networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, February 7, 2016

Perjanjian #TPPA Beri Rahmat Besar Buat FELDA Luaskan Pasaran Ke Amerika Latin!!!


Apa yang dikatakan Pakatan Pembangkang sejak dulu lagi mudah sangat dijadikan bahan rujukan utama rakyat ortodok yang tidak mahu mencari kebenaran...seperti kes baru-baru ini, ramai rakyat yang menyesal bilamana ditipu bulat-bulat oleh pemimpin pakatan yang mengatakan Tabung Haji bakal muflis kerana tidak mempunyai duit..rezab dah kering..katanya negatif..disebabkan tidak mahu selidik betul-betul maklumat yang diterima, dengarnya ramai yang menangis menyesal apabila Tabung Haji mengumumkan bonus 5% + 3%...hendak cek dividen akaun dah habis dikeluarkan semua duit..

Bila dah tertipu tu boleh pula salahkan kerajaan kerana tidak memberi maklumat yang tepat..sedikit pun golongan ortodok ini tidak mahu menyalahkan pemimpin pembangkang...sebut saja pembangkang memang tak lari dengan bangkrup..itu bankrup ini bangkrup..semua benda depa kata bankrup...

Dari dulu lagi depa dok kata FELDA bankrup..sampai sekarang tak ada pula bankrup-bankrup...sekarang ni tengah hangat tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), macam biasa..modus operandi mereka tetap akan kata bankrup!maklum sahaja la usul TPPA telah diluluskan 127-84 undi di Parlimen pada 27 januari lepas..

Cumanya kali ini aku nak kongsikan bahawa TPPA ini memberi rahmat buat FELDA..tak percaya?mesti kata TPPA ni nak benarkan Malaysia dijajah ekonomi!sebenarnya apa yang dikatakan oleh pembangkang mengenai TPPA tu tak betul..jika benar TPPA akan menyebabkan ekonomi Malaysia dijajah, masakan Sultan Brunei setuju dengan TPPA..Semua akui yang Sultan Brunei ini merupakan pemimpin yang mengutamakan rakyat mereka..

Malaysia merupakan antara 12 negara yang telah menandatangani perjanjian ini di Auckland, New Zealand..antara negara selain Malaysia ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam..

Antara rahmat TPPA yang perlu diketahui ialah syarikat-syarikat Malaysia akan diberi peluang untuk menembusi pasaran global tanpa dikenakan sebarang cukai..apa maknanya?ia bermaksud barang negara anggota akan dijual tanpa sebarang cukai import..ia akan menurunkan harga barangan luar dengan kadar yang lebih rendah sekaligus meningkatkan peluang untuk dijual...

Orang cuma cakap Amerika akan menjajah ekonomi kita..sebenarnya itu hanya tanggapan palsu pembangkang yang direka untuk menakut-nakutkan rakyat..itu sahaja...

Umpamanya, FELDA akan menerima rahmat besar apabila perjanjian ini termeterai..ia akan membolehkan syarikat konglomerat Melayu terbesar di Dunia, Federal Land Development Authority (FELDA) memperluaskan pasarannya di peringkat antarabangsa dengan menawarkan harga produk yang sangat kompetitif..

Ia disahkan sendiri oleh Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mana perjanjian ini merupakan peuang keemasan kepada FELDA untuk menembus pasaran khususnya Amerika Latin yang menjadi fokus FELDA meluaskan pasaran..

Berikut adalah kenyataan pedas Tan Sri Isa yang membuatkan pemimpin pembangkang kepanasan :

"TPPA ini kerajaan masuk dan kemudian dimomokkan pula kononnya Amerika Syarikat akan menjajah kita. Ini semua tidak benar. Felda sendiri ada kilang di Amerika Syarikat dan adakah kita menjajah Amerika Syarikat? tidak. 
"Apa yang berlaku, dengan TPPA kita seronok apabila kita (Felda) boleh meluaskan pasaran kita. Kita dah mula buat perancangan untuk meluaskan pasaran kita di Amerika Latin," katanya dalam ucapan perasmian Pusat Literasi Keluarga, Felda Raja Alias 1, di sini, hari ini.
Bila peluang perniagaan dibuka luas, maka sudah tentu keuntungan akan meningkat..ini teori mudah dalam perniagaan kerana asas perniagaan untuk untung...ternyata perjanjian TPPA ini merupakan rahmat besar buat FELDA kerana dalam membuka gerbang gergasi FELDA menembusi pasaran global..

Bila FELDA sudah meluaskan pasaran ke Amerika Latin seperti Mexico, Peru dan Chile sudah tentu ia merupakan platfom terbaik untuk meluaskan empire FELDA ke negara jiran..percaya atau tidak terpulang kepada anda..bagi kami, sudah menjadi tanggungjawab kita sesama umat Islam menyampaikan perkara yang benar...jangan nanti tertipu macam kes pengeluaran semua duit dalam Tabung Haji berulang sudah!

Kami ingin menyatakan satu sahaja, Jika Tun Mahathir bangga dengan dasar ekonomi pandang ke timur..zaman Najib bukan sahaja timur...Amerika Latin pun kita sapu...bijak bukan!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA