networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, February 21, 2016

Setelah Seremban & Kangar, myBAS Akan Luaskan Operasi Di Ipoh!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meluaskan operasi bas henti-henti myBas ke Ipoh Perak..peluasan operasi ini merupakan strategi myBAS untuk mempastikan pengguna menikmati kualiti perkhidmatan yang baik..ini merupakan hasil usahasama SPAD dan The Combined Bus Services Sdn Bhd (TSBS) untuk menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di Ipoh...

Pada tahun lalu, myBAS telah memulakan operasi di Kangar pada 1 Ogos 2015 dan Seremban pada 15 November 2015..

Feed back pengguna untuk perkhidmatan myBAS di Kangar dan Seremban amat menggalakkan apabila jumlah penumpang meningkat 50%..

Ini disahkan sendiri Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Jaafar Albar yang berkata "Kejayaan myBas di Kangar dan Seremban juga menyaksikan satu peningkatan yang amat menggalakkan. Ini membuktikan bahawa inisiatif ini memberi manfaat kepada pengguna dan juga diterima baik oleh rakyat"...

Biarpun SPAD memberi kepercayaan kepada TCBS namun pengendali bas itu perlu mematuhi syarat kontrak iaitu kekerapan perkhidmatan bas, waktu beroperasi, dan maklumat jumlah penumpang akan dipantau sistem GPS...jikalau melanggar KPI yang ditetapkan pengendali akan dikenakan penalti..

Lihatlah betapa seriusnya SPAD untuk memastikan pengguna menikmati pengangkutan awam yang berkualiti..setiap perkara akan dinilai dan diawasai agar kualiti perkhidmatan bas henti-henti sentiasa terjamin...

Kami ucapkan syabas kepada SPAD dan pengendali TCBA atas usahasama untuk melaksanakan bas henti-henti di Ipoh..harap perancangan untuk meluaskan myBas ke Kuala Terengganu dapat direalisasikan kelak...

Berikut adalah beberapa keping gambar semass majlis menandatangani perjanjian bas henti-henti Ipoh, Perak..





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA