networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, February 12, 2016

"Rakyat Perlu Jaga Keamanan & Keselamatan Negara Dari Ancaman Banyak Pihak" -Datuk Ehsanuddin


Kematian seorang ahli perniagaan Syed Amen Jainul Abidin semalam pagi mengejutkan semua rakyat Malaysia betapa kes jenayah sekarang ini semakin kerap berlaku..nyawa manusia seperi tidak berharga...

Semua ini berlaku atas sebab tiada perikemanusiaan dan bermotifkan dendam..jika diselidik latar belakang allahyarham, beliau sebelum ini digelar seorang aktivis rakyat yang mempertahankan kampung dan gerai masyarakat Melayu yang dirobohkan pihak berkuasa tempatan...isteri mangsa turut mengesahkan bahawa allahyarham pernah diugut dan diminta berhati-hati...



Ekoran daripada kes ini, saya teringat kata seorang ahli politik berpengaruh dari Johor, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang mengingatkan rakyat Malaysia perlu menjaga keamanan dan keselamatan negara ini daripada ancaman dari dalam ataupun luar negara..

Nasihat tersebut kerap kali dipesan oleh Datuk Ehsan ketika beliau berucap dimana-mana majlis bersama rakyat..terbaru ketika majlis sumbangan 110 warga emas daripada keluarga kurang bekemampuan sekitar parlimen Kota Tinggi sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu lepas...

Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat Anggota Parlimen Kota Tinggi bertujuan untuk meringankan beban selain menambah keceriaan kepada warga emas menyambut Tahun Baru Cina...

Apa yang menariknya tentang program tersebut, selain Datuk Ehsan, pemimpin-pemimpin setempat juga memberi bantuan serta bersama-sama menyerikan suasa Tahun Baru Cina. Antara pemimpin yang hadir ialah Antara mereka yang hadir ialah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Johor Lama, Asiah Md Ariff, Ketua MCA Bahagian Kota Tinggi, Ng Keng Heng dan Pengerusi Jawatankuasa  Rumah Sejahtera Kota Tinggi Tan Piah Sung.

Menjaga keamana bukan perlu diletakkan di bahu pihak polis sahaja..tanpa sokongan dan kesedaran rakyat pasti tugas mempastikan keamanan menjadi sukar dibendung...apa yang dinasihatkan Datuk Ehsan seharusnya diambil dan menjadikan kes pembunuhan arwah Syen Amen sebagai iktibar betapa pentingnya rakyat sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara yang tercinta ini...

1 comment:

Anonymous said...

Ini semua mesti gengster upahan .kalau dah gengster agak agak sapalah taukey nya ...polis bolih kenal pasti dengan kematian ini sapa yang dapat laba...dari situ boleh tahu dah...polis Mlaysia bukan bodoh tapi pengecut ...nak t angkapmikan jerung besar..yang ditangkap ikan bilis je...

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA