networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, March 18, 2016

Gambar & Video Pembuatan Roti Burger McDonald's Dikongsikan Kepada Umum...


Dalam dua entry kami sebelum ini, telah kami ceritakan sedikit sebanyak cara pembuatan McNugget dan Daging yang dibuat MacFood Services sebelum dijual di rangkaian McDonald's seluruh Malaysia..

Untuk entry kali ini kami ingin kongsikan bagaimana cara pembuatan roti burger...Roti burger yang digunakan McDonald's dibuat dikilang khas..ia bukan dibuat dikilang roti biasa seperti Gardenia mahupun masimo..

Roti burger yang digunakan di rangkaian McDonald's telah diproses di Aryzrta Malaysia Sdn Bhd..Kedua-dua syarikat pembekal bahan mentah McDonald's (MacFood & Aryzrta), kami berani beri jaminan 10/10 tahap kebersihan kilang tersebut..Dalam bahasa mudahnya Aryzrta Malaysia akan membekalkan Roti mananala MacFood Services membekalkan daging ke seluruh rangkaian McDonald's di Malaysia..



Membekalkan bahan mentah untuk rangkaian McDonald's perlu memenuhi syarat mendapatkan Sijil Halal yang diiktiraf JAKIM dan yang keduanya tahap kebersihan dari segenap aspek..ia disahkan sendiri oleh Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzrta Malaysia Sdn Bhd, Puan Sabariah Saamah (gamba atas), menurutnya "Setiap satu bekalan asas di McDonald's diwajibkan mempunyai sijil halal yang disahkankan oleh JAKIM. Ini demi menjamin kualiti dan kebersihan penyediaan bekalan makanan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, selamat dan memenuhi standard yang telah ditetapkan."

Bawah ini adalah cara pembuatan roti :

Tepung diuli dimesin


Proses menimbang dan membentuk tepung mengikut saiz yang dikehendaki

Proses memasukkan adunan kedalam acuan

Tepung yang siap dimasukkan kedalam adunan akan dibakar di dalam ketuhar

Proses menabur bijan di atas adunan roti

Roti akan dibakar rata di dalam ketuhar

Roti yang siap dibakar

Roti yang siap dibakar siap sedia untuk dibungkus untuk diedarkan ke rangkaian
McDonald's.
Berikut kami kongsikan video rakaman di kilang pembekal bahan mentah McDonald's...


Di McDonald's anda tidak perlu risau akan status bersih dan halal..ia sememangnya dijamin...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA