networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, February 9, 2016

VIDEO : Juan Martin Lucero Pemain Import Baru JDT!!!MANTAP!!!


Akhirnya teka-teki siapa menjadi pemain import keempat bagi skuad JDT terjawab apabila TMJ mengesahkan Juan Martin Lucero bakal menjadi pemain import keempat JDT bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan Luciano Figueroa yang mengumumka persaraan akhir musim lalu...

Lucero merupakan rakan yang pernah bermain dengan Diaz di Argentina Independiente..pemain muda ini pastinya akan menjadi watak penting bagi mempertajamkan lagi serangan JDT...Lucero dijangka tiba di selatan tanah air tengahari esok dan akan terus memulakan latihan pada sebelah malam...

TMJ akan memperkenalkan pemain ini pada keesokannya..saksikan video kehebatan LUCERO di bawah!!!Pastinya kehadiran LUCERO menjadi senjata ampuh buat JDT....saksikan!!!


Kenyataan Media dari TMJ...

SELAMAT DATANG KE JOHOR DARUL TA'ZIM JUAN MARTIN LUCERO

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf atas kelewatan pengumuman pemain import keempat kami. Kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan. Walaubagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Juan Martin Lucero dari kelab Argentina Independiente. Kami mempunyai banyak pilihan. Tetapi, kami percaya bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk JDT. Selepas pertemuan dengan Pengarah Sukan JDT Alistair Edwards, Pengurus Mario Gomez, Penolong Jurulatih Raul, 'Scouts' dan Ejen Kelab Martin Prest, Nasir Yusof, Luciano Figueroa, dan juga 'scouts' kami yang lain di Argentina, kami merasakan bahawa dia adalah pemain yang paling sesuai untuk kami. Adalah merupakan perkara yang terbaik apabila memiliki pemain muda kerana mereka mempunyai nilai dan boleh dianggap sebagai aset kelab kami.

Lucero masih muda dan mempunyai rekod prestasi yang sangat baik. Beliau merupakan antara salah seorang pemain muda Argentina yang sedang meningkat naik dan beliau juga seorang pemain yang cukup rajin. Kami amat bertuah kerana berjaya mendapatkan beliau di JDT walaupun banyak kelab-kelab lain di seluruh dunia yang bersaing mendapatkannya. Ini menunjukkan bahawa reputasi kami sedang berkembang di pentas dunia. Beliau akan tiba esok jam 12.00 tengahari dan akan menyertai latihan pasukan pada waktu malam. Saya akan memperkenalkan beliau kepada penyokong keesokan harinya di stadium.

Kita telah menyaksikan pemain seperti Daniel Guiza, Simone Del Nero, Pablo Aimar, Luciano Figueroa dan Marcos Antonio. Tahun ini kami cuba untuk menjadi seperti biasa (low profile) dalam mendapatkan pemain disebabkan kerana ekonomi dunia dan juga kejatuhan nilai Ringgit Malaysia. Namun ada satu masalah setakat ini. Ianya adalah kesilapan saya. Saya terlupa bahawa kita adalah Johor Darul Ta'zim. Dan menjadi normal atau biasa bukan cara kami kerana kita berada di sini untuk berusaha menjadi lebih hebat dan berterusan mencipta sejarah.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA