networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, February 27, 2016

Pengantungan Muhyiddin, "Penyatuan UMNO Lebih Penting!" Ujar @KhaledNordin


UMNO Johor diminta agar terus menjalankan agenda penyatuan parti dan dinasihatkan supaya akur dengan keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi (MT) berhubung penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuatkuasa serta-merta.

Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata UMNO perlu bergerak sebagai sebuah parti yang kukuh dan menerima keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak suka, tetapi kita bergerak sebagai sebuah parti dan keputusan sudah dibuat oleh MT, maka saya percaya dan kita perlu akur.

"Dari segi Johor, saya menyeru agar kita terus melaksanakan agenda penyatuan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-21, di Pasir Gudang, malam ini.

Mengulas mengenai sama ada prestasi UMNO Johor terjejas dengan keputusan itu, Mohamed Khaled, berkata jawatan Timbalan Presiden dipilih dari seluruh negara dan bukan Johor semata-mata.

"Soal jawatan Timbalan Presiden merupakan jawatan yang dipilih dari seluruh negara dan bukan Johor semata-mata walaupun beliau berasal dari Johor," jelasnya.

5 comments:

Anonymous said...

Perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara bukannya untuk individu tertentu. Lagipun ruang secukupnya telah diberikan untuk buktikan kemampuan menggalas tanggungjawab sebagai timbalan presiden, jika gagal, perlulah ditukar dengan orang lain. Reda jelah...

Anonymous said...

Ketua2 UMNO bahagian dah kenyang dengan duit dari Najib,sebab itu mereka akan terus menyokong Najib.Tetapi harus dingat pada pilihan raya akan datang aku akan undi Calon Bebas.Hanya manusia buta dan tuli saja pasti akan terus menyokong dan mengundi Najib.

Anonymous said...

begitulah nasib seorg yg gila kuasa.... sejarah dah membuktikan

Anonymous said...

Perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara bukannya untuk individu tertentu. Lagipun ruang secukupnya telah diberikan untuk buktikan kemampuan menggalas tanggungjawab sebagai PRESIDEN , jika gagal, perlulah ditukar dengan orang lain. Reda jelah NAJIB...

Anonymous said...

setakat tukar org x apa yg yg bagusnya..bgs tukar parti je...hahaha tp kalu x UMNO rakyat malaysia akan mati sume...hehehe

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA