networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 22, 2016

McDonald's Cipta Program Membantu Kanak-Kanak Masalah Perkembangan Mental "Ronald McDonald Sensory Room (RMSR)"!!!


Sebelum ini kami telah menulis mengenai dua program kebajikan yang dianjurkan McDonald's iaitu "Rumah Ronald McDonald PPUKM" dan "McDonald's Taja Rawatan Kanak-Kanak Sumbing Secara Percuma Melalui Program #GiftOfSmile"..anda boleh rujuk artikel berkenaa dengan klik tajuk tersebut..

Pada entry kali ini, kami ingin kongsikan bahawa McDonald's mempunyai sebuah program khas untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan kognitif yang perlahan. Melalui program ini, McDonald's telah membina bilik yang dinamai "Ronald McDonald Sensory Room (RMSR)".

Bilik Sensory ini dilengkapi dengan peralatan yang diimport khas dari United Kingdom bagi merangsang perkembangan lima deria utama kanak-kanak iaitu Visual, Pendengaran, Touch, Bau, dan Rasa...kelengkapan yang ada pada bilik ini akan memberi terapi yang baik untuk membantu perkembangan mental kanak-kanak yang bermasalah..

Di Malaysia sahaja, McDonald's telah memiliki sebanyak 21 buah bilik deria sensory di seluruh negara..semua bilik ini dilengkapi dengan peralatan yang canggih yang bersesuaian untuk membantu perkembangan anak-anak..

Di bawah ini kami sediakan senarai bilik deria sensory yang disumbang McDonald's :
  1. The Society For the Severely Mentally Handicapped Selangor and Federal Territory (SSMH), Petaling Jaya, Selangor 03-78746703
  2. Bethany Home, Teluk Intan, Perak 05-6411276
  3. Agape Centre, Sibu, Sarawak 084-332036
  4. Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Kuala Lumpur 03-4257 9818
  5. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), Kota Bahru 09-7742033
  6. Taman Sinar Harapan Kuala Trengganu, Terengganu 09-6221721
  7. National Autism Society of Malaysia (NASOM), Kuantan 09-5671070
  8. Spastic Children’s Association of Johor, JB 07-2235452
  9. Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Tengah 04-5397568 
  10. Sekolah Seri Mengasih, Kota Kinabalu, Sabah 088-223221
  11. Hopehaven Centre for Special Children, Malacca 06-2832101
  12. Special Children Society of Ampang, Selangor 03-42568719
  13. Sekolah Semangat Maju Ipoh, Perak 05-5470186
  14. Perkata Special School Kuching, Sarawak 082-426301
  15. Calvary Victory Centre Johor Bharu, Johor 07-556 3311
  16. Persatuan Untuk Orang-Orang Pekak Tawau, Sabah 089-714526
  17. Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory 03-79567511
  18. Rumah Amal Kulim 04-495 3271
  19. Pusat Pembangunan Potensi CADS KL & Selangor, Jalan Duta, Kuala Lumpur 03-20951218
  20. Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal 07-4352145
  21. Down Syndrome Centre Lions Club Kota Bharu, Kelantan 09-7437550
  22. Pusat Jagaan Horizon 06-7631513
Anda boleh menghubungi no telefon yang tertera untuk mendapat maklumat lebih terperinci..apa yang menariknya di sini ialah kos untuk membina sebuah bilik berharga RM 90,000..sejak "Ronald McDonald Sensory Room" dari 1999, lebih kurang 5,000 kanak-kanak telah mendapat manfaat melalui program kebajikan McDonald's ini...sebanyak RM 1.6 juta terlah dibelanjakan untuk program ini..

Impian McDonald's yang perlu anda ketahui bukanlah hanya berdasarkan keuntungan melalui hasil jualan sahaja, malah lebih besar daripada itu yang mana McDonald's amat prihatin untuk membantu golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti bibir sumbing dan mempunyai masalah perkembangan mental yang perlahan..hasrat McDonald's ialah ingin membukan RMSR di setiap negeri di Malaysia Barat dan Timur...

Inilah antara sebab mengapa kami mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang mengatakan McDonald's Malaysia berkomplot dengan Israel untuk membunuh umat Islam di Palestin..banyak sumbangan McDonald's yang selama ini kita tidak tahu..apa yang kami kongsi ini untuk membantu anda sekiranya ada sahabat handai dan ahli keluarga terdekat jikalau mempunyai anak bermasalah dari segi perkembangan mentalnya...

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk laman web McDonald's tentang program RMSR di SINI...berikut kami kongsikan gambar suasana dan peralatan yang terdapat di RMSR..





*Semoga Info ini membantu

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA