networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 6, 2016

Padah Kasari Penumpang, Pemandu Bas Dipecat!Bakal Digantung Lesen PSV...


Akibat tindakan melulu seorang pemandu bas yang mengasari seorang penumpang yang dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 , dia telah dipecat oleh pengusaha bas dan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) juga bakal digantung...ia memungkinkan bahawa pemandu berkenaan tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa mana-mana kenderaan awam selepas ini...

Hanya kerana video berdurasi 1 minit 3 saat, pemandu bas berkenaan menerima hukuman yang amat setimpal bagi kesalahan yang dilakukannya...sebelum ini kami telah menulis berkenaan kes ini..boleh rujuk di SINI..

Apa yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini amat tepat memandangkan agensi itu mengambil kapasiti penumpang merupakan pelanggan yang harus dipertahankan..Biarpun tindakan penumpang berkenaan tidak patut kerana tidur ditempat pemandu tetapi ianya tidak menghalalkan tindakan sewenang-wenangnya oleh pemandu berkenaan...

Hasil tindakan tegas SPAD ini, telah memberi keyakinan penumpang lain untuk menggunakan pengangkutan awam tersebut..pihak pengendali bas turut tidak terlepas dikenakan tindakan SPAD kerana melanggar syarat-syarat lesen, termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.

SPAD turut bekerjasama dengan PDRM untuk menjalankan sisasatan lanjut menangani kes ini..ia memberi pengajaran kepada semua pemandu pengangkutan awam di Malaysia agar tidak melakukan tindakan sewenang-wenangnya terhadap penumpang...

Ini bukan pertama kali SPAD bertindak tegas, sebelum ini pun banyak kes telah ditangani terhadap tindakan melampau pemandu kenderaan awam seperti kesalahan tidak mengunakan meter bagi teksi, SPAD turut menyitar kenderaan awam (kereta sapu) yang digunakan untuk mengambil penumpang..tindakan ini sebenarnya bertujuan menjaga kebajikan penumpang agar tidak menjadi mangsa jika berlaku sebarang tindakan tidak diingini..

SYABAS SPAD, JPJ & PDRM BAGI MENYELESAIKAN KES INI!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA