networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, March 8, 2016

#8Mac Ulang Tahun Tragedi #MH370 - Dewan Rakyat Bertafakur Hari Ini..


Bagi memperingati tragedi hitam kehilangan pesawat milik MAS 8 Mac 2013, hari ini sidang Dewan Rakyat akan bertafakul seketika bagi memperingati tragedi pesawat malang itu untuk tahun ke-2...Sesi tafakur itu akan diketuai oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk membaca ucapan takziah semasa sesi berkenaan..

Penyata interim akan dikeluarkan oleh ICAO Annex Malaysia 13 Pasukan Penyiasat Keselamatan MH370 yang diketuai Malaysia. Selain Malaysia, Australia, China, Perancis, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Amerika Amerika turut bekerja keras dari awal kehilangan sehingga kini untuk menjalankan misi pencarian...

Jangan lupa saksikan kenyataan tersebut yang akan disampaikan oleh Ketua Penyiasat, Dato' Kok Soo Chon yang akan disiarkan di rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) 1 jam 3 petang.....Kenyataan itu akan dimuat naik ke laman web MH370 rasmi di SINI.

Sejak kehilangan MH370, ia tidak pernah mematahkan semangat Malaysia, Australia, Amerika, China dan lain-lain negara bagi mengesan pesawat malang yang hilang secara misteri itu..setakat ini tanda-tanda penemuan sudah ada tetapi belum cukup untuk mengesan bangkai pesawat utama berkenaan..

Umpanya, penemuan Flapron di Pulau Reunion tahun lalu dilihat mempunyai persamaan berdasarkan patern pola analisis kawasan carian..beberapa hari lalu, kita diberi lagi harapan apabila serpihan pesawat dipercayai milik Boeng 777 yang mana jenis pesawat yang sama dengan MH370...turut dijumpai serpihan kedua di Pulau Reunion oleh petugas pantai dilokasi yang sama penemuan flaperon tahun lalu...

Penemuan terbaru di Pulau Reunion ini telah dijumpai oleh Johny Begue yang memberitahu agensi berita AFP telah menemui objek berukuran 40 x 20 CM kepada pihak Polis..Begue berkata objek berkenaan mempunyai tanda biru pada permukaannya ketika senaman pagi..

"Objek itu ringan dan permukaan bawahnya berwarna kelabu, malah pembuatannya hampir sama dengan sayap (flaperon) yang ditemui sebelum ini"

Johny Begue

Penemuan serpihan ini telah memberi sinar harapan kepada misi pencarian..sama-sama kita berdoa supaya misi pencarian ini berjaya..amin..

Berikut kami kongsikan kenyataan media daripada Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai :






HE : Takziah kami ucapkan kepada semua keluarga mangsa MH370

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA