networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, February 10, 2016

#TeksiZullifan - Dari Krew Penerbangan Kini Pemandu Teksi Popular..Wajar Dijadikan Contoh Pemandu Teksi Di Malaysia..


Siapa sangka selepas setahun lalu diberhentikan kerja sebagai krew syarikat penerbangan MAS, kini Zullifan Che Din bergelar seorang pemandu teksi popular di negara biarpun baru menceburi bidang ini tidak sampai seminggu..

Kisah ini menjadi viral apabila anaknya, Mohd Zulhelmi telah berkongsi kisah bapanya dilaman sosial facebook yang telah menarik perhatian 22,849 LIKES dan 4,093 SHARE..posting itu telah menarik perhatian banyak media sehingga ASTRO AWANI turut membuat entry cerita ini..

Apa yang menarik perhatian kami, Zullifan turut memperkenalkan pakej tersendiri untuk menarik penumpang menggunakan perkhidmatannya..antara pakej istimewa yang ditawarkan ialah kaedah menggunakan kupon dan tagline "Elmi Handsome" untuk mendapatkan harga lebih rendah berbanding daripada meter...

Dalam posting berkenaan, anaknya menulis jangan mempersoalkan kenapa ayahnya Zullifan memilih menjadi pemandu teksi berbanding menjadi pemandu UBER...sejak posting tersebut menjadi viral..anaknya tidak henti-henti mendapat sms dan panggilan telefon untuk menempah perkhidmatan bapanya...

Melalui posting ini, kita dapat lihat betapa kerjaya pemandu teksi ini amat menjanjikan peluang keuntungan yang amat lumayan jika kena dengan caranya..bayangkan Zullifan yang baru menceburi bidang ini sanggup menawarkan potongan harga dan pakej istimewa..yang paling mengujakan apabila Zullifan akan berkongsi pengalamannya semasa menjadi krew kapal terbang sepanjang bekerja di syarikat penerbangan..


Kami yakin pemandu teksi ini tidak akan menang tangan dengan menerima tempahan pelanggan..disamping menggunakan perkhidmatan teksi pasti ramai yang hendak tahu pengalaman silamnya...

Pemberhentian Zullifan dan krew kapal terbang yang lain merupakan langkah untuk menyelamatkan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines..biarpun mendapat saguhati dan program sokongan membantu mencari rezeki ia tidak mengehadkan pemilihan kerjaya sebagai pemandu teksi..

Kami mengharapka ia merupakan satu persaingan sihat buat semua pemandu teksi di Malaysia agar mencari banyak inisiatif menambahkan bilangan pelanggan..mungkin sistem kupon dan potongan harga tambang boleh digunakan bagi menjamin pelanggan kekal dengan perkhidmatan anda perlu dipraktikkan...

Bagi yang mahu merasa naik teksi seperti menaiki kapal terbang bolehlah hubungi anak Zullifan di talian 012-2710040..

Dalam pada itu, anaknya Mohd Zulhelmie telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu mempromosikan perkhidmatan bapanya...syabas!





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA