tiada bauksit disimpan di Pelabuhan Kuantan selepas eksport bauksit berjalan..ini penting bagi mengelakkan sebarang pencemaran laut berulang lagi..

Apa yang dilakukan Kementerian Pengangkutan ini adalah keputusan yang tepat...menggunakan lori Paka yang berdaftar..pemantauan berterusan untuk semua pengusaha dan tidak dibenarkan sama sekali menyimpan bauksit di pelabuhan...

Soalnya sekarang, apa tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan..isu dikawasan dia..apa yang dia lakukan untuk selesaikan masalah ni?jangan hanya tahu mencerca tapi tiada langsung tindakan dibuat!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA