networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, February 9, 2016

Sambutan Rumah Terbuka #CNY2016 : Tahun Monyet Beri Signifikan Tersendir!!!


Sambutan perayaan Tahun Baru Cina hari ini disambut meriah oleh di seluruh negara..perayaan ini amat dinanti-nantikan kerana ia mencerminkan semangat perpaduan kaum yang merayakan bersama dalam suasana harmoni..

Setiap kali perayaan ini, MCA akan menganjurkan rumah terbuka pertama parti itu di Wisma MCA Jalan Ampang..sambutan pada tahun ini disambut meriah berbanding tahun lepas...tahun lepas kita merayakan secara sederhana berikutan masih berduka memperingati tragedi MH370 dan MH17...

Tahun ini merupaman tahun monyet mengikut kalendar lunar cina..tahun monyet ini memberi signifikan yang tersendiri mengambil karakter haiwan monyet...tindakan tidak dijangka mampu membawa perubahan yang baik buat negara...

Mengulas mengenai sambutan hari ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong berpendapat sambitan rumah terbuka Tahun Baru merupakan medan menghimpunkan semua pemimpin-pemimpin berbanhsa Cina, pemimpin-pemimpjn negara, veteran parti dan rakyat jelata...

Majlis berkenaan diserikan dengan tarian singa, persembahan kebudayaan, dan yee sang bersama pemimpin negara..

Menurut Wee, tahun monyet memberi makna bahawa 2016 merupakan tahun yang mencabar dan kita perlu bersedia melakukan perubahan yang terbaik. Sifat fizikal monyet yang melakukan tindakan luar kawalan boleh menyesuaikan keadaan pada satu-satu masa..

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Wee mengharapkan ekonomi Malaysia akam pulih seperti sediakala dengan kenaikan harga minyak pada paras sewajarnya dan mengharapkan era yang lebih mencabar dan memberi tuah untuk negara..

Sambutan ini memberi makna mendalam buat semua masyarakat..tidak kira apa bangsa dan warna kulit kita tetap berkongsi semangat perayaan atas landasan perpaduan...

Pada majlis berkenaan turut hadir Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Isteri dan Timbalan Perdana Menteri, DS Zahid Hamidi...berikut kami kongsikan gambar yang sempat dirakam sepanjang Sambutan Rumah Terbuka MCA...







No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA