networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, March 25, 2016

Dari Anak Peneroka Kini Orang Penting Membawa Perubahan Dalam McDonald's...


Warga FELDA sewajarnya berasa bangga apabila seorang anak jati FELDA kini merupakan individu penting dalam membangunkan keupayaan restoran berjenaman antarabangsa McDonald's di negara kita..beliau yang dimaksudkan ialah En. Azmir Jaafar..

Untuk entry kali ini, kami ingin kongsikan kejayaan En. Azmir Jaafar dalam membangunkan McDonald's di negara kita..

En Azmir, berasal dari keluarga peneroka Felda Gemas, Negeri Sembilan..beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Georgia, Amerika Syarikat dalam bidang Pengajian Pemakanan (Diet Klinikal)..menjejakkan kaki di bumi asing bukan perkara yang mudah apatahlagi untuk melanjutkan pengajian di negara barat..

Itu semua bukan penghalang buat individu berjiwa besar ini..apa yang menarik perhatian kami, sebaik sahaja menghabiskan pengajian di Amerika..beliau telah pulang ke Malaysia..tidak seperti kebanyakan graduan yang hanya menunggu posmen hantar surat panggilan temuduga kerja, beliau tanpa rasa malu telah bekerja di sebagai pelayan di sebuah hotel terkemuka sekitar tahun 1993..ini seharusnya dijadikan contoh buat graduan-graduan di Malaysia..jangan mengharapkan kerja yang selesa..bermula dari bawah merupakan elemen asas menguji daya tahan anda..

Beliau kemudian menjadi Pengurus Pelatih di McDonald's, di sini bermulanya penglibatan beliau dalam McDonald's...kesungguhan beliau telah membuatkannya terpilih untuk ke jabatan korporat dalam McDonald's..antara jawatan yang pernah disandang ialah Ketua Jabatan Pembangunan, Pengurus Besar dan pernah meneraju McDonald's Middle East Development Company sehingga Januari 2015.. 

En Azmir pernah dilantik sebagai Pengarah Urusan McDonald's Malaysia..ketika inilah McDonald's mengalami perubahan besar apabila giat membuka cawangan rangkaian restorannya di negara kita melalui konsep francaisi...

Sepanjang keriernya, McDonald's pernah meraih beberapa anugerah dimana mengiktiraf Malaysia mengamalkan konsep 'Drive Thru' di pasaran baru di Asia Pasifik, Timur Tengah dan wilayah Afrika (APMEA)..

Pernah di hantar ke China untuk membantu McDonald's, ketika itu beliau telah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden/Ketua Pegawai Pembangunan di mana beliau membantu membuka lebih daripada 1,000 restoran dalam tempoh lima tahun..pembaharuan yang telah dilakukan ketika itu ialah melaksanakan konsep reka bentu baru di lebih daripada 60% cawangan restoran. membuka 500 McCafes dan meningkatkan tiga kali ganda kepada 250 'drive thru'..

Kini, En Azmir menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan McDonald's..sasarannya adalah mahu meningkatkan jumlah restoran McDonald's daripada 270 kepada 500 buah di seluruh negara...

Lihatlah betapa kesungguhan En Azmir dalam memajukan McDonald's, jika tidak dicerita tiada siapa tahu individu ini berasal dari keluarga peneroka FELDA...apa yang menarik perhatian kami ialah beliau sanggat bangga menjadi warga FELDA..

Cerita ini perlu dijadikan sumber inspirasi anak muda kita di negara ini..lebih-lebih lagi graduan yang masih menganggur menunggu peluang pekerja datang bergolek..zaman sekarang kalau menunggu kita akan ketinggalan..jika En Azmir yang berkelulusan Universiti di Amerika Syarikat pernah menjadi pelayan di sebuah Hotel masakan tidak anda...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA