networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 13, 2016

McDonald's Taja Rawatan Kanak-Kanak Sumbing Secara Percuma Melalui Program #GiftOfSmile... #DemiRMHC


Pada entry kali ini, kami ingin kongsikan mengenai sebuah badan kebajikan yang ditaja oleh McDonald's Malaysia..Persatuan badan kebajikan ini dikenali sebagai Ronalds McDonald House Charity Malaysia yang juga dikenali dengan nama singkatan RMHC..

RHMC ini telah ditubuhkan pada tahun 1990..sepanjang tempoh 26 tahun ini McDonald's telah menyalurkan lebih RM 11 juta yang mana telah membantu sekitar 20,000 kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh negara..

Selain itu, McDonald's telah menyumbang lebih RM 900 ribu kepada pelbagai rumah kebajikan di Malaysia menerusi kempen kutipan amal 'Prosperity Gives Back' yang telah dilancarkan sejak tahun 2011...

Mengenai RMHC, ramai yang tidak mengetahui kewujudan badan kebajikan ini..apakah peranannya pun masih ramai yang tidak tahu..jadi untuk kali ini kami akan kongsikan tugasan amal yang telah dilaksanakan oleh RMHC untuk memastikan kanak-kanak yang tidak bernasib baik mampu terus menikmati hidup seperti orang yang sempurna..bagi McDonald's setiap senyuman kanak-kanak amat berharga..

Oleh sebab itu, bagi memastikan kanak-kanak mampu memberi senyuman dan menikmati zaman kanak-kanak mereka, McDonald's melalui RMHC telah menaja kos rawatan kanak-kanak yang mempunyai masalah mulut sumbing atau cleft lip..lihat gambar adik Shakteesh di bawah, anda dapat lihat senyumannya yang penuh kegembiraan..


Adik Shakteesh sebelum ini merupakan pesakit bibir sumbing, jika diselidik semua kanak-kanak yang mengalami penyakit bibir sumbing ini malu untuk berkawan kerana mereka ini sering diejek oleh rakan-rakan mereka..biasalah nama pun kanak-kanak benda kekurangan ini sering menjadi senda tawa mereka...

Selain berasa malu dengan kawan-kawan, pesakit bibir sumbing akan mengalami kesukaran untuk bertutur kerana mereka akan mengalami simptom suara sengau...dengan bantuan RMHC, kini adik Shakteesh sudah mampu tersenyum dan menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak yang lain..

RMHC telah menaja semua kos rawatan bagi memulihkan bibir sumbing.....sejak tahun 2004, RMHC telah membelanjakan lebih kurang RM 2 juta untuk membantu lebih kurang 350 orang kanak-kanak memulihkan bibir sumbing..Rawatan ini dinamakan sebagai projek "Gift Of Smile" telah membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan..

Pembiayaan oleh RMHC ini dilakukan tanpa sebarang bayaran, pasti kanak-kanak yang telah dibantu akan ingat sumbangan RMHC sepanjang hayatnya..

Penyakit sumbing ini biarpun tidak memberi kesan besar kepada tubuh badan tetapi sekiranya dibiarkan ia akan memberi kesan sangat besar kepada seseorang kanak-kanak..mereka akan kurang keyakinan diri, malu berhadapan dengan masyarakat dan akan ditertawakan oleh kanak-kanak lain..

Apa yang kami boleh bantu di sini ialah, sekiranya ada dalam kalangan anak-anak anda mengalami masalah bibir sumbing bolehlah memohon di lawaman web RMHC di SINI..segala maklumat lengkap tentang program "Gift Of Smila" ada di situ..pendapatan keluarga perlu dibawah RM 3,000 dan rawatan akan dibuat antara Hospital Pantai Kuala Lumpur atau PPUKM..

Bantuan pemulihan bukan terhenti setakat pembedahan sahaja, ia akan meliputi rawatan susulan rawatan pergigian, Orthodontics Service dan terapi pertuturan..ini semua dilakukan bagi mempastikan kanak-kanak tersebut pulih dengan baik..

Bagi keluarga yang tinggal di luar Kuala Lumpur, RMHC turut menawarkan pakej penginapan semalam hanya RM 5..apa yang kami ingin katakan, McDonald's Malaysia amat prihatin dan aktif dengan kegiatan kebajikan..bukan hanya di Malaysia, bahkan McDonald's di Amerika Syarikat turut amalkan kaedah yang sama untuk menunjukkan betapa mereka peka terhadap kegiatan kebajikan sosial..cumanya dasar negara Amerika semua dana akan disalurkan ke program Matching Gift untuk aktiviti kebajikan..

Sekiranya anda mahu menjadi sukarelawan RMHC boleh rujuk SINI..Untuk menjadi sebahagian daripada penderma rujuk SINI...

HE : Nantikan entry kami akan datang mengenai kemudahan yang terdapat di Rumah Kebajikan Ronalds McDonald House Charity Malaysia

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA