networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, March 16, 2016

Deklarasi Rakyat Medan Claim Mileage Pemimpin Rakus Politik! @WeeKaSiong Bidas Hipokrasi Pemimpin Konon #SelamatkanMalaysia


Pada mula pengumuman Deklarasi Rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO Muhyiddin dan Mukhriz menyatakan niat mereka sertai hanya mahu jatuhkan Presiden UMNO, DS Najib Razak dari jawatan..malah semua pemimpin pakatan dan bekas pemimpin UMNO Tun Maha thir yang kerap keluar masuk UMNO guna alasan yang sama mahu jatuhkan Najib..itu pekikan ketika pelancaran Deklarasi Rakyat 4 Mac lalu...

Selepas seminggu sahaja deklarasi berlalu, pemimpin pembangkang pusing cerita kata Tun Mahathir yang memerlukan mereka kerana sudah terlalu tua..bukan kita tidak tahu dari awal lagi kebersamaan pemimpin pembangkang bersama pemimpin bukannya ikhlas..pasti ada udang disebalik batu...

Belum pun berhenti penyokong Tun Mahathir palu gendang..tak semena-mena pemimpin tua kutuk DAP, Kit Siang dan Isteri Anwar Ibrahim, Wan Azizah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Najib menyelamatkan Malaysia..

Kelakar sungguh, negarawan ulung kononnya hebat di muka bumi ni diperbodoh-bodohkan semudah itu..penyokong taksub Tun takkan nampak semua tu...mereka akan katakan Mahathir orang yang banyak berjasa sehingga kiamat nanti..

Melihat sindrom Deklarasi Selamatkan Malaysia ini semakin merepek, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengutuk sikap hipokrit kepimpinan pembangkang yang tidak dapat membuat keputusan samada mahu bersekongkol dengan Tun Mahathir menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau bekerjasama dengan Najib untuk memajukan Malaysia..

"Pembangkang harus menyelesaikan dulu matlamat mereka kerana mereka telah membuat kenyataan yang berlawanan yang mengelirukan" amaran Datuk Wee kepada pemimpin pembangkang yang mengelirukan.

Apa yang dikatakan Datuk Wee ini amat tepat ekoran sikap lidah bercabang pemimpin pembangkang yang hanya mahu meraih publisiti murahan..macam ini mahu selamatkan Malaysia..

Matlamat perjuangan pun tak jelas ada hati nak selamatkan Malaysia..yang mereka tahu hanya mahu putar belit..selamatkan Malaysia desak Najib letak jawatan..ini mahu kerjasama dengan Najib pula mahu selamatkan Malaysia..kalau Tun bolehlah mereka perkotak katikkan..ini Najiblah!jangan berangan nak membodoh-bodohkan rakyat... 

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA