networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, February 19, 2016

Kementerian Pendidikan & Kementerian Pengangkutan Rancang Tambahbaik Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) Disekolah!


Semalam telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Dato' Sri Liow Tiong Lai.

Dalam majlis berkenaaan, turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Senator Tuan Chong Sin Woon, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, YB Daruk Seri Hj. Saripuddin Hj Kasim, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), YB Profesor Dr. Wong Shaw Voon dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), YB En. Abd Ghafar Yusof..

Sekarang ini pelajar akan mempelajari modul pendidikan keselamatan jalan raya ketika waktu Bahasa Melayu dan jikalau penambahbaikkan ini hendak dilakukan bagi kami adalah lebih elok keutamaan ini diberikan kepada subjek Sivik dan Kewarganegaraan..Modul Pendidkkan Keselamatan Jalan Raya boleh dimasukkan dalam salah satu bab silibus Sivik..

Ketika berucap merasmikan Projek semakan semula modul ini, Dato' Sri Liow Tiong Lai berkata lebih daripada 300,000 pemandu baru telah didaftar pada tahun 2015 mengikut rekod JPJ..

Kadar pemandu baru ini turut meningkatkan jumlah kemalanhan pada tahun 2015..pada tahun 2015, jumlah kemalangan telah meningkat kepada 489,606 berbandinh 476,196 pada tahun sebelumnya..jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya juga membimbanhkan apabila turut mencatatkan peningkatan kepada 6,706 berbanding 6,674 pada tahun 2014..ini bermakna purata kematian di negara ini melibatkan kematian di jalan raya ialah 18 orang setiap hari..

Bari merialisasikan hasrat penambahbaikkan modul ini, kerajaan telah memperuntukkan RM 42 juta dibawah RMK11 untuk Projek Semakan dan Pembangunan semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)..peruntukan yang besar ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan ingin mengurangkan kadar kemalangan di negada kita..kemalangan boleh dicegar jikalau semua pemandu mempunyai asas dan kesedaran sivik tentang jalan raya..

Penambahbaikkan ini bukan suka-suka dilakukan..ianya telah melibatkan banyak pihak dalam membuat kajian terperinci..umpamaya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengeluarkan hasil kajiannya, pada tahun 2015 sahaja, jumlah kos kerugian keseluruhan bagi kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah RM 8.6 billion. Kos tersebut meliputi kematian, cedera parah dan ringan. Lebih membimbangkan sebanyak 1,849 kematian adalahnmereka yang berusia 25 tahun ke bawah..dalam penyelidikan MIROS, faktor kemalangan kerap berlaku disebabkan sikap menusia..

Para guru turut meluahkan hasrat bersetuju bahawa modul PKJR wajar diubah agar selaras dengan kehendak kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSR)..guru yang bakal mengajar modul ini dikhabarkan turut akan diberikan kursus bagi memantapkan ilmu pedagogi mereka..

Kami mengharapkan kerjasama dua menteri DS Liow Tiong Lai mewakili Kementerian Pengangkutan dan Tuan Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan akan membuahkan hasil..kedua-dua kementerian ini harus bekerjasama bagi merealisasikam hasrat menambahbaik modul keselamatan jalan raya untuk pelajar sekolah...

Berikut kami kongsikan gambar sepanjang majlis pelancaran berkenaan :






No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA