networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, March 13, 2016

Datuk Ehsan Tempelak 'Gurauan' Rafizi Cubaan Kelirukan Ahli Dewan Rakyat!


Rafizi terus dimalukan apabila satu lagi cubaan manipulasi fakta telah ditempelak oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin berikutan cubaannya mengelirukan dewan mengenai fakta kewangan Lembaga Tabung Haji (TH)..

Tujuan Rafizi hanyalah mahu menarik perhatian Dewan kononnya TH mengalami masalah tadbir urus yang teruk..rugi bagi mencetuskan polemik ketidakpercayaan umat Islam negara ini terhadap TH..sebenarnya kerja kutuk ini bukan perkara baru dilakukan oleh Rfizi..banyak lagi perkara yang telah dilakukan berakhir dengan dikantolkan...

Sebelum ini, Datuk Ehsan pernah menempelak sikap Rafizi yang cuba memutar belitkan fakta sebenar berkenaan GST..kami ada menulis mengenai perkara ini..boleh rujuk artikel lama kami di SINI..

Modus operandi Rafizi ni adalah mengambil sedikit fakta dan manipuasi fakta kaitkan ceritakan analogi bagi menimbulkan pekercayaan..

Baru-baru ini kes Tabung Haji pula..sebagai umat Islam, tindakan Datuk Ehsan amat bertepatan bagi mempertahankan institusi Islam daripada cubaan diporak perandakan oleh musuh Tabung Haji...tidak sudah-sudah Rafizi ni..kerana dia ada yang kerugian tidak merasa dividen TH tahun lepas kerana terpedaya dengan penipuannya konon TH tidak cukup duit untuk membayar dividen sehingga sanggup mengeluarkan semua simpanan TH...

Berkenaan tuduhan terbaru Rafizi, Datuk Ehsan menyatakan kekesalan beliau kerana Rafizi hanya menceritakan 10 kegagalan tanpa memberitahu 40 yang telah berjaya daripada 50 portfolio yang dinyatakan..Rafizi sengaja tidak mahu ceritakan perkara sebenar..kerana persepsi baik terhadap TH akan terus mengukuh..bila dia ceritakan keburukan TH..pendeposit akan keluar wang..TH akan alami tekanan dan akhirnya orang akan menyalahkan pemimpin kerana tidak mampu menjaga TH..itu sahaja tujuannya..

Mungkin agaknya telah malu kerana gagal meracun pendeposit mengeluarkan simpanan, Rafizi telah mengakui bahawa jumlah pendeposit TH telah meningkat...fakta ini betul..seperti biasa Rafizi akan tambah perencah cukup rasa bagi menimbulkan konflik apabila mendakwa keuntungan TH bergantung kepada pendeposit dan bukan kerana keuntungan pelaburan TH sendiri..

Dakwaan ini bingkas dinafikan oleh Datuk Ehsan yang menurutnya berdasarkan fakta melalui Laporan Kewangan Tabung Haji pada setiap tahun ianya jelas menunjukkan butiran fakta yang cuba dikelirukan oleh Ahli Parlimen Pandan iaitu, pemberian dividen dan bonus adalah kerana pertambahan bilangan pendeposit serta hasil dari keuntungan pelaburan Tabung Haji.

Datuk Ehsan turut menjelaskan sekali lagi hasil dari kecekapan dan pengurusan kewangan yang baik, TH telah mengumumkan RM 3.23 billion dividen dan bonus telah diagihkan kepada pendeposit tahun 2015 dengan kadar 5% serta tambahan 3% peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji..

Siapa tidak kenal Rafizi..hanya pandai cakap tapi tindakan tak ada..dia sendiri mengakui ada mendeposit wang dalam akaun TH dan sehingga kini dia tidak langsung mengeluarkannya..ini sahaja sudah membuktikan bahawa Rafizi mengakui TH mempunyai kredibiliti untuk mendeposit wang...

Lebih memalukan lagi, tindakan putar beli Rafizi telah disaksikan oleh mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM)..

Rafizi boleh dilabelkan perosak idea anak bangsa..buktinya, rata-rata anak muda percaya bahawa Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Rosmah Mansor memiliki cincin RM 24juta..walhal ianya hanya sandiwara Rafizi yang mendakwa itu hanya gurauan...



Sekarang ini, harga minyak sudah turun ke paras paling rendah iaitu RM 1.60 seliter..sebelum ini Rafizi turut mengeluarkn teori bahawa harga barang akan turun jika harga minyak turun..namun ianya tidak tepat sama sekali..taubatlah Rafizi ketika masih hidup...




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA