networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, February 15, 2016

#PLKN2.0 Sedia Sumber Tenaga Kerja Berkemahiran..Satu Lagi Kejayaan Transformasi PLKN!!!


Sejak kebelakangan ini, isu pengambilan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh menjadi buah mulut rakyat..ada yang mendakwa keutamaan kepada pekerja dari Bangladesh menidak keupayaan anak tempatan..

Siang tadi, Timbalan Perdana Menteri DS Zahid Hamidi menyelar tindakan sesetengah pihak yang mengutuk pengambilan pekerja Bangladesh..Zahid turut menyeru agar belia lebih berani menceburkan diri dalam bidang 3D (Dirty, Dangerous and Difficult ) yang selama ini kebanyakannya diisi oleh pekerja asing..

Siapa kata kerajaan tidak melakukan apa-apa untuk menyediakan pekerja berkemahiran?tahukah anda bahawa PLKN 2.0 yang akan bermula pada 24 Mac ini akan menjanjikan peluang kerjaya dan latihan kepada pelatih di Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Negara dan Institut Automotif Malaysia..

PLKN pada tahun ini telah dipendekkan kepada 2 bulan dengan modul baru yang telah ditambahbaik..hanya satu ambilan sahaja dilakukan pada tahun ini..ia telah memberi peluang kepada pelatih bagi melanjutkan program PLKN fasa dua iaitu melanjutkan pengajian bagi menambahkan kemahiran..ini penting bagi merealisasikan hasrat negara melahirkan pekerja yang berkemahiran..

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin berkata bahawa semua pelatih berjumlah 20,000 akan ditempatkan di 81 kem di seluruh negara. 

Menurut Datuk Ehsan, pada tahun ini akan diadakan satu pengambilan sahaja dan pengambilan berikut pada tahun 2017. Memandangkan hanya satu pengambilan diadakan pada tahun ini, tumpuan dapat diberikan bagi menyediakan pelatih berkemahiran untuk memasuki fasa kedua latihan..

"Tempoh latihan untuk fasa dua ini bergantung kepada jurusan yang diambil antara tiga hingga 24 bulan..ini akan membentuk generasi yang lebih holistik, berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini nanti" katanya lagi.

Penambahbaikkan PLKN 2.0 ini pasti akan menutup mulut pengkritik bahawa PLKN tidak memberi faedah..buktinya, pelatih yang telah tamat latihan akan mengikuti kursus latihan bagi melengkapakan diri mereka untuk menjadi pekerja yang berkemahiran...

Tidak usahlah mengata bahawa kerajaan lebih utamakan Bangla daripada pekerja tempatan..bagi kami, pemilihan pekerja Bangla ini adalah atas permintaan industri..salah satu sebabnya gaji mereka lebih rendah berbanding rakyat tempatan dan sebab lain mereka rela bekerja dalam sektor 3D...

Itu terpulang kepada rakyat tempatan kerana mereka ada hak untuk memilih pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lebih tinggi..sama saja seperti pekerja negara kita yang bekerja di Singapura..permintaan industri Singapura membuka peluang kepada rakyat Malaysia..ini terjadi bahawa rakyat Singapura tidak mampu memenuhi keperluan tenaga kerja di negara mereka..sebab itu permintaan pekerja dari negara lain diperlukan bagi sesebuah negara...ini jawapan mudah faham bagi yang masih kelabu asap tentang pekerja asing...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA