networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, February 11, 2016

Pamoga Qu Puteh TRW Lancar Jersi Pemutih Berteknologi Tinggi Tercanggih!


Akhirnya, Dr Vida menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan kewujudan jersi mampu puteh selepas majlis pelancarannya petang tadi..

Ternyata apa yang dikatakan Dr Vida bulan omong-omong kosong apabila mencatatkan sejarah baru bola sepak negara apabila berjaya menghasilkan jersi kesihatan yang mampu memutih seperti selepas keluar dari sauna...

Benang yang digunakan bukan calang-calang..ia dibuat di 3 buah negara semata-mata mahu mempastikan kualiti teknologi jersi Qu Pute TRW ini tidak ada pada jersi pasukan lain..

Ini merupakan penanda aras baru bagi bola sepak negara dan membuka mata FAM dengan terciptanya jersi serba canggih dan moden ini!

Baca berita sensasi di bawah!

Inilah jersi terbaru pasukan Kelantan yang dinanti-nantikan penyokong skuad itu, selepas ia menjadi bualan ramai sejak menerima penajaan besar daripada jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Empat jersi yang dikatakan mempunyai kelebihan dari segi kesihatan itu diperkenalkan kepada umum sebentar tadi dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC), Kota Bharu.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yakin jersi tersebut bukan sahaja mempamerkan rekaan menarik semata-mata, tetapi berfungsi menguruskan dan memutihkan badan si pemakainya.

Datuk Seri Vida yang juga Pengasas Vida Beauty Qu Putih dan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan jersi itu menggunakan benang yang direka khas untuk tujuan berkenaan. Benang istimewa itu dikilangkan di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam dengan menggunakan teknologi terkini.

Selain melancarkan perjalanan darah, proses pengeringan peluh akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu selesai sauna. Itu antara keistimewaan jersi itu!
Daripada empat rekaan, jersi merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri, manakala warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan untuk aksi di tempat lawan.

Dengan menggunakan jenama DRV, keempat-empat variasi jersi tersebut dikeluarkan dua versi iaitu 'versi eksklusif dan 'versi penyokong' dengan pengeluaran permulaan sebanyak 20,000 helai.

Selepas menerima penajaan besar daripada Datuk Seri Vida, skuad The Red Warriors itu kini turut dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Gambar: Laman Facebook Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA