networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, March 21, 2016

Felda Tiada Duit Bayat Dividen? Tan Sri Isa Samad Beri Penjelasan...


Felda dan bankrup bukan perkara baru..dari dulu lagi template Felda bakal bankrup kerap kali berkumandang dari mulut-mulut pembangkang..sehingga kini agensi itu tetap teguh..

Tuduhan Felda bankrup sengaja dilakukan bagi memberi suasana panik kepada warga Felda..mereka fikir warga Felda akan melatah..jika pertama kali dengar itu ya..bila sudah kerap kali dengar warga Felda sudah lali dengan tuduhan tersebut..

Terkini, template yang sama digunakan untuk Tabung Haji digunakan untuk Felda..modus operandinya sama sangat ketika Tabung Haji hendak mengumumkan bayaran dividen..masa itu Rafizi tuduh Tabung Haji tiada duit..yang termakan pembohongan Rafizi pasti menyesal apabila mengeluarkan semua simpanan dari tabung haji.,

Berkenaan tuduhan terhadap FELDA, Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata "Peneroka FELDA yang mempunyai saham tetap akan menerima deviden, tetapi sedikit atau banyak akan ditentukan dalam mesyuarat itu."

"Tidak perlu dengan cakap orang yang mendakwa FELDA dan FGV kerugian serta tidak ada duit. Memang kita berhadapan perlbagai situasi yang mencabar tetapi masih mendapat keuntungan" katanya selepas merasmikan Program Bersama Komuniti Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Orang Ramai FELDA Raja Alias Dua, Bandar Seri Jempol, lapor portal BNBBC semalam...

Kenyataan ini harus dipercayai semua warga FELDA..tidak mahulah nanti pisang berbuah dua kali..apa yang terjadi dengan mangsa penipuan Tabung Haji berlaku kepada warga FELDA..

Laporan media pada Februasi tahun ini mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) Felda Global Venture Holdings Berhad (FFV) mencecah RM 310 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 lalu..FGV turut merekodkan hasil RM 15.67 bilion bagi tahun keangan sama berbanding RM 15.26 bilion tahun sebelumnya ini menokok pertambahan hasil sebanyak 3%..

FGV sentiasa memajukan sektor hiliran mereka agar terus berdaya maju meningkatkan pendapatan syarikat..percayalah FELDA hanya satu di dunia dan ianya dicumburui pembangkang yang mana mahu merebut kuasa menguasai FELDA...pembangkang turut mengakui yang warga FELDA menyokong kuat kerajaan sejak dulu lagi..kesetiaan inilah yang dicumburui pembangkang..sebab itulah bermacam-maca tohmahan dilemparkan kepada FELDA sehingga ada pemimpin pembangkang yang telah disaman...

2 comments:

Anonymous said...

Untung apanya kalau makin hari makin turun je sahamnya.

Cik Minah said...

Jadi, ADA KE TAK ADA DIVIDEN FGV............????
Dahlah saham turun sampai Rm1.40 daripada harga jualan
Rm3.50. Dividen pun tak ada, tapi mengumumkan UNTUNG!!!.
Kesian orang FELDA kena bayar hutang FGV Rm2.10.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA