networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 15, 2016

Malaysia Ke Arah Penjagaan Alam Sekitar Kurangkan Kesan Karbon Dioksida Dalam Sektor Penerbangan...Syabas DS @LiowTiongLai Kerana Membangkitkan Perkara Ini!!!


Bagi menjadi salah satu negara yang mencintai alam sekitar, Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan telah menyatakan sokongan untuk mengurangkan gas rumah hijau, Karbon Dioksida dalam sektor penerbangan negara..Ia diterjemahkan apabila DS Liow Tiong Lai telah membangkitkan isu ini yang menjadi topik perbincangan utama pada Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016.

Sokongan ini disahkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan kementerian itu. Langkah pengurangan pelepasan Karbon Dioksida ini atas cadangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) melalui Global Market-Based Measures (GMBM)..Bagi menunjukkan keseriusan negara dalam kempen ini, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Global Aviation Dialogues (GLAD) yang akan diadakan pada Mac 2016 untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci..

Antara langkah yang dinyatakan bagi menyokong ke arah kempen ini adalah melalui teknologi pesawat, peningkatan operas, bahan api alternatif yang menyumbang kepada faedah alam sekitar dalam sektor ini..

Kempen ini bukan sahaja mampu menjadikan ruang udara negara sekitar kurang pembebasan Karbon Dioksida malah ia akan mengukuhkan lagi kerajsama negara Asia Tenggara dengan kesaruan Eropah..Secara tidak langsung ia telah mempromosikan perjalanan udara di antara kedua rantau dan meningkatkan keselamatan pengawasan penerbangan.

Langkah proaktif ini merupakan suatu tindakan tepat memandangkan pembebasan gas rumah hijau di seluruh dunia kian meningkat..sebenarnya untuk mengurangkan terus pembebasan Karbon Dioksida ini amat sukar. Melalui kaedah ini setidak-tidaknya ia mampu mengurangkan pembebasan gas ini dan menunjukkan betapa komitednya negara bagi menyokong usaha-usaha menyayangi alam sekitar...

Ini merupakan kaedah mempromosikan sektor penerbangan negara bagi menarik minat negara luar untuk bekerjasama dengan Malaysia. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kedudukan ekonomi negara..

Syabas DS Liow Tiong Lai melalui Kementerian Pengangkutan yang telah membangkitkan topik kemapanan alam sekitar dan kerjasama lebih kukug denga Kesatuan Eropah (EU) pada Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016. Sudah tentu ia menunjukkan bahawa Malaysia salah satu negara anggota ASEAN menyokong ke arah kelestarian alam sekitar bagi mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ruang udara kita...

Berikut kami kongsikan kenyataan penuh mengenai perkara ini seperti di bawah: 



KENYATAAN AKHBAR
OLEH Yb Dato' Sri Liow Tiong Lai
Menteri Pengangkutan


Liow: Malaysia Komited untuk Mengurangkan Jejak Karbon
Sektor Penerbangan
&
Perkukuhkan Jalinan dengan EU


Singapura - Kemampanan alam sekitar dan kerjasama yang lebih kukuh dengan Kesatuan Eropah (EU) adalah antara topik perbincangan utama yang dibangkitkan oleh Malaysia pada Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016.

Selaras dengan cadangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menangani pengurangan pelepasan karbon dioksida melalui Global Market-Based Measures (GMBM) oleh peserta penerbangan antarabangsa, Malaysia menyatakan sokongan untuk usaha ini, sambil memastikan bahawa langkah-langkah adalah selaras dengan dasar negara kita dalam pengurangan gas rumah hijau (GHG). Justeru itu, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Global Aviation Dialogues (GLAD) yang akan diadakan pada Mac 2016 untuk membincangkan lagi isu berkenaan dasar konsep dan aplikasi draf.

Inisiatif-inisiatif di bawah GMBM termasuk daripada teknologi pesawat, peningkatan operasi, juga skim GMBM dan bahan api alternatif yang menyumbang kepada faedah alam sekitar dalam sektor penerbangan.

Kerjasama antarabangsa adalah tunggak penting untuk memastikan kemajuan yang berterusan bagi sektor penerbangan awam negara. Dalam sidang kemuncak tersebut, Malaysia menyatakan bahawa ia komited untuk mengkaji dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap Perjanjian Komprehensif Pengangkutan Udara (CATA) di antara Kesatuan Eropah dan ASEAN. Perjanjian itu adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN - EU bagi penerbangan awam dengan tujuan mempromosikan perjalanan udara di antara kedua-dua rantau dan meningkatkan keselamatan dan pengawasan penerbangan.

Memandangkan Malaysia adalah salah satu penyumbang utama dalam sektor penerbangan ASEAN yang semakin meningkat, pastinya ia akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Dengan itu, kami berharap perjanjian ini akan dapat capai kesepakatan tidak lama lagi kerana ia dijangka membawa manfaat ekonomi kepada negara dan ASEAN.

Selain itu, dalam satu forum bersama Dr Olumuyiwa Benard Aliu, Presiden Majlis ICAO, Malaysia sekali lagi menjelaskan komitmennya dari segi pematuhan kepada Standard ICAO dan Amalan – Amalan yang Disyorkan (SARPS) sebagai satu usaha penting untuk memastikan keselamatan dan pengawasan dalam ekosistem penerbangan.

Sejurus dalam menyokong inisiatif ‘No Country’ Left Behind’ oleh ICAO, Malaysia sebelum ini telah menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Penerbangan Awam Latin Amerika (LACAC) dan Suruhanjaya Penerbangan Awam Afrika (AFCAC), termasuk juga Perjanjian Kerjasama dengan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC), di mana Malaysia telah berpegang teguh untuk menyediakan pembangunan kemahiran dan latihan kepada kakitangan penerbangan di dalam blok serantau, terutamanya kursus-kursus SARPS di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Kursus-kursus MTCP yang dijalankan oleh Akademi Penerbangan Malaysia (MaVa) telah dicalonkan sebagai pusat latihan penerbangan bagi kakitangan penerbangan di seluruh dunia.

Malaysia akan terus menyokong usaha dan langkah-langkah ICAO selari deangan usaha untuk sentiasa meningkatkan piawaian penerbangan awam di peringkat global.  

[TAMAT]



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA